Tuesday, July 16, 2024

Gadis terlalu tinggi cari pasangan, macam mana nak laku?

 

1. 'Gadis Tinggi' dari Heilongjiang China cari pasangan cinta.

Xiao Mai, seorang wanita cantik berusia 25 tahun dari wilayah Heilongjiang, China, menghadapi kesukaran mencari teman lelaki yang sesuai kerana ketinggiannya. Dia memiliki ketinggian luar biasa, 2.26 meter (7 kaki 5 inci), yang menjadikannya lebih tinggi daripada kebanyakan lelaki dan menyebabkan dia nampak menakutkan kepada kaum lelaki.

"Pada mulanya saya keliru apabila orang asing datang ke rumah, tetapi lama kelamaan saya dapati mereka sangat bersemangat membantu saya mencari lelaki yang baik dari merata tempat," kata Xiao Mai kepada Toutiao. Dia menambah bahawa perasaan ramah orang ramai terhadapnya telah membantu meningkatkan keyakinannya terhadap ketinggiannya.

Semasa membesar, Xiao Mai juga jauh lebih tinggi daripada kebanyakan kanak-kanak seusianya, dan ketika dia berada di darjah 7, dia sudah mencapai ketinggian 1.80 meter (6 kaki). Dia menjadi bintang pasukan bola keranjang perempuan di sekolahnya dan membantu memenangi beberapa kejohanan daerah. Dia telah dirisik oleh kelab bola keranjang profesional di negara itu, tetapi dia menolak untuk menyertai mana-mana daripada mereka untuk memberi tumpuan kepada pelajarannya. Malangnya, dia terpaksa berhenti bermain bola keranjang pada darjah 8 kerana kecederaan serius.

Xiao Mai terus berkembang pada kadar kira-kira 10 cm setahun, dan ketinggiannya menyebabkan pelbagai masalah. Di kelas, dia tidak pernah mempunyai ruang yang cukup untuk kakinya di bawah meja, katilnya tidak cukup panjang, dan dia jarang dapat mencari pakaian siap yang sesuai dengannya. Ketika menaiki bas, dia selalu pergi ke belakang di mana dia merasa lebih mudah untuk mengelakkan pandangan orang. Semua masalah ini menyebabkan dia sangat peka tentang ketinggiannya dan membuatnya menarik diri daripada berinteraksi dengan orang lain.  

Ibu Xiao Mai berkata bahawa, selain membantu anaknya mencari teman lelaki dan suami yang berpotensi, alasan utama dia menggalakkan anaknya mempromosikan dirinya secara online adalah untuk meningkatkan keyakinannya. Ternyata, usaha itu berhasil, kerana gadis berusia 25 tahun itu kini tidak lagi gugup berinteraksi dengan orang asing dan bangga menunjukkan tubuh tinggi lampainya secara online.

Sumber


2. Hebat & canggih pemkiran Islam, pilih jodoh pun ada panduan politik..

SEPERTI yang sudah diketahui umum, urusan jodoh adalah di tangan Allah SWT. Jodoh adalah takdir yang sudah Allah tetapkan bagi umat manusia. Kalau mahu mencari bukan hanya berdasarkan pada paras rupa semata-mata malah iman dan akhlaknya juga.

Menikah merupakan Sunnah Nabi iaitu sesuai dengan fitrah manusia.  Hikmah yang dapat dipelajari dalam sunnah ini apabila munculnya ketenteraman jiwa dalam diri seorang manusia selepas bernikah. Dengan pernikahan, akan wujudnya kasih sayang, cinta dan kesatuan antara suami isteri. Malah, dengan pernikahan juga, keturunan umat manusia akan makin bertambah. Rasulullah SAW amat menggalakkan umatnya supaya berkahwin. 

Daripada Aisyah RA berkata, Sabda Nabi SAW:

“Perkahwinan itu adalah sunnahku, sesiapa yang tidak suka mengikut sunnahku maka bukanlah dia daripada golongan umatku”. (Riwayat Ibn Majah)

“Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tentram bersamanya, dan dijadikanNya diantara kamu rasa kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian terdapat tanda-tanda (kekuasananNya) bagi kaum yang berfikir”. (Surah. Ar-Ruum:30).


(i) Berdoa kepada Allah SWT agar diberikan jodoh yang baik

Sebagai contoh, amalkan solat sunat hajat. Allah telah berjanji dalam firmanNya bahawa lelaki yang baik untuk perempuan yang baik begitu juga sebaliknya. Mereka perlu berikhtiar bersungguh-sungguh dan berdoa kepada Allah supaya dapat jodoh terbaik sesuai dengan ketentuan Islam.

Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik pula .(Surah An Nur : 26)


(ii) Meminta ibu bapa untuk mencarikan jodoh yang baik

Ibu bapa adalah orang yang membesarkan kita sejak dari kita lahir lagi. Mereka lebih mengetahui baik buruk tentang diri kita lebih dari kita mengenali diri sendiri. Ia tidak salah sekiranya meminta mereka dalam membantu kita dalam mencari jodoh yang baik. Insya-Allah, pilihan mereka adalah yang terbaik 


(iii) Melalui kawan atau saudara mara.

Gunakan mediator lain seperti kawan, saudara mara atau orang yang boleh dipercayai.

"Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya."

“Dan Allah Maha luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui. Dan orang-orang yang tidak mampu kawin hendaklah menjaga kesucian (diri) nya, sehingga Allah memampukan mereka dengan karunia-Nya  (Surah An Nur : 32-33)”


(iv) Mencari sendiri

Dalam soal pemilihan jodoh, muslimin dan muslimat berhak mencari sendiri. Rasulullah SAW pernah memberikan kriteria untuk menentukan pilihan pasangan hidup bagi umatnya yang apabila dilaksanakan, rumah tangga yang harmoni mampu dirasai oleh mereka. Amin 

"Apabila datang laki-laki (untuk meminang) yang kamu redhai agamanya dan akhlaknya maka kahwinkanlah dia, dan bila tidak kamu lakukan akan terjadi fitnah di muka bumi dan kerosakan yang meluas". (HR. Tirmidzi dan Ahmad) (Khas untuk kaum perempuan)


(v) Jangan berputus asa

Jodoh tetap menjadi rahsia Allah. Sebagai manusia, kita hanya mampu berusaha, berikhtiar dan selebihnya kita serahkan pada Allah SWT. Sudah dijanjikan oleh Allah bahawa semua makhluk-Nya dijadikan berpasang-pasangan. Hanya Allah yang mengetahui bila waktunya.

Amin.


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Begitulah hebatnya agama Islam.. bukan macam puak-puak ortodok Yahudi di Israel yang diperalatkan Zionis sekularis menyerang Islam. Bukan juga seperti DAP/Anwar diperalat oleh puak-puak sekularis internasional menyokong Israel dan menentang Islam.

Sama saja kepala-kepala gila itu!


Sedikit tambahan pelengkap 

Oh ya, maaf tertinggal, nak tambah sikit lagi mengenai masalah wanita China itu. Bagaimana kalau beliau memilih cara hidup Islam atau masuk Islam? Tentu ramai geng-geng pejuang Islam di seluruh penjuru dunia yang sanggup membantu beliau, kerana Allah SWT menyuruh begitu. 

Masuk Islam, beliau akan jadi bersih dari dosa bagai bayi yang baru dilahirkan. Itulah kehebatan Islam yang orang-orang sekular tidak akan faham!

Sekian.


Iklan: Lihat juga 'Orang Cina, kembalilah kepada Islam..

Di negara ini, tidak mustahil pemimpin-pemimpin DAP Malaysia boleh menjadi pemimpin rakyat Malaysia, kalau pemimpin Melayu kini masih kekal tebal dengan najis assobiah perkauman sempitnya itu.

....

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails