Friday, July 26, 2024

PAS mendunia. Mindanao, Ubaidah, buah pinggang..

 

1. Mindanao perlu sokongan. 

KUALA LUMPUR: Mindanao merupakan salah satu kawasan yang masih memerlukan bantuan dan sokongan daripada kita kerana ramai penduduknya hidup dalam serba kekurangan dan menghadapi pelbagai cabaran dalam kehidupan seharian.

Pengarah PASRelief, Mohd Yusni Mat Piah berkata, PASRelief yang telah berlepas ke Mindanao semalam, 24 Julai sehingga 27 Julai 2024 untuk misi kemanusiaan bagi mengurangkan sedikit beban mereka.

“Terima kasih yang tidak terhingga buat penyumbang yang prihatin terhadap saudara seislam kita di sana (Mindanao).” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, tiga delegasi PASRelief akan berlepas ke Mindanao disertai oleh NGO An-Nasr Care iaitu wakilnya Nasrun Othman.

Difahamkan, misi kemanusiaan Mindanao pada kali ini, PASRelief akan menyediakan pek-pek makanan untuk diberi kepada para balu yang syahid dan anak-anak yatim di sana.

“Doakan misi ini berjaya dan PASRelief dapat meneruskan lagi misi-misi seterusnya bagi membantu dari pelbagai sudut seperti pendidikan, kebajikan dan kesihatan untuk saudara dan Bangsamoro di sana,” ujarnya.

Mengikut sejarah ratusan tahun, penduduk Islam Moro menjadi mangsa diskriminasi di negara majoritinya beragama Kristian berpunca daripada pengaruh kuat penjajahan Sepanyol yang terkenal dengan sifat prejudis terhadap Islam.

Walau bagaimanapun, orang Moro mengambil langkah bersejarah ke arah menentukan nasib sendiri dan mungkin keamanan yang berkekalan diharap menjadi titik tolak tamatnya sejarah hitam di Mindanao.

“Sehubungan dengan itu, PASRelief menyeru agar orang ramai terus menyumbang dan menghulurkan bantuan prihatin melalui akaun PASRelief 5640 7061 2333 (MAYBANK ISLAMIC) untuk sama-sama membantu keberlangsungan misi ini dan misi akan datang.” katanya. – HARAKAHDAILY 25/7/2024


2. Konon 'Abu Ubaidah Israel' ancam Olimpik Paris 2024 pula..

Abu Ubaidah sebenar (gambar kanan) dan Abu Ubaidah hasil propaganda jahat Zionis Israel (gambar kiri).

SEBUAH video yang memaparkan figura menyerupai jurucakap Hamas, Abu Ubaidah tetapi sebenarnya propaganda yang dikeluarkan oleh Zionis Israel telah mula berlegar di media sosial, yang mendakwa sebagai ancaman daripada Palestin terhadap Presiden Perancis, Emmanuel Macron dan temasya Sukan Olimpik Paris 2024. Video berkenaan memaparkan seorang lelaki mirip Abu Ubaidah memakai […]

Zionis pembohong!

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ini suatu hadiah kepada kerajaan DAP/Anwar. Sebuah realiti kehidupan rakyat Malaysia. 

Rakyat Malaysia jual buah pinggang demi kelangsungan hidup? 

Kes rakyat tempatan ingin menjual buah pinggang sudah kedengaran sejak tahun lalu lagi.

DUNIA semakin mendesak untuk memenuhi kelangsungan hidup sehinggakan sanggup menjual buah pinggang demi membayar hutang dengan kadar segera.

Kalau dahulu, bekerja lebih masa atau membuat dua kerja bagi memenuhi keperluan komitmen bulanan tetapi kini ada individu di negara ini yang memilih untuk menjual organ dalaman.

Benarkah begitu? Diulangi, perkembangan ini bukan di luar negara, tetapi ia kini semakin dikesan di Malaysia khususnya menerusi paparan media sosial sejak akhir-akhir ini.

Grup laman Facebook ‘Mencari Penderma Buah Pinggang’ melaporkan,  wujud sejumlah individu yang berani mengiklankan penderma buah pinggang secara sukarela bagi tujuan-tujuan tertentu dengan dikenakan ‘bayaran’ tertentu juga.

Pemerhatian  Harakahdaily mendapati, ramai daripda  yang ingin menjual organ mereka itu adalah kerana kesempitan wang, dan ada yang ingin menyara keluarga. 

Lebih mengejutkan lagi, apabila ada individu yang meninggalkan komentar yang  berminat untuk membeli organ dan ingin berundung tentang harga dengan penderma terlebih dahulu.

“Tumpang iklan. Saya bantu kawan saya yang ingin menjual buah pinggangnya untuk membayar hutang. Harga boleh ditentukan.” 

“Di sini saya ingin menjual buah pinggang saya. Bagi yang betul-betul ingin membeli sahaja boleh runding harga. Saya memerlukan duit untuk sara keluarga saya.”

“Saya pun sama nak jual buah pinggang saya. Saya berdarah O+ dan berumur 40 tahun.” 

Itu antara butir rundungan individu yang ingin menjual organ dengan pembeli tempatan di medsos, yang mana maklumat mengenai platform rundingan itu diadakan terpaksa dirahsiakan.

Sehubungan dengan itu, di laman itu juga ada beberapa individu yang berkongsi maklumat lengkap penjagaan buah pinggang dan diet yang diperlukan bermatlamat untuk meraih harga yang tinggi di pasaran.

Merujuk kepada info perubatan, semakin sihat penderma buah pinggang itu, semakin melambung tinggi nilainya.

Jika dilihat realitinya, buah pinggang adalah salah satu organ yang mempunyai permintaan yang tinggi terutamanya buat mereka yang terdesak dan terpaksa menunggu giliran yang terlalu lama di dalam senarai penderma.

Hasil rujukan mendapati sesuatu yang mengejutkan, bahawa harga buah pinggang di  pasaran gelap boleh melambung sehingga RM100,000 atas permintaan yang dikatakan terlalu banyak; dan tidak mustahil dunia sekarang dengan sukarela menjualnya. – HARAKAHDAILY 23/7/2024

Masihkah kerajaan DAP/Anwar X peka tetapi pekak?


Iklan: Lihat juga 'Orang Cina, kembalilah kepada Islam..

Di negara ini, tidak mustahil pemimpin-pemimpin DAP Malaysia boleh menjadi pemimpin rakyat Malaysia, kalau pemimpin Melayu kini masih kekal tebal dengan najis assobiah perkauman sempitnya itu.

...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails