Monday, July 08, 2024

Belia tolak rasuah, tapi 'si tua'nya.. & DAP goyang



Anwar ketika menghadiri Perasmian Penubuhan Pertubuhan Lima Generasi Malaysia (PLG) di Pusat Konvensyen Ipoh (ICC) hari ini. Yang turut hadir, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad (kiri) dan Presiden PLG, Datuk Abdullah Ghani Kassim (kanan). - Foto BERNAMA

1. Belia diseru tolak rasuah, tapi 'si tua'nya..

Anwar seru NGO, gerakan belia tolak rasuah, salah guna kuasa

IPOH: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan gerakan belia di negara ini supaya menyahut seruan kerajaan bagi menolak rasuah, salah guna kuasa dan penindasan.

Anwar berkata, Rasulullah SAW suatu masa dahulu bersama kekuatan keyakinan, akidah, akhlak dan nilai, mempertahankan hak serta keadilan dengan menolak penyelewengan, kezaliman serta rasuah dalam kalangan masyarakat.

Beliau berkata, sekiranya sifat itu diamalkan oleh masyarakat dengan mendalami pengertian hijrah di samping 'bangun' daripada kemalasan untuk mengangkat martabat diri, negara pasti akan membangun dengan maju.

(Selanjutnya sila rujuk 'Anwar seru NGO, gerakan belia tolak rasuah, salah guna kuasaBH hari ini)

1 comment:

Anonymous said...

Pandai pulak guna Rasullullah saw. Jangan dzalim, jangan rasuah, akhlaq baik, salah guna kuasa dan penindasan. Yg dia pulak boleh ambik peruntukan pembangkang. Ambik royalti. Dzalim. Salah guna kuasa.
Lantik anak yg tewas jadi penasihat ekonomi. Lantik calon tewas jadi menteri. Temberang hari hari. Dipanggil pelewat dalam dewan pun boleh buat muka selamber.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails