Monday, July 01, 2024

Bela talapia depan rumah selesai masalah rakyat?

 

Foto ihsan Facebook Datuk Seri Mohamad Sabu

1. Ternak tilapia di halaman rumah, Mat Sabu teruja tuaian pertama

KUALA LUMPUR: Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, menzahirkan perasaan teruja apabila usahanya menternak ikan tilapia berjaya membuahkan hasil.

Katanya, beliau memperoleh bantuan dan tunjuk ajar daripada Aquaculture Resource Centre dalam melaksanakan usaha itu.

"Saya cukup teruja kerana ini adalah tuaian kali pertama selepas dua bulan menternak ikan tilapia.

"Alhamdulillah, selepas dibuat pengelasan, kami mendapat 40 kilogram (kg) ikan tilapia yang cukup besar dan boleh dipasarkan, dengan purata berat seekor mencecah 300 gram (g)," katanya.

Sehubungan itu, Mohamad berharap orang ramai dapat mengikut jejak langkahnya menternak ikan kerana ia menjanjikan pulangan yang lumayan.

"Saya menyarankan supaya lebih ramai menceburkan diri dalam bidang akuakultur ini kerana ia menjanjikan pulangan yang cukup berbaloi," katanya. (BH)


2. Apa benarkah berita ini? Mat Sabu mahu lihat 10 tahun lagi petani jadi pilihan dibuat ‘menantu’ 

Datuk Seri Mohamad Sabu

Oleh SITI NUR ZAWANI  February 28, 2023 (Harapan Daily)

Dalam usaha meningkatkan taraf kehidupan golongan petani, Datuk Seri Mohamad Sabu bertekad mahu menjadikan sektor pertanian dalam negara sebagai satu bidang kerjaya yang dibanggakan dalam tempoh 10 tahun akan datang.


Mohamad yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, tidak mahu pekerjaan sebagai petani dilihat sebagai kerja yang memalukan, sebaliknya mahu ia dipandang sebagai potensi besar dijadikan kerjaya buat anak muda.


Secara bersahaja Mohamad berkata, beliau mahu 10 tahun akan datang, golongan petani menjadi pilihan ‘menantu’ dan dipandang orang.


“Dulu pada tahun 60-an, kalau nak pergi meminang anak orang, askar yang dapat sambutan paling tinggi sebab isteri dapat elaun RM50.


“Tahun 80-an pula, cikgu jadi pilihan wanita sebab segak. Tahun 2000 ke atas, ‘supervisor’ kilang pula jadi rebutan sebab gaji yang baik.


“Saya mahu 10 tahun lagi pilihan gadis jelita ialah para petani kerana saya lihat perubahan ini sedang berlaku,” katanya dalam temubual baru-baru ini.


Presiden AMANAH itu juga berkata, beliau melihat anak-anak muda sudah mula menceburkan diri dalam bidang pertanian, mengusahakan tanah-tanah sebagai kerja tetap mereka.


Beliau meluahkan rasa bangga melihat anak muda mula menerapkan penggunaan teknologi dalam pertanian seperti membawa dron untuk menabur baja, benih dan sebagainya.


“Bila kita tanya petani, kamu kerja apa? Dia jawab ‘aku tak ada kerja, aku buat bendang saja’. Dia anggap buat bendang itu bukan kerja.


“Saya harap dapat beri penekanan terhadap usaha angkat golongan petani. Saya akan beri motivasi, saya akan bercakap pada golongan petani supaya berlaku perubahan minda orang yang terlibat dalam bidang pertanian ini,” katanya lagi. (Harapan Daily)


Komen Weblog Ibnu HasyimBela atau pelihara ikan tilapia (talapia) beberapa ekoq depan rumah, bolehkaa dapat selesaikan  masalah rakyat? Tegelak orang cerdeq dengaq


Sekian.


1 comment:

Anonymous said...

Dulu janji nak buat kereta terbang. X mampu. Hanya mampu bela ikan tilapia. Sapa ada kolam depan rumah, senang jadi menantu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails