Friday, June 28, 2024

Rakyat lawan Anwar & Aurat -PAS

 

YB Viral (dua dri kiri) serta Dayangku Intan (kiri), Rafique (dua dari kanan) dan Siti Zulaika dalam sidang media Demo Rakyat Lawan Anwar Round 1 di Kuala Lumpur pada hari ini, 27 Jun 2024. (FOTO: HARAKAHDAILY/Ikmal Emir)

1. Demo Rakyat Lawan Anwar: ‘Surat amaran pertama’ buat kerajaan. 8 perkara rakyat tuntut.

KUALA LUMPUR: Demonstrasi dikenal sebagai Demo Rakyat Lawan Anwar Round 1 adalah sebagai ‘surat amaran pertama’ buat kerajaan supaya membetulkan situasi semasa di negara ini.

Pempengaruh media sosial, Aidil Yunus yang turut dikenali sebagai YB Viral berkata, sudah lebih dari 18 bulan rakyat telah memberikan peluang kepada Kerajaan Madani bagi membetulkan keadaan  dalam negara ini.

“Namun begitu, seperti mana yang kita boleh lihat pada hari ini iaitu bukan sahaja keadaan negara tidak berubah tetapi juga rakyat semakin tersepit.

“Maka kita mengadakan demonstrasi tersebut yang akan diadakan pada Sabtu (29 Jun) ini sebagai signal amaran pertama kepada kerajaan Madani,” katanya pada sidang media  Demo Rakyat Lawan Anwar Round 1, di sini, hari ini.

Turut hadir ialah artis veteran Dayangku Intan; dan  Ketua Penerangan Pejuang,  Rafique Rashid, serta aktivis Demi Negara, Siti Zulaika Olivia.

Menurut YB Viral, demonstrasi tersebut adalah bersifat ‘rakyat untuk rakyat’ kerana langsung tidak ditaja oleh mana-mana parti politik.

(Sila lihat 'Demo Rakyat Lawan Anwar: ‘Surat amaran pertama’ buat kerajaan'-HARAKAHDAILY 27/6/2024)


2. Kerajaan tak ajar rakyat bertudung, lihat menterinya!

Dato' Mumtaz Md Nawi

KUALA LUMPUR: Pramugari beragama Islam di syarikat-syarikat penerbangan wajar diberi kebenaran untuk menutup aurat sebagai hak asasi manusia.

Dato’ Mumtaz Md Nawi (PN-Tumpat) berkata, ia sepatutnya menjadi isu yang diberi perhatian oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).

“Isu yang selalu kita bangkitkan berkenaan dengan pakaian pramugari dalam MAS, AirAsia dan dalam dalam beberapa (syarikat) penerbangan.

(Lihat selanjutnya 'Hak asasi manusia: Beri kebenaran pramugari tutup aurat– HARAKAHDAILY 27/6/2024)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, PAS sebagai sebuah parti politik Islam terus perjuangkan Islam di negara ini. Walaupun yang dikritik hanya syarikat penerbangan, tetapi ia juga adalah tamparan tarbiah hebat ke muka pemimpin-pemimpin wanita yang mengaku beragama Islam di negara ini.

Syabas PAS, yang terus sebarkan Islam. Allah beserta kita, Insya Allah.

Sekian.

Lihat juga, Nasyid HAMAS: Takut nak dengar? Ini..







No comments:

Post a Comment