Monday, April 08, 2024

Logo kasut kalimah Allah? & XHAMAS hina Islam

 

Logo kasut jenama Vern’s yang disalah tafsir hingga menyinggung perasaan umat Islam. Foto ihsan Vern’s Holding.

Isu logo kasut menyerupai kalimah Allah, berikut penjelasan Vern's

Kuala Lumpur: Pengurusan Vern's Holding Sdn Bhd semalam, memohon maaf berhubung logo kasut tumit tinggi keluarannya yang pada pandangan mereka disalah tafsir hingga menyinggung perasaan umat Islam di negara ini.

Berikut kenyataan penuh yang dikeluarkan syarikat itu kepada BH petang ini.

Kami pihak pengurusan Vern's telah dimaklumkan mengenai satu isu yang telah menyinggung ramai pihak terutama yang beragama Islam.

Pertama sekali, ingin dijelaskan bahawa pihak kami sama sekali tidak berniat untuk menghasilkan reka bentuk logo yang bertujuan untuk memperlekeh atau menghina mana-mana agama atau kepercayaan 

Dan kami berharap agar diberikan ruang untuk menjelaskan reka bentuk logo tersebut. Untuk pengetahuan semua, logo ini 100 peratus diilhamkan berdasarkan bayangan garisan tali yang bersambung dengan sebuah kasut tumit tinggi, seperti yang tertera di gambar yang dilampirkan.

Bagaimanapun, kami akui terdapat kekurangan pada rekaan logo tersebut yang boleh mengakibatkan ia disalah tafsir, seterusnya menyinggung perasaan ramai pihak.

Pihak kami telah mengambil langkah segera menghentikan penjualan kasut dan logo serta bersedia untuk memulangkan kembali wang kepada pelanggan yang telah membeli barangan tersebut.

Dengan rasa rendah diri, kami pihak pengurusan ingin memohon kemaafan semua dan mengharapkan belas ihsan untuk diberikan ruang memperbaiki kesilapan yang telah berlaku.

Ini adalah pengajaran yang sangat bernilai untuk kami memperhalusi dan lebih teliti dalam setiap keputusan yang diambil bagi memastikan perkara seperti ini tidak berulang lagi di masa hadapan. (BH hari ini.)


Apa komen PAS sebelum ini? 

PAS pandang serius perbuatan hina agama Islam June 13, 2021

KUALA LUMPUR: PAS memandang serius perbuatan menghina agama Islam yang masih berterusan berlaku biarpun pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap kes serupa sebelum ini.

Naib Presiden PAS, Senator Idris Ahmad berkata, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas supaya kes tersebut tidak berulang lagi pada masa akan datang.

“Begitu juga apa yang saya difahamkan berlaku di Sungai Way semalam kejadian kumpulan penghantar makanan memukul pelanggan dikatakan ada kaitan dengan menghina Islam,” katanya di sini.

Semalam polis menahan lima penghantar makanan yang disyaki terlibat dalam kejadian pukul beramai-ramai seorang lelaki yang juga pelanggan mereka.

Menurut laporan media Polis Daerah Petaling Jaya, pihaknya menerima laporan daripada seorang penghantar makanan yang tidak berpuas hati pelanggan tersebut menggunakan nama yang menyentuh sensitiviti agama.

Malah pengadu membuat tangkap layar pesanan daripada pelanggan tersebut serta menularkannya menerusi aplikasi komunikasi kumpulan penghantar makanan (rider) di kawasan tersebut.

Perkataan yang diviralkan penghantar makanan tersebut iaitu ‘Ardilas anak Tuhan, Tuhan Allah Taala’.

Menurut polis, akibat perkataan yang menghina Islam itu, menimbulkan kemarahan sekumpulan penghantar makanan yang kemudian pergi ke rumah pelanggan tersebut dan bertindak memukulnya.

Berikutan itu polis menahan lima penghantar makanan berusia lingkungan 19 hingga 40 tahun, dan pelanggan berusia 29 tahun.

Kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana dianggap dengan sengaja menggunakan perkataan yang menyentuh sensitiviti agama orang lain dan Seksyen 147 kanun sama kerana menggunakan kekerasan dalam perhimpunan yang menyalahi undang-undang.

Kes tersebut juga mendapat perhatian Sekretariat Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) dengan menggerakkan tabung kilat secara atas talian bagi mengumpul sumbangan membantu ikat jamin lima penghantar makanan yang ditahan kerana mempertahankan kalimah Allah.

Menurut kenyataan Pengerusi PEMBELA Aminuddin Yahaya, pihaknya menyasarkan kutipan sehingga RM20,000 bagi membantu ikat jamin lima individu berkenaan dengan kos RM3,000 hingga RM4,000 seorang.

Malah wakil peguam PEMBELA diketuai Dato’ Zainul Rijal Abu Bakar hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya pagi semalam.

Kata Aminuddin pihaknya dimaklumkan mereka direman selama dua hari berbanding empat hari selepas berunding dengan peguam.

“Mereka dijangka diikat jamin antara RM3,000 hingga RM4,000 seorang,” katanya pada kenyataan.

Difahamkan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor turut menyalur sumbangan bagi membantu penghantar makanan tersebut. Seorang rider Food Panda merakam ucapan terima kasih kepada Menteri Besar terbabit.

Bagaimanapun Idris turut menasihati mana-mana pihak tidak menimbulkan apa-apa isu yang menyentuh sensitiviti mana-mana agama dan bangsa sehingga boleh menggugat ketenteraman awam.

“Masyarakat juga dinasihatkan tidak mengambil tindakan melangkaui undang-undang dan menyerahkan kepada pihak polis menjalankan siasatan,” katanya. – HARAKAHDAILY 13/6/2021

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Baru-baru ini di AS sandiwara licik Amerika Syarikat dan Israel, pentadbiran Biden secara senyap-senyap meluluskan penghantaran bernilai berbilion dolar dalam bentuk bom dan jet pejuang ke Israel.. 

Walaupun pada masa sama, Washington mengarahkan serangan tentera rejim Zionis di selatan Gaza meragut nyawa ratusan ribu penduduk Palestin. Pakej senjata baharu itu, termasuk bom MK84 2,000 paun dan MK82 500. 

Rupanya hal ini juga adalah suatu penghinaan kepada umat Islam sedunia, samada disedari atau tidak. Apakah ianya wajar dibiarkan? Marilah kita terus menyokong perjuangan Islam. Menyokong HAMAS kerana HAMAS bukan pengganas. Pengganas sebenarnya adalah AS yang menjadi barua Israel!

Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.

Sekian.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 

No comments:

Post a Comment