Ahmad Yahaya menyifatkan penganjuran konsert Bruno Mars di Kuala Lumpur dalam masa terdekat ini menggambarkan Malaysia sebagai tidak sensitif dengan isu Palestin.
1. Boikot konsert pro-Israel di KL
KUALA LUMPUR: Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) menggesa Kerajaan Madani tidak meneruskan penganjuran konsert artis Barat pro-Zionis Israel, Bruno Mars di Malaysia.
Ketuanya, Dato’ Ahmad Yahaya, berkata penganjuran konsert tersebut menggambarkan Malaysia tidak sensitif dengan isu Palestin, bahkan lebih membimbangkan boleh mengundang bala daripada Allah SWT.
“Pihak kami sentiasa konsisten dalam isu konsert artis dari luar negara yang datang membuat persembahan di negara ini.
“Saya juga berulangkali mohon agar kementerian yang bertanggungjawab untuk mengetatkan kriteria Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) bagi sebarang perlaksanaan program,” katanya ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, isu ini juga adalah penting demi menjaga imej Malaysia sebagai sebuah negara Islam serta memelihara budaya ketimuran.
“Malangnya, mutakhir ini kebanyakan artis yang dibawa masuk ke dalam negara tidak melalui tapisan yang teliti oleh pihak berwajib.
“Sebelum ini kita pernah membantah penganjuran konsert artis pro-lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) ketika umat Islam berada di ambang menyambut bulan Ramadan Al-Mubarak,” katanya.
Terdahulu, penyanyi berasal dari United Kingdom, Ed Sheeran yang dikatakan penyokong tegar komuniti LGBT membawa konsert jelajahnya ‘ − = ÷ ×’ atau ED The Mathematics Tour dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 24 Februari lalu.
Justeru, Ahmad Yahaya menuntut ketegasan daripada pihak kerajaan bagi menangani isu ini.
“Seharusnya isu-isu sebegini tidak berbangkit lagi setelah bantahan demi bantahan dibuat. Persoalannya, apakah kerajaan atas nama Madani ini tidak lagi sensitif?” katanya.
Terdahulu, media tempatan melaporkan bahawa penyanyi tersebut diserang netizen selepas pengumuman dibuat oleh penganjur, Live Nation Malaysia menerusi platform Instagram untuk memaklumkan jualan tiket konsert berkenaan mula dibuka Jumaat depan.
Serangan itu ekoran pendirian Mars yang sebelum ini pernah menyuarakan rasa cintanya kepada Israel ketika mengadakan konsert di negara haram tersebut pada tahun lalu.
Difahamkan konsert tersebut dijadualkan berlangsung di Stadium Bukit Jalil pada 17 September nanti. – HARAKAHDAILY 22/6/2024
2. Hijab, CAIR tuntut hak umat Islam
Sebanyak 98 peratus daripada 10 juta populasi Tajikistan merupakan penganut agama Islam. (FOTO: CABAR.Asia)CAIR kecam kerajaan Tajikistan haramkan hijab
NEW YORK: Pertubuhan hak sivil dan advokasi sivil Islam terbesar di Amerika, Council on American-Islamic Relations (CAIR), mengecam undang-undang baharu Tajikistan yang bertujuan melarang pemakaian hijab dalam kalangan wanita di negara tersebut.
Pengarah Penyelidikan dan Advokasi CAIR, Corey Saylor, menyatakan kebimbangan terhadap implikasi undang-undang sedemikian, mengecamnya dalam satu kenyataan pada Jumaat, waktu tempatan, melabelkannya sebagai ‘pelanggaran serius kebebasan beragama’.
“Mengharamkan hijab adalah pencabulan kebebasan beragama dan larangan seperti itu terhadap pakaian keagamaan tidak sepatutnya mendapat tempat di mana-mana negara yang menghormati hak rakyatnya,” kata Saylor.
(Lanjutnya, sila lihat –HARAKAHDAILY 22/6/2024 ''CAIR kecam kerajaan Tajikistan haramkan hijab')
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, begitulah jamaah Islam PAS di Malaysia, terus memperjuangkan Islam tak kira di mana. Bukan macam kerajaan Malaysia, nak laksanakan Islam sepenuhnya di negara sendiri seperti yang dikehendaki oleh Allah SWT pun tak mampu. Berbagai alasan diberi, termasuk salahkan kewujudan orang bukan Islam.
Jauh lagi dari menyokong perjuangan Islam antarabangsa, nak sebut HAMAS bukan pengganas pun tak berani. Takut dimarahi Israel/AS dan kuncu-kuncu nya.
Jadi, pilihanraya di Malaysia kini, UNDILAH PAS dan kumpulannya. Insya Allah!
Sekian.
Lihat juga, Nasyid HAMAS: Takut nak dengar? Ini..
No comments:
Post a Comment