Monday, July 15, 2024

Hampa ke PH, tapi ini plan PAS T'ganu (CCUS).

  

1. ‘Begitu hampanya mereka kepada kerajaan PH’

GOMBAK: Sokongan bukan Melayu kepada Perikatan Nasional (PN) menunjukkan tanda yang positif, ujar Timbalan Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Mohd Hafez Sabri.

Beliau berkata, khususnya masyarakat Cina pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap memberikan isyarat yang jelas kepada PN.

“Begitu hampanya dan kecewanya mereka ketika ini kepada kerajaan PH. Dan sokongan yang kita dapat di Sungai Bakap itu sangat penting kepada Perikatan Nasional,” ujarnya.

Beliau berkata demikian beliau ketika sidang media selepas perasmian Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor ke-58 di Dewan Beringin di sini, hari ini.

Ini, katanya membuktikan momokan yang dibuat oleh PH selama ini yang seolah-olah PN tidak akan mendapat sokongan daripada bukan Melayu adalah tidak tepat.

“Dan hari ini isu yang kita fokus dari isu rakyat yang terkesan ini bukan hanya orang Melayu, bahkan orang Cina, orang India dan (PRK) Sungai Bakap membuktikan sokongan itu telah pun diberikan kepada kita.

“Dan insya-Allah dalam konteks Selangor kalau keadaan ini masih lagi seperti hari ini dan kerajaan ini saya kira dia tidak boleh buat banyak perubahan kerana pergolakan dalaman mereka pun sangat kuat,” ujarnya yang juga ADUN Manjoi.

Tambahnya, perpecahan dalaman dalam kalangan pemimpin Kerajaan Madani sangat teruk ketika ini menyebabkan mereka tidak boleh bagi tumpuan kepada rakyat.

“Maka saya kira kerajaan ini tidak boleh lagi terus bertahan. Dan bolehlah button itu dipassing kepada PN kerana telah terbukti daripada sejarah kita, kita mampu untuk menguruskan negeri dan juga negara ini dengan sempurna dan baik.

“Dan saya yakin gelombang sokongan daripada rakan-rakan bukan Melayu ini, Cina, India ini akan terus meningkat, insya-Allah,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, beliau berkata negeri Selangor menjadi sasaran untuk dimenangi dan diambil alih daripada PH dalam Pilihan Raya Umum ke-16 nanti.

Beliau berkata perkara ini sedang digerakkan oleh PAS dan Pemuda PAS negeri.

“Dan juga di peringkat nasional juga, saya mewakili Pemuda PAS Malaysia, kita sedang bergerak dengan begitu agresif ketika ini untuk memastikan gelombang sokongan rakyat ini terus berterusan kepada Perikatan Nasional, kepada PAS,” katanya.

Tambahnya, di sosial media seperti TikTok, Instagram dan Facebook pada hari ini, rata-rata anak muda tidak berpuas hati terhadap kerajaan sekarang.

“Dan Selangor atau negeri yang kita sasarkan sokongan itu akan semakin memuncak dan kalau Sungai Bakap pun boleh di Penang, Selangor lagilah boleh, dan itulah antara benda yang kita lihat ketika ini,” kata beliau. – HARAKAHDAILY 14/7/2024

2. Terengganu, kementerian sedia kerangka projek CCUS 


KUALA TERENGGANU: Terengganu bersama Kementerian Ekonomi sedang menyediakan kerangka bagi projek Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (carbon capture utilization storage) atau CCUS.

Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, sebelum ini beliau telah mengajukan soalan kepada Menteri Pelaburan, Perdagangan Dan Industri (MITI) berkaitan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 di Dewan Rakyat.

Beliau mengemukakan pandangan bahawa Terengganu merupakan salah sebuah negeri yang paling strategik untuk untuk menjadi pelopor bagi industri CCUS di Kompleks Petroleum yang sedia ada di negeri ini.

“Kementerian MITI telah memberi jawapan bahawa akan ada satu libat urus untuk membincangkan tentang CCUS ini, maka langkah segera yang diambil, Kementerian Ekonomi melalui Yang Berhormat Menteri telah hadir untuk kita bincangkan berkenaan CCUS.

“Isu ini amat besar dan penting bagi negeri Terengganu supaya ekosistem yang kita buat di negeri Terengganu ini akan memberi pulangan hasil kepada negeri ini sendiri dan tentunya penting juga untuk Malaysia di peringkat antarabangsa,” katanya.(Lanjutnya sila rujuk Harakah hari ini  .  HARAKAHDAILY 14/7/2024)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, PAS mahu PN menang PRK Nenggiri macam Sg Bakap. PAS akan berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Nenggiri sebagaimana biasa mengikut jadual yang telah ditetapkan sebaik sahaja selepas penamaan calon pada 3 Ogos depan. 

PRK DUN Nenggiri akan diadakan pada 17 Ogos depan berikutan kerusi terbabit diisytiharkan kosong selepas bekas ADUN, Mohd Azizi didapati melangar Akta Anti Lompat Parti. 

Mari kita berdoa ramai-ramai, supaya Allah SWT memberi kemenangan kepada PAS dan perjuangan Islam, dalam mengambil alih pentadbiran negara ini, insya Allah!

Iklan: Lihat juga 'Orang Cina, kembalilah kepada Islam..

Di negara ini, tidak mustahil pemimpin-pemimpin DAP Malaysia boleh menjadi pemimpin rakyat Malaysia, kalau pemimpin Melayu kini masih kekal tebal dengan najis assobiah perkauman sempitnya itu.

....

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails