Wednesday, June 19, 2024

Bina komuniti China-Malaysia. & Maksud tersirat DAP..

 

Perdana Menteri China, Li Qiang (kiri) beramah mesra bersama Menteri Pengangkutan Anthony Loke selaku Menteri Pengiring sejurus tiba di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sempena lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia bermula hari ini. -BERNAMA

1. Binakomuniti China-Malaysia, ke mana arah?


China sedia kerjasama dengan Malaysia untuk bina komuniti China-Malaysia - Li Qiang. 

KUALA LUMPUR: China sedia bekerjasama dengan Malaysia, menjadikan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik sebagai titik permulaan baharu, untuk menyelaraskan strategi pembangunan, mempereratkan kerjasama yang saling mendatangkan manfaat dan meningkatkan pertukaran serta pembelajaran bersama antara tamadun.

Perdana Menteri China, Li Qiang yang sedang dalam lawatan rasmi selama tiga hari ke Malaysia, berkata China juga bersedia mempromosikan pembinaan komuniti China-Malaysia yang berkongsi masa depan dan memberikan sumbangan lebih besar kepada keamanan, kestabilan, pembangunan, dan kemakmuran rantau ini serta dunia secara keseluruhan.

"Pada masa ini, China sedang memajukan pemodenan warga China secara menyeluruh melalui pembangunan berkualiti tinggi. Malaysia, di pihaknya, mempromosikan pembangunan negara di bawah visi Malaysia MADANI. China bersedia bekerjasama dengan Malaysia...," katanya dalam kenyataan ketibaan yang disediakan kepada BERNAMA selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada Selasa.

Ini lawatan pertama Li ke negara ini sejak memegang jawatan itu pada Mac tahun lalu.

Lawatannya berbetulan dengan ulang tahun ke-50 penubuhan hubungan diplomatik di antara Malaysia dan China, selepas penandatanganan Kenyataan Bersama antara Perdana Menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein dan Perdana Menteri China ketika itu Chou En Lai pada 31 Mei 1974.

Menurut Li, sepanjang 50 tahun sejak penubuhan hubungan diplomatik, hubungan China-Malaysia telah mengekalkan momentum pertumbuhan yang baik.

"Kami telah mengukuhkan kepercayaan strategik bersama, memperhebatkan pertukaran antara rakyat, dan mencapai hasil yang memberangsangkan dalam kerjasama Jalur dan Laluan yang berkualiti tinggi.

"Malaysia adalah ekonomi memuncul yang utama di Asia, ahli utama ASEAN, dan mempunyai peranan penting untuk kemakmuran serta kestabilan serantau," kata Li.

Perdana Menteri itu berkata pertumbuhan hubungan China-Malaysia telah membawa manfaat nyata kepada rakyat kedua-dua negara, dan memberikan sumbangan positif kepada keamanan dan pembangunan di rantau ini.

Li berkata, beliau berbesar hati untuk melakukan lawatan rasmi ke Malaysia atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik China-Malaysia.

"Bagi pihak kerajaan dan rakyat China, saya ingin menyampaikan salam mesra dan ucap selamat kepada kerajaan dan rakyat Malaysia," katanya.

Beliau berkata, pada tahun lalu, Presiden Xi Jinping dan Perdana Menteri Anwar mencapai persefahaman penting mengenai pembinaan komuniti China-Malaysia yang berkongsi masa depan, membuka lembaran baharu dalam hubungan dua hala.

Dalam lawatan rasminya kali ini, beliau "menantikan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan bertemu Perdana Menteri Anwar untuk perbincangan mendalam mengenai pembinaan komuniti berkongsi masa depan China-Malaysia dan mempereratkan kerjasama strategik menyeluruh kami."

"Saya juga akan menghadiri sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik China-Malaysia dan Tahun Persahabatan China-Malaysia," katanya.– BERNAMA


2. Kontrak sosial:Apa maksud tersirat Menteri DAP?

Datuk Razali Idrus

KUALA TERENGGANU: Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Razali Idris mempersoal maksud tersirat kenyataan Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berhubung isu kontrak sosial.

Menurut Razali, Steven Sim perlu berhati-hati apabila membicarakan atau menutur kata hal-hal berkaitan kontrak sosial walaupun berucap di pentas dunia kerana boleh mengundang polemik.

Tambah beliau, tanggungjawab dalam menjayakan agenda kontrak sosial perlu dipenuhi oleh semua lapisan rakyat Malaysia.

“Sayugia diingatkan kontrak sosial punya agenda yang jelas dalam membentuk kebersamaan seluruh rakyat Malaysia dengan mengambil kira kepentingan semua.

“Soalnya sekarang adakah pemimpin DAP masih degil untuk memahami atau tidak patuh beberapa peruntukan afirmatif di bawah Perlembagaan Persekutuan yang akibatnya gagal memahami kontrak sosial dan selalu mencari jalan yang menang untuk mereka?,”soalnya menerusi satu hantaran di laman sosial.

Terdahulu, Steven Sim turut memaklumkan bahawa beliau juga telah mempromosikan konsep Malaysia Madani yang mengambil ibrah daripada pembentukan negara Madinah yang mengutamakan keadilan, kemakmuran bersama serta perpaduan.

Steven Sim telah menyinggung kontrak sosial dunia sekarang yang hanya menguntungkan negara-negara kuasa besar dunia dan merugikan negara-negara kecil yang lain.

Menulis dalam akaun X miliknya, beliau berkata, isu mengenai kontrak sosial dunia yang hanya menguntungkan negara-negara kuasa besar dunia itu telah disentuh dalam ucapannya pada sesi plenari Persidangan Buruh Antarabangsa ke-112 yang berlangsung di Geneva, Switzerland pada Rabu lalu.

Razali berkata, pemimpin DAP kena faham adil dan sama rata adalah dua perkara berbeza yang sering kali disalahertikan.

“Lebih menghairan, Menteri DAP ini menjadikan contoh konsep Malaysia Madani daripada pembentukan negara Madinah yang mengutamakan keadilan, kemakmuran serta perpaduan.

“Inilah masalah apabila terkena penyakit berjangkit PMX, Menteri Kabinetnya pun terikut sama apa yang adil dan perpaduan kalau dilihat contoh politik diskriminasi kepada negeri seperti Terengganu, Kelantan, Kedah, Perlis, Sabah dan Sarawak?” katanya.

Beliau turut mengingatkan Steven Sim agar usah menyatakan perkara besar-besar di pentas dunia sedangkan dalam negara sendiri tidak dipraktiskan.

“Sekali lagi diingatkan, negara yang diberkati ini dipasakkan atas semangat muhibah, ditepiskan keegoaan dan penguasaan mutlak kaum majoritinya kerana sifat tolenrasi yang tinggi,” katanya.

“Secara arfiahnya, waima sebuah negara Melayu yang didirikan atas nilai ketatanegaraan Melayu, namun pengoperasiannya dijadikan sebagai negara sepunya untuk semua kaum yang sudi menerima kontrak sosial yang dipersetujui secara konsensus,” katanya. HARAKAHDAILY 18/6/2024

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Hari ini, China dan Malaysia menyambut ulang tahun ke-50 penubuhan hubungan diplomatik. 

Sepanjang lima dekad itu, kedua-dua negara bersahabat mengekalkan amalan jujur dan terbuka, saling percaya dan membantu, menunjukkan contoh baik kepada masyarakat antarabangsa dalam mengendalikan hubungan dua hala, pada penghujung musim bunga 1974, di mana bendera China dan Malaysia berkibar di sepanjang jalan utama di Beijing. 

Slogan besar bertulis 'Persahabatan China-Malaysia kekal abadi!' digantung di bangunan tinggi bandar itu. Pemimpin China, Mao Zedong dan Perdana Menterinya, Zhou Enlai bertemu dengan Perdana Menteri pada masa itu, Tun Abdul Razak Hussein yang melawat Beijing.

Al-hamdulillah, berlanjutan hingga kini. Tapi perlukah berhati-hati melihat bagaimana perkembangaan selanjutnya?

Sekian.

Lihat juga, Nasyid HAMAS: Takut nak dengar? Ini..










ngimbas kembali peristiwa penting dalam hubungan diplomatik antara kedua-dua negara, iaitu penghujung musim bunga 1974, bendera China dan Malaysia berkibar di sepanjang jalan utama di Beijing.-ADVERTISEMENT-
Pertukaran budaya dan tamadun antara China dengan Malaysia terukir dalam lembaran sejarah manusia.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails