Thursday, June 20, 2024

Anti-Israel, bagaimana di M'sia? & Data, fakta, angka.

 

Foto hiasan

1. 'Pengaruh media sosial beri impak sokongan anti-Israel', bagaimana di M'sia?

Pada era teknologi serba canggih, suara pempengaruh media sosial mampu menarik perhatian warganet di seluruh dunia. Pempengaruh memiliki aura dan tarikan tersendiri dalam menonjolkan kandungan kepada khalayak di media sosial.

Golongan ini amat aktif dalam mewujudkan gelombang dan trend baharu dalam kehidupan manusia sama ada menerusi aksi, penampilan, gaya hidup, ideologi dan kandungan. Hari ini, wujud juga pempengaruh membangkitkan kesedaran masyarakat terhadap serangan dan keganasan Israel terhadap Palestin.

Peranan mereka bukan sekadar menyebarkan maklumat mengenai penderitaan dialami rakyat Palestin terutama di Gaza, bahkan menyorot kesenjangan liputan media arus perdana dan propaganda Barat terhadap konflik ini. 

Peperangan berlanjutan hingga memasuki bulan kesembilan menyebabkan kematian lebih 36,000 rakyat Palestin dan mencederakan lebih 81,100 mangsa. Angka kematian dan kecederaan dijangka meningkat apabila Israel mengakui serangan ke atas Gaza mungkin berlanjutan hingga tujuh bulan lagi. 

Pembantaian terhadap warga Gaza hingga ke pintu Rafah menyaksikan pempengaruh aktif di seluruh dunia mengambil tanggungjawab menggunakan platform sendiri menonjolkan naratif sebenar di bumi Palestin itu menjadi alternatif dalam menangani ketidakseimbangan dalam laporan genosid.

Liputan media Barat sering memberikan perspektif berat sebelah sangat jauh daripada realiti berlaku di lapangan.

Walaupun kebanyakan pempengaruh berdepan cabaran seperti risiko kehilangan sokongan penaja atau pengikut, menghadapi tekanan politik dan berdepan ancaman keselamatan, mereka sanggup meletakkan kepentingan masyarakat melebihi diri sendiri.

Papar naratif lebih adil, seimbang

Bersuara mengenai konflik kompleks ini menuntut keberanian tinggi. Namun, berbekalkan kesedaran dan usaha mencapai keadilan, mereka sanggup menongkah arus dan memperjudikan nasib demi memastikan penderitaan serta kezaliman dialami warga Gaza berakhir.

Pempengaruh memaparkan naratif lebih adil dan seimbang mengenai konflik Israel-Palestin, membawa suara dan pengalaman langsung dari kawasan konflik sering 'ditutup' serta diabaikan media arus perdana antarabangsa terutama pro-Barat dan Israel.

Hal ini memberikan perspektif lebih meluas hingga menjadikan masyarakat global cakna dan menimbang tara antara kebenaran dengan kebatilan.

Sepanjang berlangsungnya konflik ini, bilangan pempengaruh semakin bertambah dalam memberi inspirasi kepada pengikut mereka untuk menyokong Palestin. Ini membuktikan suara pempengaruh dapat menggerakkan solidariti global dengan lebih berkesan.

Tidak hairanlah usaha mereka berjaya menarik masyarakat global menyertai demonstrasi, menandatangani petisyen atau menderma kepada organisasi kemanusiaan bagi membantu Palestin.

Pendidikan dan kesedaran diberikan pempengaruh mengenai konflik ini menyumbang kepada meningkatnya pemahaman dan kesedaran global mengenai siapakah dalang sebenar berdiri di sebalik kezaliman tidak berpenghujung di Gaza khasnya.

Sedikit demi sedikit pekung dibuka dan dunia sedang serta sudah membuat penilaian terhadap Israel, perampas tanah Palestin begitu tragik dan tidak berperikemanusiaan.

Sokongan berterusan masyarakat global adalah kritikal dalam usaha memuktamadkan konflik di Gaza. Solidariti ditunjukkan komuniti antarabangsa dipimpin suara pempengaruh dapat menjadi kekuatan signifikan dalam menamatkan penderitaan dan pelanggaran hak asasi manusia di Palestin.

Jelas, peranan pempengaruh dalam isu Gaza mampu membawa perubahan positif dan ketara di seluruh dunia. Di sebalik dugaan besar terpaksa ditempuhi, tiada nilai dapat membayar ketulusan hati mereka.

Dengan bersemaraknya kesedaran dan empati dalam kalangan pengikut mereka, semakin besar juga gelombang pengaruh anti-Israel di dunia maya dan memberi impak kepada dunia nyata seperti disaksikan hari ini. (BH)

2. Isrewel Diambang Keruntuhan: Data, Fakta, dan Angka

Lihat ini..

Isrewel Diambang Keruntuhan: Pernyataan Presiden, DataFaktadan Angka Referensi: - تحديد الشيخ أحمد ياسين لزمن سقوط إسرائيل وتعليله ...
Detik Detik Terakhir Presiden Iran: Perjalanan Menuju Kematian dan Skenario Kejatuhan ... Isrewel Diambang KeruntuhanDataFaktadan Angka. 293K views. 4 ...

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mari kita renung sejenak ayat ini..

Firman Allah SWT yang bermaksud, "Dan mereka ditimpakan dengan kehinaan dan kepapaan dan sudah sepatutnya mereka mendapat kemurkaan daripada Allah. Demikian itu disebabkan mereka kufur (mengingkari) ayat Allah (perintah dan mukjizat yang membuktikan kebesaran-Nya) dan mereka pula membunuh nabi-nabi dengan tidak ada alasan yang benar. Yang demikian itu ialah disebabkan mereka menderhaka dan mereka pula sentiasa menceroboh." (Surah al-Baqarah: 61)

Sifat buruk orang Yahudi juga direkodkan dalam banyak hadis Nabi SAW. 

Antaranya, mereka suka mengambil peluang untuk mendoakan kecelakaan terhadap baginda SAW. Kata Aisyah RA: "Sekumpulan orang Yahudi pernah datang berjumpa Nabi SAW, lalu mereka berkata dalam nada memberi salam: 'As-samu 'alaik (maksudnya, kematian atas kamu)'. Lantas aku pun melaknat mereka. Namun, baginda menegur: 'Apa kena denganmu?' Jawabku: 'Tidakkah kamu dengar apa yang mereka ucapkan?' Balas baginda: 'Tidakkah juga kamu dengar apa yang aku ucapkan sebagai membalasnya: Wa'alaikum (maksudnya, juga atas kamu sekalian).'" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sebagaimana orang Yahudi dahulu membunuh ramai nabi, baginda SAW juga tidak terlepas daripada cubaan bunuh oleh mereka. 

Antaranya, baginda SAW pernah disihir seorang Yahudi daripada Bani Zuraiq bernama Labid bin al-A'sam sehingga Allah SWT mengutuskan dua malaikat untuk membantu kesembuhan baginda.

Akhirnya, bahan yang digunakan untuk menyihir baginda dikeluarkan daripada telaga Zarwan dan kemudian memerintahkan supaya telaga itu ditimbus. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Nabi SAW juga pernah cuba diracun oleh orang Yahudi selepas peristiwa Perang Khaibar dengan menghadiahkan kepada baginda hidangan daging kambing yang dibubuh racun. Lantas baginda mengumpulkan semua orang Yahudi yang ada, kemudian bertanya: "Adakah kamu meletakkan racun pada kambing ini?" Mereka menjawab: 'Ya'. Baginda bertanya lagi: 'Apakah yang menyebabkan kamu berbuat demikian?'. Mereka menjawab: 'Kami ingin tahu sekiranya kamu seorang pendusta, maka kami dapat tenang dengan kematianmu. Namun, sekiranya kamu seorang nabi, maka ia tidak akan memudaratkanmu.'" (Riwayat al-Bukhari)

Antara sifat buruk orang Yahudi juga ialah suka menggunakan helah untuk melanggar hukum yang disyariatkan kepada mereka. Daripada 'Umar bin al-Khattab RA bahawa Nabi SAW bersabda: "Semoga Allah melaknat orang Yahudi. Setelah diharamkan ke atas mereka lemak haiwan, maka mereka telah mengolahnya (dengan mencairkannya), lalu menjualnya." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Perangai buruk mereka ini juga dirakam jelas dalam al-Quran tatkala mereka dilarang menangkap ikan pada Sabtu. Namun, mereka menggunakan helah dengan memasang jaring sebelum Sabtu dan mengambil ikan yang terperangkap pada jaring itu selepas tamat hari berkenaan. 

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan tanyalah kepada mereka (wahai Muhammad) mengenai (penduduk) bandar yang letaknya di tepi laut, semasa mereka melanggar larangan pada Sabtu, ketika datang kepada mereka pada hari Sabtu itu ikan-ikan (yang menjadi cubaan kepada) mereka, yang kelihatan timbul di muka air. Sedangkan pada hari lain, ikan itu tidak pula datang kepada mereka. Demikianlah kami menguji mereka (dengan cubaan itu) kerana mereka sentiasa berlaku fasik." (Surah al-A'raf: 163)

Terdapat banyak lagi ayat al-Quran dan hadis Nabi SAW berkaitan sifat radikal, degil serta perangai buruk orang Yahudi ini yang menunjukkan unsur 'Zionisme' sudah pun wujud lama sebelum munculnya fahaman itu.

Video ini juga dapat membantu anda..

Sekian.


Lihat juga, Nasyid HAMAS: Takut nak dengar? Ini..









No comments:

Post a Comment