Wednesday, May 15, 2024

Ai-hamdulillah, Ella tolak tawaran Israel. & komen PAS.

 

Ella berharap netizen tidak pukul rata dengan menganggap selebriti yang tidak berkongsi penderitaan rakyat Palestin tak bermaksud mereka tidak prihatin dengan isu Gaza. NSTP/Hazreen Mohamad

1. Tak bersuara bukan bermakna tidak sokong Palestin - Ella

KUALA LUMPUR: Ratu Rock, Ella meminta netizen tidak cepat menghukum selebriti yang didakwa menyokong produk jenama pro-Israel dan tidak bersuara mengenai kekejaman dilakukan tentera Zionis.

Sehubungan itu, Ella atau nama sebenarnya, Nor Zila Aminuddin, 58, menyarankan mereka meneliti terlebih dahulu sama ada artis yang tersenarai dalam gerakan 'Blockout 2024' itu benar-benar terbabit secara langsung dengan produk pro-Israel ataupun tidak sebelum memboikot.

"Selidik dulu sebelum melemparkan tuduhan sebab tidak mempedulikan Palestin mungkin sebab mereka ada sebab tersendiri," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada sidang media Konsert Julid Rockestra Ella: Rockers Juga Manusia di sebuah hotel di sini, hari ini.

Konsert dibawakan khas oleh Hitman Solutions dan RockQueen itu akan berlangsung di Dewan Plenari, KLCC pada 9 Ogos depan.

Dalam perkembangan berkaitan, penyanyi Sembilu itu turut berharap netizen tidak pukul rata dengan menganggap selebriti yang tidak berkongsi penderitaan rakyat Palestin dalam media sosial tidak bermaksud mereka tidak prihatin dengan isu Gaza.

"Kalau tak bersuara, tak bermaksud tak sokong Palestin. Misalnya, Konsert Jilid Akhir Ella Puteri Kota Edisi Utara di Pulau Pinang sebelum ini.

"Kami bukan sahaja adakan satu segmen, tapi kami mendedikasikan keseluruhan konsert sebagai memperingati situasi di Palestin," katanya.

Enggan dilabel bercakap tak serupa bikin, Ella mendedahkan, dia sanggup menolak tawaran lumayan beberapa jenama mewah antarabngsa yang berkaitan Israel.

"Ya, saya tolak beberapa tawaran jenama fesyen dikaitkan dengan Israel walaupun bayaran lumayan.

"Saya buat ini semua kerana prinsip saya dan pastikan produk saya wakili ada matlamat bersifat kemanusiaan sejagat.

"Saya juga minta pasukan teliti tawaran terlebih dulu sebelum terima," ujar Ella. (BH)


2. Pembunuhan melampau di Gaza -Presiden PAS 

TIDAK ada keraguan sedikit pun bahawa serangan Israel ke atas Gaza hari ini adalah suatu bentuk jenayah pembunuhan beramai-ramai, dan merupakan antara tragedi yang paling mengerikan dalam sejarah kemanusiaan. Sehingga tercetusnya protes yang paling keras daripada semua lapisan manusia yang berperikemanusiaan seluruh pelosok dunia, bersamanya melibatkan kalangan mereka yang terdiri daripada pelbagai agama dan kaum.

Hanya manusia yang tidak berfikiran sebagai manusia dan tidak berperikemanusiaan sahaja yang tidak tersentuh perasaannya oleh apa yang berlaku kini. Ia merupakan suatu pembunuhan kejam yang dilakukan tanpa sempadan moral dan akal, malah tanpa mengira siapa mangsa, termasuklah kanak-kanak, warga tua dan kaum wanita. Bahkan, mereka turut menyerang hospital, rumah ibadat, khemah perlindungan, sehinggalah tanah perkuburan.

Boleh dianggap perkara yang luar biasa, apabila ada pula kalangan manusia yang menyokong kezaliman sebegitu rupa. Sedangkan, sangatlah nyata serta terang lagi bersuluh dapat disaksikan segala perbuatan membunuh itu dengan kekejaman yang paling melampau. Malah, pembunuhan itu dibantu pula dengan bantuan senjata yang mencurah-curah dan kewangan yang melimpah-ruah tanpa dapat menutup kepura-puraannya yang bertopengkan memberi bantuan kemanusiaan yang kecil jumlahnya dan tidak berupaya menutup kejahatannya.

Sila rujuk 30 Syawwal 1445 / 9 Mei 2024 – HARAKAHDAILY 9/5/2024

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, Tahniah kepada Ella, yang katanya...

"Ya, saya tolak beberapa tawaran jenama fesyen dikaitkan dengan Israel walaupun bayaran lumayan.

"Saya buat ini semua kerana prinsip saya dan pastikan produk saya wakili ada matlamat bersifat kemanusiaan sejagat.

Amin!

.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails