Thursday, June 13, 2024

Palestin: Solidariti D-8 & PAS jelajah Selamatkan M'sia

 


1. PAS bersolidariti terhadap resolusi D-8 dalam isu Palestin

PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) menyambut baik resolusi yang dicapai di antara Malaysia dan negara-negara anggota Majlis Menteri-Menteri Luar Negeri Kumpulan Lapan Negara Membangun (D-8) berkaitan situasi di Gaza.

Negara-Negara Anggota D-8 menegaskan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap perjuangan rakyat Palestin untuk merealisasikan hak-hak mereka yang tidak boleh dipertikaikan, keahlian penuh Palestin di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan semua resolusi yang berkaitan dengan Isu Palestin di forum antarabangsa.

Isu Palestin telah memainkan peranan yang penting dalam menyatukan umat Islam dan kesatuan dari segi kemanusiaan di peringkat antarabangsa. Kezaliman Zionis yang melampau dalam melakukan serangan, pembunuhan, dan kemusnahan telah menyebabkan umat Islam dan masyarakat antarabangsa telah keluar membuat bantahan bagi membela hak rakyat Palestin.

Begitu juga sokongan diplomatik, politik, ekonomi, dan media daripada negara-negara Afrika dan Amerika Latin serta laungan demonstrasi yang lantang di Amerika Syarikat dan Eropah.

PAS turut menyatakan pujian terhadap Turkiye yang terkehadapan dalam usaha memperjuangkan nasib umat Islam yang menjadi mangsa kekejaman Israel di Palestin.

Usaha yang direncanakan melalui D-8 ini adalah kesinambungan daripada idea Almarhum Prof. Najmuddin Erbakan yang telah dilaksanakan oleh beliau ketika menjadi Perdana Menteri Turkiye pada tahun 1995.

AL-QUDS MILIK UMAT ISLAM.

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 5 Zulkaedah 1445/11 Jun 2024 – HARAKAHDAILY 11/6/2024

2. Jom, jelajah rakyat! 

Orang ramai diseru menyertai siri ceramah Jelajah Selamatkan Malaysia yang akan diadakan di seluruh negara bermula di Dewan D Mawaddah, di Bangi Selangor pada jam 9 malam berjudul, Kuala Kubu Bharu (KKB) Signal Rakyat.

Program anjuran Jabatan Penerangan PAS dengan kerjasama Harakah ini dijadualkan akan dilaksanakan secara hibrid iaitu secara fizikal dan juga atas talian.

Siri pertama jelajah kali ini akan diisi dengan ceramah jemputan khas yang terdiri daripada barisan pimpinan Perikatan Nasional terdiri daripada Naib Presiden PAS, Datuk Idris Ahmad; Ketua Penerangan PAS Pusat, Ahmad Fadhli Shaari; dan Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Radzi Jidin.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Jom undi PAS dan kumpulannya demi menyelamatkan Malaysia dan membantu gerakan pembebasan Islam antarabangsa supaya terhindar dari jadi barua AS dan Israel.

Na'au zubillahi min zalik!

Sekian.

Lihat juga, Nasyid HAMAS: Takut nak dengar? Ini..









1 comment:

Anonymous said...

1 Dollar BRICS bersamaan dengan 55 US dollar. Amerika bakal bangkrap dan golongan mahakaya rakyat Amerika Syarikat terancam dengan kemiskinan tegar. Link bawah

https://youtube.com/shorts/D3AMsePhqmg?si=LFGssXBUiN5b7PcK

Seluruh ekonomi dunia selama ini telah dikawal oleh AS apabila perdagangan dunia berada di bawah ketentuan dolar AS. Segala perkembangan ekonomi dunia didalangi di bawah dolar.

Kira-kira 60 peratus daripada semua rizab tukaran asing yang dipegang oleh bank-bank pusat adalah dalam USD manakala kira-kira 40 peratus daripada perdagangan global turut dinisbahkan kepada USD. Ini telah menjadikan USD sangat dominan dalam perdagangan global, dan turut dipanggil sebagai hegemoni USD.

Pertama kalinya dominasi mata wang dolar AS dalam ekonomi dunia akan berdepan risiko kehilangan nilai apabila negara seperti Brazil, Russia, India, China, Afrika Selatan (BRICS) mahu beralih daripada menggunakan mata wang negara tersebut.

Bagi negara yang berdagang dengan AS akan diheret dalam krisis yang kronik sekiranya berlaku kejatuhan dolar. Menurutnya, mata wang dolar yang dicetak oleh AS bakal hilang nilai dan nilai simpanan dolar di bank-bank diramal akan jatuh.

https://youtube.com/shorts/0VaZla3A7R8?si=-miEoFhxkXnnlkoF

Risiko kehilangan nilai Dollar Amerika apabila negara seperti Brazil, Russia, India, China, Afrika Selatan (BRICS) mahu beralih daripada menggunakan mata wang negara tersebut.

Negara Uncle Sam selama ini sering mempergunakan mata wang dan dasar monetari mereka sebagai senjata untuk menguasai ekonomi dunia.

Menyahkan dolar (de-dolarization) bakal berlaku. Dominasi dolar AS akan berakhir selain mata wang tersebut akhirnya akan menjadi kertas tidak berharga selain pada masa itu juga inflasi di AS akan melonjak tanpa kawalan

Memperkukuh integrasi ekonomi matawang dalam negara BRICS itu sendiri, mengurangkan pengaruh Amerika Syarikat di pentas global dan melemahkan kedudukan USD sebagai mata wang rizab antarabangsa. Link

https://youtu.be/JKw4VPsTFLo?si=lRUVlOCOqAlvIcO2

1 Dollar BRICS bersamaan dengan 55 US dollar. Hyper Inflasi bakal meranapkan ekonomi Amerika Syarikat.

Warga Amerika bakal bangkrap dan golongan mahakaya rakyat Amerika Syarikat terancam dengan kemiskinan tegar.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails