Itu luahan dan keluhan berbaur penuh kebimbangan dan ketakutan penduduk Islam di Najiaying, daerah Tonghai, dalam wilayah Yunnan, China.
Mereka melaungkan suara mewakili etnik Hui – salah satu daripada 56 kumpulan etnik yang diiktiraf oleh Beijing, yang menetap di wilayah Yunnan menempatkan kira-kira 700,000 daripada 10 juta umat Islam di seluruh China; yang mana merujuk kepada jumlah populasi rakyat China yang sudah mencecah jumlah 1.412 bilion, penganut Islam di negara komunis itu adalah kaum minoriti.
“Ia ekoran dalam beberapa tahun kebelakangan ini, pihak berkuasa China telah mengalih keluar seni bina Islam di negara itu secara terang-terangan – memusnahkan kubah dan meruntuhkan menara – daripada lebih seribu masjid etnik Hui di seluruh negara itu,” kata sumber saksi kepada CNN sambil menambah bahawa Masjid Najiaying yang terletak di bandar Nagu itu menjadi salah satu kawasan suci Islam terakhir yang akan ‘dimusnahkan’ oleh kerajaan China.
Ia adalah susulan tindakan kerajaan China yang mahu meneruskan rancangan memusnahkan empat menara dan bumbung kubah Masjid Najiaying, lapor AFP.
Begitulah kira-kira, antara berita tersebut.. (Rujuk HARAKAHDAILY 31/5/2023)
2. Cina masuk Islam bukan jadi Melayu -Prof Dr Taufiq Yap Yun Hin -Disiarkan pada Februari 21, 2019 @ 12:13pm (MyMetro)
ISLAM meraikan diversiti budaya dan tradisi selagi ia tidak bertentangan dengan ajarannya. FOTO arkib
ISLAM meraikan diversiti budaya dan tradisi selagi ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam.
Ini kerana Allah SWT menciptakan manusia berbeza-beza bukan untuk berlawanan antara satu sama lain.
Mereka semua perlu sama-sama mengenali dan mengasihi kerana semua manusia berasal daripada nenek moyang pasangan yang sama iaitu Adam dan Hawa.
Firman Allah SWT dalam Surah Al-Hujurat, ayat 13 yang bermaksud: “Wahai manusia! Sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan, dan Kami menjadikan kamu pelbagai bangsa dan bersuku puak supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain).
Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya”.
Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya manusia itu berasal daripada Adam dan Adam itu (diciptakan) daripada tanah.” (Hadis Bukhari)
Mengikut hasil kajian dilaporkan Rosey Wang Ma (2005), kebanyakan orang Melayu menjangkakan bahawa orang Cina yang menganut Islam akan meninggalkan budaya asal mereka dan mengamalkan cara hidup seperti orang Melayu.
Bagi mereka, hampir semua budaya Cina tidak Islamik, maka sebab itu orang Cina Muslim perlu menjadi Melayu melalui asimilasi sepenuhnya untuk menjadi seorang Muslim sejati.
Ciri-ciri, nama dan budaya Melayu adalah manifestasi kepada identiti agama mereka. Akibat daripada persepsi dan jangkaan itu, maka ramai orang Cina yang menganut Islam dibuang keluarga asal mereka kerana mereka dicap sebagai menjadi Melayu.
Perubahan paling ketara berlaku dengan pertukaran nama. Di Malaysia, kebanyakan orang Cina yang masuk Islam diminta menukar nama mereka kepada nama Melayu atau Arab dan menggunakan bin atau binti Abdullah.
Ada juga mereka yang menguruskan pengIslaman membuang keseluruhan nama asal Cina termasuk nama keluarga kerana dikatakan sebagai tidak Islamik.
Sedangkan bahasa Cina seperti bahasa lain di dunia ini semuanya adalah ciptaan Allah SWT. Bagi masyarakat Cina, membuang nama seseorang sama seperti menafikan keturunan, apatah lagi dibinkan dengan nama orang lain seolah-olah memisahkan Cina Muslim dengan keturunan asalnya.
Oleh kerana identiti Melayu dan identiti Islam membayangi budaya Cina dan identiti etnik, kebanyakan orang Cina menyamakan menjadi Muslim dengan menjadi orang Melayu.
Mereka melihat apabila memeluk agama Islam sebagai mengkhianati keluarga dan bangsa dan memalukan masyarakat Cina. (Rosey Ma, 2011)
Masih ramai orang Cina yang berminat kepada Islam masih tidak bersedia untuk menerimanya kerana permasalahan yang dinyatakan itu.
Malah ramai juga yang bersyahadah tetapi tidak berani mengisytiharkan diri mereka sebagai Islam kerana pasti akan berlaku ‘peperangan besar’ dalam keluarga.
Melainkan dia mempunyai ibu atau bapa yang memahaminya. Hakikatnya, kejadian manusia seperti disebut dalam ayat al-Quran dalam Surah al-Hujurat itu menunjukkan kaum dan suku yang berlainan bertujuan untuk menjadi makhluk saling kenal-mengenali antara satu sama lain.
Keadaan jauh lebih baik bagi masyarakat Cina Muslim di Malaysia kerana dapat menonjolkan identiti bangsa dan pada masa sama menjadi orang Islam yang baik.
Penulis Presiden Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) dan profesor di UPM
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Teringat saya (Ibnu Hasyim) semasa berada di bandar Urumqi China pada 6 Julai 2010, puluhan tahun yang lalu. Peristiwa panas semasa pasukan keselamatan China diletak dalam keadaan berjaga-jaga di bandar Urumqi, yang mengalami rusuhan kaum genap setahun sebelum itu.
Pada 5 Julai tahun sebelum itu, rusuhan ganas berlaku antara penduduk asal Muslim kaum Uighur dan penduduk pendatang kaum Han, mengakibatkan sekurang-kurangnya 197 orang terkorban. Sehari sebelumnya, pasukan keselamatan dilihat melakukan rondaan di Dataran Rakyat, tempat rusuhan tahun sebelumnya bermula.
(Rujuk juga media AFP, Reuters)
Ini masjid Urumqi. Pegawai keselamatan melarang parking depan masjid ini. Lihat ini.. di bawah masjid itu ada kedai-kedai menjual pelbagai barang. Disebelah kirinya, ada gerai buah-buahan dan berbagai jenis. Memang sepatutnya begitu.. menunjukkan seluruh kehidupan harian termasuk perniagaan bernaung di bawah tadbiran masjid dan agama.
Cegah rusuhan, Pegawai keselamatan China meronda di bandar Urumqi bagi memastikan rusuhan ganas tahun sebelumnya tidak berulang. -- Foto AP
Gambar-gambar di bawah ini..
Gambar atas, di toko China Mobile itu.. Teratas sekali ada 'tulisan jawi', kalau dalam istilah orang Melayu. Yakni tulisan Arab atau tulisan Al-Quran yang di Melayukan, tanda pengaruh Islam kuat dalam tulisan bangsa tersebut. Begitu juga dengan 'tulisan jawi Urumqi' ini. Hampir seluruh kedai-kedai di Urumqi terlihat di sini terdapat tulisan jawi Urumqi. Mungkin lebih hebat dari penggunaan 'tulisan jawi' di Tanah Melayu atau Malaysia.
Bahkan dalam kad pengenalan rakyat mereka pun tertera 'tulisan jawi Urumqi' ini. Dalam kad pengenalan Malaysia tak ada pun tulisan jawi. Lihat gambar di bawah ini dalam kad pengenalan mereka.
Apakah hal ini sesuatu yang istimewa? Kerana keistimewaan inikah menyebabkan walaupun sudah satu tahun berlaku rusuhan (seperti disebutkan), hingga kini rakyat masih menerima bahangnya? Seolah-olah masih darurat dan perintah berkurung? Nak parking depan masjid pun susah? Nak masuk hotel, ke pasar malam atau siang pun kena check, seolah-olah kita bawa bom peledak??
Ibnu Hasyim meninjau gerai-gerai di bawah kawalan masjid..
Bersama Gadis Uighur.. Gambar ini diambil semasa kami melawat di muzium Arumqi. Ibnu Hasyim bergambar dengan dua pekerja Islam bangsa Uighur. Bangsa yang berkulit putih, hidung mancung dan tinggi-tinggi, beragama Islam.
Penutup
Maharaja itu berkenan dengan agama Islam dan memerintahkan pembinaan masjid yang pertama di China. Disebutkan, sebuah ciri terkenal masyarakat Islam Muslim di China ialah kemunculan imam wanita bagi makmum wanita. Suatu bentuk kaligrafi Islam, Sini, dan telah ditubuhkan dengan baik di China. Haji Nur Din Mi Guangjiang ialah seorang penulis khat sini terkenal menurut tradisi ini.
Begitu juga Laksamana Cheng Ho dari negara China yang menjadi tentera pengaman di Asia Tenggara dan Selat Melaka, Puteri Hang Li Po berkahwin dengan Sultan Melaka dan lain-lain.
Rombongan itu diketuai oleh Sayyidina Sa`d ibn Abī Waqqās RA, bapa saudara Nabi di sebelah ibunya. Yung Wei, maharaja Tang yang menerima rombongan itu memerintahkan pembinaan sebuah masjid di Canton, masjid pertama yang dibina di negara itu. Zaman Dinasti Tang merupakan zaman gemilang di China dengan budaya kosmopolitan yang membantu memperkenalkan agama Islam.
Orang-orang Islam yang pertama kali bermastautin di China ialah dari kalangan saudagar Arab dan Parsi. Di kawasan tersebut, kabilah Hui Chi menerima Islam, dan nama tersebut kemudian diubah suai menjadi huihui atau Hui untuk merujuk kepada suku Cina Han yang memeluk agama Islam.
Ertinya juga, Islam turut memberi sumbangan kepada bangsa Cina dalam pembangunan dan kebangkitan ketamadunan hingga ke peringkat antarabangsa. Di Malaysia atau negara-negara umat Islam lain di dunia tidak mustahil boleh dipimpin oleh bangsa Cina yang tawwadhu', tidak rasuah atau taqwa kepada Allah SWT.
Di negara ini, tidak mustahil pemimpin-pemimpin DAP Malaysia boleh menjadi pemimpin rakyat Malaysia, kalau pemimpin Melayu kini masih kekal tebal dengan najis assobiah perkauman sempitnya itu. Ingat kisah Umar Al-Khattab juga asalnya penentang kuat Islam, tetapi akhirnya menjadi Khalifah penggerak Islam yang tangguh.
Jangan seperti di Malaysia, orang masuk Islam yang luas dipersempitkan jadi 'masuk Melayu'. Apa benarkah slogan UMNO dulu,'Takkan Melayu hilang di dunia'??
Sekumpulan lelaki Muslim etnik Hui meninggalkan Masjid Laohuasi selepas solat Jumaat di Linxia, dalam wilayah Gansu pada Mac 2018. (FOTO laporan npr.org bahawa Gansu setakat tarikh tersebut masih dapat mengekalkan sebahagian besar masjidnya manakala kubah dan menara masjid di wilayah lain telah diubah atau dialihkan.) Kaum hawa daripada etnik Hui tidak ketinggalan menyertai tunjuk perasaan membantah pencerobohan pihak berkuasa China terhadap Masjid Najiaying di Nagu dalam kejadian pada 27 Mei 2023. (FOTO: The Guardian) Ibnu Hasyim bergambar dengan sebahagian dari jamaah muslimat yang bersolat Jumaat di Beijing..
Sekian.
No comments:
Post a Comment