Friday, July 19, 2024

'Maufakat Nasional' wajar dibentuk -Mursyidul Am PAS.

 


1. Muafakat Nasional wajar dibentuk semula menuju PRU16

KANGAR: Muafakat Nasional wajar dibentuk semula dengan wajah baru menuju PRU16 agar Penyatuan Ummah antara orang Melayu sebagai penduduk majoriti negara akan mengukuhkan lagi kedudukan politik di negara ini.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Hashim Jasin berkata, bentuk kerjasama yang pernah dijalin antara PAS dan Umno dahulu adalah satu permuafakat terbaik pernah berlaku.

Namun katanya, sebarang kerjasama masa depan perlu mengambil kira perubahan dan pendirian semasa Umno, yang kini bekerjasama dengan DAP.

“Jadi kalau Muafakat Nasional macam dulu mungkin tak boleh, tetapi dengan Pengerusi Muafakat Nasional sekarang iaitu Tan Sri Annuar Musa bila-bila masa pun boleh.

“Dengan syarat Umno yang terlibat ialah Umno yang berasaskan kepada perjuangan asal mereka, bukan Umno yang terkait dengan DAP,” katanya ketika ditemui Harakahdaily, hari ini.

Terdahulu media tempatan melaporkan, Umno dan BERSATU perlu mencari jalan untuk bergabung dan menghidupkan kembali Muafakat Nasional (MN) bersama PAS.

Bekas Pengerusi Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata, Umno tidak boleh bersendirian untuk terus kekal relevan. – HARAKAHDAILY 18/7/2024


2. Arab Saudi bunuh lebih 100 individu, jadi jahat bila kawan orang jahat?  

DUBAI: Arab Saudi menjalankan hukuman mati terhadap dua pesalah yang disabitkan dengan jenayah pengedaran dadah, kata Kementerian Dalam Negeri hari ini.

Menurut statistik AFP, ia menjadikan jumlah keseluruhan hukuman mati yang dijalankan pada tahun ini membabitkan sekurang-kurangnya 106 pesalah.

Agensi media rasmi Arab Saudi dalam laporannya berkata, kementerian itu mengumumkan seorang rakyatnya dihukum bunuh kerana mengedar amphetamine, manakala seorang lagi pesalah warga Pakistan mengedar dadah jenis heroin, kedua-duanya di Makkah.

Pihak berkuasa Arab Saudi melaksanakan semula hukuman mati bagi kesalahan berkaitan dadah pada penghujung 2022 selepas ia dihentikan hampir tiga tahun.

Menurut statistik AFP, tujuh daripada 106 hukuman mati yang direkodkan tahun ini berkaitan kes dadah.

Sepanjang 2023, pihak berkuasa menjalankan hukuman mati ke atas sekurang-kurangnya 170 orang, termasuk 33 individu yang dituduh melakukan jenayah berkaitan keganasan.

Untuk rekod, sehingga Julai tahun lalu, negara Teluk itu menjalankan hukuman mati ke atas sekurang-kurangnya 74 orang pesalah.

Isnin lalu, Pertubuhan Hak Asasi Manusia Eropah-Arab Saudi yang berpangkalan di Berlin mengutuk Arab Saudi kerana menjalankan satu hukuman mati hampir setiap dua hari.

"Sejumlah 100 hukuman mati dalam tempoh 196 hari menunjukkan kerajaan Arab Saudi bertegas mahu menjalankan hukuman mati secara meluas sekali gus melanggar undang-undang antarabangsa dan komitmen rasminya," katanya dalam satu kenyataan. (BH)


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, bila melihat berita hari ini. 

(i) Muafakat Nasional wajar dibentuk semula menuju PRU16. Kita (Ibnu Hasyim) patut menyokong bahawa Muafakat Nasional wajar dibentuk semula dengan wajah baru menuju PRU16. Penyatuan Ummah antara orang Melayu sebagai penduduk majoriti, akan membantu mengukuhkan lagi kedudukan dan kestabilan politik di negara ini.

(ii) Arab Saudi bunuh lebih 100 individu. Disebutkan juga 'jadi jahat bila kawan orang jahat?'..  

Negara Arab Saudi konon telah ditolong oleh bangsa barat membebaskan diri dari Kerajaan Islam Turki Othmaniah, berkawan dengan orang bukan Islam menentang Islam. Kini pula sedang berkawan dengan AS/Israel yang terang-terang merampas dan membunuh kemarakan Islam di Palestin. 

Masih mahu jadi 'pecacai Israel'? Jadi jahat kerana berkawan dengan orang jahat?

Maka marilah kita di Malaysia kembali kepada Maufakat Nasional yang dibawa oleh PAS demi kesejahteraan Islam dan manusia seluruhnya.

Sekian.


Iklan: Lihat juga 'Orang Cina, kembalilah kepada Islam..

Di negara ini, tidak mustahil pemimpin-pemimpin DAP Malaysia boleh menjadi pemimpin rakyat Malaysia, kalau pemimpin Melayu kini masih kekal tebal dengan najis assobiah perkauman sempitnya itu.

...

No comments:

Post a Comment