Wednesday, July 31, 2024

DAP samseng, langgar pekeliling KPM? & projek rintis PAS

 


1. ‘Siapa DAP dalam kerajaan sehingga boleh langgar pekeliling KPM?’

KUALA LUMPUR:“Kerajaan campuran Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) hari ini dilihat lebih lunak kepada DAP berbanding dengan mempertahankan hak dan isu sensitif yang mengguris hati lebih ramai rakyat Malaysia.”

Ketua Penerangan PAS Negeri Selangor, Zurk Ahmad berkata, DAP mahu semua perancangannya mengawal negara ini mengikut ‘tekak’  mereka mesti dituruti walaupun sehingga melanggar undang-undang negara.

“DAP berani mendesak apa-apa yang sudah termaktub diubah mengikut perancangan licik mereka. Pemimpin Melayu kendur bagai lembu dicucuk hidung setiap kali DAP bersuara. 

“Bayangkan jika pemimpin Melayu masih tidak bersatu dan sanggup memecahkan sokongan demi membiarkan DAP terus berkuasa dan menjadi majoriti dalam kerajaan. 

“Situasi membimbangkan seperti ini tidak mustahil jika DAP berjaya meluaskan pengaruh mereka melalui rancangan persempadanan semula,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bahkan menurut Zurk, impian DAP lebih mudah jika keberaniannya mengawal negara ini tidak dihalang oleh pemimpin dalam kerajaan campuran hari ini.

“DAP mesti terus ditolak! Aktiviti ‘buli’ mereka terhadap pemimpin Melayu Islam semakin membahayakan negara,” tegasnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, bahaya DAP kian terserlah setiap kali berada dalam kerajaan dan segala perkara yang sering dituntut mereka sentiasa mengganggu keluhuran undang-undang di Malaysia.

Tambahnya, terdapat tiga persoalan yang perlu dirisaukan oleh negara mengenai campur tangan DAP yang mula menunjukkan besar kepala mereka.

“Siapa DAP dalam kerajaan hari ini sehingga mereka boleh melanggar (arahan) pekeliling Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang dibuat demi kebaikan pendidikan merentas kaum?

“Apa keistimewaan DAP sehingga Menteri KPM terpaksa mengeluarkan kenyataan mempertimbangkan sumbangan syarikat arak kepada sekolah vernakular?

“Kenapa DAP terlalu ditakuti sehingga tiada pemimpin kerajaan menyelar kenyataan DAP yang mempertikai kredibiliti Menteri Kerajaan Campuran,” katanya. – HARAKAHDAILY 30/7/2024


2. Ini projek rintis PAS, tingkatkan pendapatan rakyat 

Senator Dato' Husain Awang

KUALA LUMPUR: Projek rintis Dasar Gaji Progresif membabitkan sektor swasta bagi membantu meningkatkan pendapatan rakyat selari dengan peningkatan produktiviti untuk melonjakkan Malaysia ke status negara berpendapatan tinggi.

Senator Dato’ Husain Awang berkata, sebanyak 362 majikan telah membuka permohonan akaun untuk menyertai projek rintis bagi sistem gaji yang berprogresif.

“Data yang ada di tangan saya setakat 12 Julai hanya seramai 867 majikan telah membuka akaun bagi sistem gaji progresif, dan bukannya 996 permohonan.

“Antara lima sektor yang utama dan terlibat dalam projek rintis ini adalah sektor pembuatan, pembinaan, perdagangan borong dan runcit, pembaikan kenderaan bermotor dan motosikal; maklumat dan komunikasi serta aktiviti profesional, saintifik dan teknikal.

“Peratusan sektor manakah yang tertinggi dalam keterlibatan projek rintis ini dan adakah projek ini menjadi projek yang wajib disertai oleh majikan pada masa akan datang,” katanya ketika mengemukakan soalan tambahan pada sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Negara, hari ini.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Dato’ Sri Abdul Rahman Mohamad berkata, kementeriannya telah menerima laporan penilaian projek rintis syarikat bagi tujuan pembaikan dasar dan juga pelaksanaan.

“Hasil daripada laporan yang dibentangkan dan kita akan melaksanakan projek ini yang dijangka pada Disember.

“Walau bagaimanapun perkara ini masih lagi belum dijadikan satu kewajipan dan sebab itu kita memperuntukkan RM50 juta sahaja untuk projek rintis yang kita sasarkan sebanyak 1,000 syarikat untuk didaftarkan,” katanya. – HARAKAHDAILY


Komen Weblog Ibnu Hasyim: ‘Wang royalti bukan hadiah PM, tetapi hak Terengganu…’  & “Kerajaan Pusat menyedut hasil minyak negeri melalui syarikat-syarikat minyak sebagai sumber utama negara, sementara Terengganu disuruh hidup tanpa royalti.”

Itu penegasan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi negeri, Dr Azman Ibrahim, yang menyatakan bahawa kerajaan negeri berhak menerima dana daripada Kerajaan Pusat berdasarkan perjanjian yang termeterai semasa pembentukan Persekutuan Malaysia.

“Ketika perjanjian pembentukan Persekutuan Malaysia, negeri-negeri telah menyerahkan banyak perkara kepada bidang kuasa pentadbiran Persekutuan. Bukan sebab negeri-negeri tak pandai mengurus hasil kekayaan bumi masing-masing. 

“Dalam perjanjian Persekutuan Malaysia, hasil khazanah dalam perut bumi dan lautan serta hasil-hasil cukai, negeri-negeri telah lepaskan kepada Kerajaan Persekutuan. Bidang kuasa negeri hanya agama, tanah dan air.

“Sebagai timbal balas atas penyerahan kuasa negeri kepada pusat, maka perjanjian menetapkan pusat kena salurkan dana, duit dan segala bentuk kewangan. 

“Bukan sebab ehsan pusat atau murah hati PM. Sama ada kerajaan negeri pandai cari duit atau tak ada duit, hak negeri adalah menerima dana daripada pusat sebagaimana perjanjian,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau juga menyentuh tentang kekayaan Terengganu dengan hasil petroleum yang dianugerahkan oleh Allah, yang diserahkan kepada pusat berdasarkan Akta Kemajuan Petroleum 1974.

“Hasil keuntungan petroleum daripada syarikat-syarikat minyak diserah kepada pusat. 

“Selepas Terengganu serahkan kepada pusat, kita disuruh cari duit sendiri tanpa bergantung kepada duit hasil minyak?

“Baca apa kata Kul Li (Tengku Razaleigh Hamzah), orang yang tukang sign perjanjian dengan Kerajaan Terengganu,” katanya. – HARAKAHDAILY 30/7/2024  

Azman Ibrahim

Iklan: Lihat juga 'Orang Cina, kembalilah kepada Islam..

Di negara ini, tidak mustahil pemimpin-pemimpin DAP Malaysia boleh menjadi pemimpin rakyat Malaysia, kalau pemimpin Melayu kini masih kekal tebal dengan najis assobiah perkauman sempitnya itu.

...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails