Monday, June 24, 2024

MAHB-BlckRock: Serah nyawa negara pada Israel?

 

Nushi Mahfodz

1. PH-BN serah nyawa negara pada Israel?

KUALA LUMPUR: Tindakan Kerajaan Perpaduan Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN)  bercadang menjual saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) kepada syarikat yang ada kaitan dengan syarikat pro-Israel, BlackRock adalah tindakan hipokrit dan khianat kepada rakyat dan negara.

Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Negeri Selangor, Ustaz Nushi Mahfodz berkata, MAHB mencatat keuntungan yang tinggi pada tahun 2023 dan mempunyai rekod baik dalam menguruskan laluan udara Malaysia. 

“Namun MAHB bakal diserahkan kepada sebuah syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), pelabur terbesar di dunia dalam industri senjata.

“Sebanyak 39 lapangan terbang di Malaysia bakal dipegang dan diuruskan oleh sebuah syarikat yang membekal senjata kepada Israel dan menyokong pembunuhan besar-besaran di Gaza,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, di bawah pelan yang diumumkan kerajaan pada bulan lepas, Global Infrastructure Partners (GIP) yang dimiliki BlackRock dilaporkan akan memegang  sebanyak 30 peratus kepentingan dalam konsortium untuk menguruskan MAHB, bersama dana pelaburan kerajaan Khazanah Nasional dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP); yang mana kedua-dua entiti di bawah bidang kuasa kementerian kewangan yang diketuai oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam pada itu Nushi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Semenyih berkata, pada ketika rakyat masih kuat memboikot apa-apa sahaja yang boleh meruntuhkan ekonomi Israel dan sekutu-sekutunya, kerajaan pula mengkhianati. 

Kerajaan  PH-BN menurutnya telah membuka pintu seluas-luasnya mempelawa sebuah syarikat gergasi penyokong kuat Zionis masuk mengambil alih aset strategik negara.

“Inilah penyerahan nyawa terbesar dalam bentuk ekonomi yang bakal diberikan kerajaan kepada entiti luar. Kerajaan gagal merancang dasar pelaburan yang lebih menguntungkan negara dari segenap aspek. 

“Keselamatan negara akan terdedah kepada syarikat ini. Sebarang penentangan pada masa hadapan bakal mengundang padah kepada negara.

“Inilah kerajaan yang tidak konsisten dalam perjuangan bersama rakyat Palestin. Mereka hanya berwayang dengan mafla di badan tetapi sedang memperjudikan nasib negara,” tegasnya.

Sebelum ini tambahnya, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menafikan kerajaan berhasrat melakukan tindakan ini, namun hari ini beliau mendakwa tidak tahu dan tidak terlibat dalam keputusan ini.

“Adakah Jemaah Menteri keseluruhannya tidak dilibatkan dalam keputusan besar dan penting ini? Siapa yang besar kepala dalam keputusan ini?

“Rakyat sudah penat berbaik sangka dan tidak boleh percaya lagi kepada kredibiliti kerajaan hari ini menjaga negara.

“Mereka tidak peduli rakyat dan gagal mengurus negara. Tindakan mereka hari demi hari  semakin membimbangkan dan membebankan rakyat” katanya. – HARAKAHDAILY 21/6/2024

2. Apa komen Tun M?  

MAHB: ‘Kenapa kerajaan pilih syarikat Amerika, siapakah mereka?’

KUALA LUMPUR: “Apabila saya dengar syarikat Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) akan menjual sahamnya kepada syarikat Amerika Syarikat, sangkaan saya ialah MAHB rugi.”

Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad berkata demikian mengenai pengumuman kerajaan pada bulan lepas, bahawa syarikat Amerika Syarikat, Global Infrastructure Partners (GIP) yang dimiliki syarikat pro-Israel, BlackRock dilaporkan akan memegang  sebanyak 30 peratus kepentingan dalam konsortium untuk menguruskan MAHB, bersama dana pelaburan kerajaan Khazanah Nasional dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP); yang mana kedua-dua entiti di bawah bidang kuasa kementerian kewangan yang diketuai oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Sekarang saya dapat tahu bahawa MAHB untung sebanyak RM543 juta bagi tahun 2023. Tak banyak syarikat yang dapat untung seperti ini.

(Ikuti selanjutnya 'MAHB:Kenapa kerajaan pilih syarikat Amerika, siapakah mereka?’ - HARAKAHDAILY 22/6/2024)

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  MAHB bukan syarikat rugi, kerana telah disebutkan bagi tahun kewangan 2023, keuntungan MAHB berjumlah RM543 juta dengan tunai dalam akaun sebanyak RM1.845 bilion iaitu pencapaian pasca pandemik yang luar biasa.

Maka jelaslah dasar pelaburan di zaman Ekonomi Madani terlalu longgar, tidak strategik, tidak patriotik dan lebih malang bersifat hipokrit. Apa lagi terlalu jahat dan khianat terhadap pembebasan rakyat Palestin.

Tambah lagi, MAHB disebutkan adalah pengendali tunggal 39 lapangan terbang seluruh negara, iaitu pintu keluar masuk negara. Untung ratusan juta, konsesi puluhan tahun dan aset sangat strategik serta operasi diiktiraf bertaraf dunia.

Di rantau ASEAN, menurutnya, aset logistik menjadi buruan kuasa besar dunia, pelabuhan mahupun lapangan terbang. Apatah lagi kedudukan geografi Malaysia yang amat strategik, pemilikan lapangan terbang mempunyai nilai geopolitik dan kedaulatan ekonomi yang amat tinggi.

Bahkan, terdahulu, di bawah pelan yang diumumkan kerajaan pada bulan lepas, Global Infrastructure Partners (GIP) yang dimiliki BlackRock dilaporkan akan memegang  sebanyak 30 peratus kepentingan dalam konsortium untuk menguruskan MAHB, bersama dana pelaburan kerajaan Khazanah Nasional dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Di mana kedua-dua entiti tersebut di bawah bidang kuasa kementerian kewangan yang diketuai oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sekian.

Lihat juga, Nasyid HAMAS: Takut nak dengar? Ini..







No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails