Sunday, May 19, 2024

Apa jadi, Serangan balai polis Johor, S'pura, ini? & komen PAS



Singapura telah meningkatkan langkah keselamatan, termasuk di pusat pemeriksaan negara itu, susulan serangan di balai polis Ulu Tiram di Johor. - Foto AFP

SINGAPURA: Singapura telah meningkatkan langkah-langkah keselamatan, termasuk di pusat pemeriksaan negara, susulan serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor, semalam yang mengorbankan dua anggota polis dan mencederakan seorang lagi.

Kementerian Ehwal Dalam Negeri Singapura (MHA) hari ini berkata, langkah-langkah itu termasuk meningkatkan rondaan dan pemeriksaan yang lebih ketat ke atas pelancong dan pengangkutan.

"Pelancong harus menjangkakan kelewatan di pusat pemeriksaan kerana pemeriksaan yang diperketat dan mengambil kira masa tambahan yang diperlukan untuk urusan imigresen.

"Sama ada di Singapura atau melancong ke luar negara, orang ramai perlu sentiasa berwaspada dan melaporkan sebarang individu atau aktiviti yang mencurigakan kepada polis dengan segera," kata MHA dalam kenyataan.

MHA berkata, kementerian dan Jabatan Pasukan Keselamatan Dalam Negeri telah memantau perkembangan keselamatan global dan serantau dengan teliti, termasuk serangan di Johor pada Jumaat yang didakwa dilakukan oleh seorang anggota Jemaah Islamiyah (JI).

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails