Tuesday, July 09, 2024

Atlet wanita, Taliban lebih bermaruah..

 

Tiga atlet wanita itu dijadual menyertai sukan olahraga dan berbasikal. Foto: AFP

1. Tiga atlet wanita tidak diiktiraf kerajaan Taliban Afghanistan

KABUL: Kerajaan Taliban Afghanistan tidak mengiktiraf tiga atlet wanita mereka yang bakal mewakili negara berkenaan di Sukan Olimpik Paris 2024, hujung bulan ini, kata jurucakap jabatan sukan mereka.

Jawatan Olimpik Antarabangsa (IOC) menjemput enam atlet Afghanistan - tiga wanita dan tiga lelaki - untuk berunding bersama Jawatankuasa Olimpik Afghanistan yang kebanyakannya beroperasi dari luar negara.

"Hanya tiga atlet mewakili Afghanistan," kata Atal Mashwani, jurucakap direktorat sukan kerajaan Taliban yang merujuk kepada atlet lelaki.

Kesemua tiga atlet wanita dan dua lelaki menetap di luar Afghanistan

Hanya seorang yang menjalani latihan di negara berkenaan iaitu atlet judo manakala yang lain menyertai sukan olahraga dan renang.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails