Tuesday, July 23, 2024

K'jaan PH-BN, punggung merah. & Ke 2 terburuk

 

1. Kisah beruk panjat pokok gamatkan suasana

JASIN: Kisah mengenai ‘beruk yang memanjat pokok’ sebagai analogi pentadbiran Kerajaan PH-BN yang sedang memerintah negara kini menggamatkan suasana Siri Ceramah Jelajah Selamatkan Malaysia Negeri Melaka.

Kisah tersebut disampaikan Naib Presiden PAS, Dato’ Sri Amar D’Raja Dato’ Nik Amar Abdullah selaku merupakan penceramah utama pada program yang berlangsung di Kompleks PAS Kawasan Jasin, Simpang Kemendor, di sini malam kelmarin.

Nik Amar dalam ceramahnya sebelum itu mengungkapkan mengenai hikmah mengapa Pakatan Harapan (PH) menjadi Kerajaan Persekutuan dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.

“Bila kita fikir sampai hari ni, dua tahun lebih dah Anwar jadi Perdana Menteri, kita nampak banyak hikmahnya tuhan tak bagi kepada kita jadi Perdana Menteri. Hikmah yang paling besar ialah tuhan nak tunjuk siapa Anwar Ibrahim.

“Sebelum ni dia tak jadi Perdana Menteri, jadi segala janji dia, dia bagi tahu ‘saya tak jadi perdana menteri saya nak buat apa’. Kali ini tuhan bagi kamu jadi Perdana Menteri dua tahun dah aku bagi apa yang kamu buat?” katanya.

Kata beliau, rakyat Malaysia boleh melihat bahawa tidak ada perkara yang mereka boleh dibanggakan kepada kerajaan kini kerwna tidak mampu menunaikan janji kepada rakyat.

Jelasnya, selepas berlangsungnya Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap terlalu banyak kritikan yang dilakukan rakyat terhadap Perdana Menteri dan kerajaan di mana tidak pernah berlaku sebelum pada ini.

Beliau kemudiannya membawakan satu analogi mengenai ‘beruk memanjat pokok’ yang menurut beliau diceritakan kepadanya oleh seorang rakannya.

Menurut rakannya, kata Nik Amar, seseekor beruk tidak nampak punggungnya bila berada di atas tanah, namun ia mula kelihatan apabila beruk itu mula memanjat pokok.

“Dia kata, beruk ni bila dia panjat makin tinggi, makin nampak (punggungnya), makin tinggi, makin nampak dan beruk PH ni memang teruk punggungnya!

“Selama ni kita tak nampak sebab duduk atas tanah. Bila sudah panjat pokok semua orang boleh tengok oh macam tu rupanya punggung,” katanya disambut dengan gelak tawa hadirin.

Lebih teruk lagi katanya, beruk tersebut tidak menjalankan tugasnya memetik kelapa, tetapi menghabiskan masa dengan menghalau kumbang di atas pokok kelapa.

Tambah Nik Amar, sekiranya Perikatan Nasional bekerja keras dalam tempoh dua tahun akan datang ini tidak mustahil Kerajaan PH dapat ditumbangkan pada PRU-16 nanti.

Turut menyampaikan ceramah ialah Ketua Penerangan BERSATU Wilayah Persekutuan, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz dan Timbalan Ketua Ulamak PAS Pusat, Tuan Guru Zulkifli Ismail serta Yang Dipertua PAS Kawasan Jasin, Datuk Ustaz Kamarudin Sidek.

Antara pimpinan yang hadir ialah Pengerusi Perikatan Nasional Negeri Melaka, Dr Mohd Yadzil Yaakub dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka, Bakri Jamaluddin serta Ketua Penerangan PAS Negeri, Ustaz Wan Zahidi Wan Ismail. – HARAKAHDAILY 22/7/2024


2. Malaysia kedua terburuk keseimbangan kehidupan bekerja  

Senator Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu mengambil perhatian terhadap laporan Remote yang menunjukkan Malaysia di tempat kedua terburuk daripada 60 negara dari sudut keseimbangan kehidupan bekerja.

Senator Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai berkata, ia berkemungkinan disebabkan oleh budaya kerja yang lebih demanding pada masa kini dari segi masa bekerja terutama dalam kalangan pekerja kolar putih.

“Baru-baru ini Malaysia telah diletakkan sebagai negara yang kedua terburuk dalam keseimbangan kehidupan kerja antara 60 negara KDNK teratas.

“Demi sesuap nasi pekerja Malaysia terpaksa mencatat lebih 40 jam secara purata setiap minggu yang tidak lestari,” ujarnya yang juga Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN).

Beliau berkata demikian sewaktu membahaskan Rang Undang-undang Keselamatan Sosial Pekerja Pindaan 2024 di Dewan Negara, hari ini.

(Lanjut sila rujuk 'Malaysia kedua terburuk keseimbangan kehidupan bekerja'  – HARAKAHDAILY 22/7/2024)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: K'jaan PH-BN, punggung merah. & Ke 2 terburuk. Ertinya kerajaan Persekutuan yang ada sekarang lucu, perlu ditukar segera!

Apa tidaknya, gaya hidup pekerja kini telah menyebabkan peningkatan kes NCD seperti kanser, diabetes, penyakit mental dan kardiovascular berbanding beberapa dekad yang lalu.

Kerajaan juga perlu mempertimbangkan untuk meluaskan liputan jaringan keselamatan sosial pekerja kepada penyakit-penyakit NCD yang telah nyatakan sebelum itu.

Sekian.

Iklan: Lihat juga 'Orang Cina, kembalilah kepada Islam..

Di negara ini, tidak mustahil pemimpin-pemimpin DAP Malaysia boleh menjadi pemimpin rakyat Malaysia, kalau pemimpin Melayu kini masih kekal tebal dengan najis assobiah perkauman sempitnya itu.

...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails