Tuesday, June 25, 2024

Inilah Israel: Bom sumbangan M'sia, tapi nak hubungan?

 

Antara kem perlindungan yang dibina hasil sumbangan rakyat Malaysia dibom Israel.

1. Kem perlindungan di Gaza sumbangan rakyat Malaysia dibom Israel

JOHOR BAHRU: Serangan berterusan rejim Zionis di Gaza menyaksikan kem perlindungan dibina sumbangan rakyat Malaysia di An Nusairat dibom pada 11 Jun lalu menyebabkan seorang wanita Palestin maut, manakala lima lagi parah.

Friendship Shelter Camp 2 yang diusahakan dan dikendalikan Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) serta sumbangan Pasaraya Econsave itu menempatkan 58 khemah diduduki 95 keluarga pelarian perang Gaza.

Pengurus Besar Pasaraya Econsave Cash And Carry, Mas Imran Adam, berkata kejadian itu mengakibatkan sebahagian besar khemah musnah sementara ada yang koyak, bocor serta rosak.

"Berdasarkan tinjauan dan siasatan Pengurus MyCARE Gaza, Dr Ziad Sahida, bukan sahaja khemah terbakar tetapi juga barang keperluan lain seperti makanan, selimut dan pakaian turut musnah.

"Turut menjadi sasaran bedilan tentera Zionis adalah kemudahan antaranya tangki air, telaga, tandas, parit dan lampu," katanya hari ini. 

Antara kem perlindungan yang dibina hasil sumbangan rakyat Malaysia dibom Israel.

Mas Imran berkata, sehingga kini penghuninya masih tinggal di kem perlindungan terbabit walaupun sudah dibom dan banyak kemudahan asas sudah rosak.

Beliau berkata, Econsave menyumbang 30 khemah dengan kos RM120,000 termasuk tilam, bantal dan selimut manakala khemah dan kemudahan selebihnya sumbangan rakyat Malaysia.

Menurutnya, pihaknya juga ralat apabila mendapat tahu infrastruktur asas dalam kawasan khemah antaranya surau, tandas, lampu serta saluran pembuangan dan kumbahan dengan kos RM250,000 ditanggung pihaknya turut musnah.

"Apa yang menyedihkan terdapat ramai keluarga yang masih tinggal dan meneruskan kehidupan di kem perlindungan ini yang baru dibuka pada 27 Mei lalu.

"Mereka tiada tempat untuk dituju selepas rumah mereka musnah dibom Israel.

"Keperluan mendesak masih diperlukan seperti makanan, minuman dan penempatan sementara bagi mereka meneruskan kehidupan. Keadaan bertambah teruk dengan serangan tanpa henti rejim zionis dan penutupan sempadan Rafah.

"Makanan dan minuman sangat terhad dan semua harga barang semakin meningkat," katanya.

Orang ramai yang ingin menghulur bantuan boleh berbuat demikian menerusi akaun Humanitarian Care Malaysia Berhad. (BH)


2. Israel mahu jalin hubungan dengan Malaysia, Indonesia, Brunei. 

Gambar fail menunjukkan penduduk Yahudi mengibarkan bendera Israel ketika perarakan ‘Flag March’ minggu lalu. - Foto AFP

TEL AVIV: Israel bersedia menjalin hubungan dengan tiga negara Islam di Asia Tenggara termasuk Malaysia, Indonesia dan Brunei, lapor akhbar The Jerusalem Post.

Duta Israel ke Singapura, Sagi Karni, dalam temu bual dengan akhbar berkenaan, berkata peluang itu akan membolehkan regim Yahudi memperbetulkan banyak salah faham berhubung konflik Israel-Palestin.

Tiga negara dengan majoriti penduduk beragama Islam di Asia Tenggara itu mengecam serangan 11 hari Israel ke atas Semenanjung Gaza yang mengorbankan lebih 250 warga Palestin bulan lalu.

Malaysia, Indonesia dan Brunei turut menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) campur tangan bagi menghentikan serangan tidak berperikemanusiaan ke atas penduduk Palestin.

(Lanjutnya lihat 'Israel mahu jalin hubungan dengan Malaysia, Indonesia, Brunei.'- AGENSI)


Komen Weblog Ibnu HasyimHeran, Malaysia masih main mata dengan Israel bangsat tersebut? Luar nampak lunak, tapi bontot dirodok senjata tajam!

Sekian.


Lihat juga, Nasyid HAMAS: Takut nak dengar? Ini..







No comments:

Post a Comment