MOSCOW: Rusia bersedia untuk menghadapi perang nuklear dengan Amerika Syarikat (AS) jika negara itu bertindak menghantar tenteranya ke Ukraine, sekaligus meningkatkan lagi konflik sedia ada antara kedua-dua buah negara itu.
Kenyataan itu dibuat Presiden Rusia, Vladimir Putih sejurus pilihan raya presiden negara itu yang akan berlangsung dari 15 hingga 17 Mac ini, yang mana Putin dilihat bakal melanjutkan tempoh pemerintahannya untuk enam tahun lagi.
“Dari segi teknikalnya, sudah tentu kita bersedia”, tegas Putin kepada agensi berita televisyen, Russia-1 ketika ditanya sama ada Rusia bersedia untuk berhadapan dengan perang nuklear.
Menurut beliau, pihak Barat khususnya AS faham bahawa jika mereka mengerahkan anggota tenteranya ke Rusia atau Ukraine, tindakan keras dan campur tangan akan dilakukan oleh Rusia.
Amaran Putin itu dikeluarkan di sebalik tawaran Barat untuk mengadakan rundingan bersama mengenai isu Ukraine sebagai sebahagian daripada pasca perang dingin dan keselamatan rantau Eropah, lapor Reuters.
Dalam pada itu, pihak AS dalam pada itu mendakwa Putin tidak bersedia untuk sesi rundingan tersebut.
“Rusia bersedia untuk melakukan rundingan mengenai isu Ukraine, tetapi mereka perlu bersandarkan pada realiti, dan bukannya keinginan selepas mengambil dadah psikotropik,” katanya.
KonflikRusia-Ukraine nkali ini telahmembuatkan produksi persenjataan Rusia meningkat berganda apabila berjaya menghasilkan 250,000 peluru artileri sebulan, bersamaan dengan tiga juta setiap tahun.
Jumlah ini sangat jauh lebih tunggi jika dibandingkan dengan pihak AS yang hanya mampu menghasilkan sekitar 100,000 peluru artileri dalam sebulan. – HARAKAHDAILY 13/3/2024
2. Apa yang patut umat Islam buat?
Menurut kenyataan Presiden PAS, dalam 'Selamatkan diri dan negara, bersama kumpulan Islam', beliau menghuraikan beberapa perkara, antaranya,
-Wajib adanya kumpulan Islam
-Ciri-ciri jemaah Islam
-Setiap orang yang beriman diuji oleh Allah Swt.
-Hubungan dengan orang bukan-Islam
-Wajib bersama kumpulan Islam dll.
(Sila rujuk: ABDUL HADI AWANG
Lapangan Terbang Doha, Qatar.
13 Rabi‘ al-Awwal 1444 | 10 Oktober 2022 – HARAKAHDAILY 14/10/2022)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Wajib adanya kumpulan Islam. Firman Allah Swt:
﴿وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ١٠٤﴾
No comments:
Post a Comment