Sunday, July 28, 2024

PAS Terbuka: Temu Melayu PAP, S'pura. Hukum Anwar!

 

Pimpinan PAS bersama delegasi Biro Ehwal Melayu PAP Singapura di Kuala Lumpur pada hari ini, 26 Julai 2024. (FOTO: HARAKAHDAILY/Muhammad Zharif Zulkiflee)

1. PAS, Biro Ehwal Melayu PAP adakan pertemuan di KL. -Harakahdaily 26 Julai.

KUALA LUMPUR: Pimpinan PAS Pusat yang diketuai Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man telah mengadakan pertemuan dengan delegasi Biro Ehwal Melayu Parti Tindakan Rakyat (PAP) Singapura yang dalam rangka lawatan dua hari ke Malaysia.Tuan Ibrahim berkata, PAS sememangnya mempunyai keupayaan dan pengalaman yang baik untuk memimpin […]


2. ‘Mahkamah Rakyat Hukum Anwar’ hari ini. 

TAMBUN: Himpunan aman ‘Mahkamah Rakyat Hukum Anwar’ hari ini berlangsung tanpa keganasan tidak seperti himpunan pada ‘era Reformasi 1.0’ suatu ketika dahulu.

Pengerusi Sekretariat Gerakan Selamatkan Malaysia, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz berkata, himpunan yang dilakukan itu malah mematuhi keperluan dalam Akta Perhimpunan Aman.

“Apa yang kita lakukan hari ini bukan menjatuhkan kerajaan secara revolusi. Itu tidak berlaku hari ini. Apa yang kita lakukan hari ini adalah menyampaikan suara rakyat melalui lunas-lunas demokrasi.

“Himpunan hari ini adalah satu himpunan yang aman. Ada kita terbalikkan kereta? Ada kita cederakan pegawai polis? Ada kita tendang pegawai trafik? Ada kita baling batu kepada wartawan? Tidak ada,” katanya sewaktu berucap di dalam program tersebut usai penyerahan ‘Memorandum Mahkamah Rakyat Hukum Anwar’ yang berlangsung di hadapan Pusat Khidmat Parlimen Tambun di Bandar Meru Raya, di sini, petang tadi.

(Ikuti selanjutnya ‘Mahkamah Rakyat Hukum Anwar’ hari ini. HARAKAHDAILY 27/7/2024)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah.  Perhimpunan anjuran PAS itu, adalah perhimpunan aman dan menepati apa yang pernah digubal oleh kerajaan terdahulu dalam Akta Perhimpunan Aman.

Inilah semangatnya, supaya kita semua rakyat boleh menyampaikan suara kita berhimpun dengan hak yang diberikan oleh Perlembagaan kita secara aman tanpa menyusahkan sesiapa. Himpunan itu juga adalah manifestasi daripada kesukaran yang dirasakan rakyat sepanjang 18 bulan kebelakangan ini. 

Kita yakin tuan-tuan dan puan-puan yang turun hari ini berpanas, kalau hujan sanggup berhujan, sebab 18 bulan dari dulu sampai hari ini kita semua hidup makin susah. Harga barang makin naik; poket makin nipis; cukai tambah; saman pun tambah.. Hanya mereka yang berada dalam lingkungan kerajaan saja yang sikit senang buat masa ini. 

Para peserta berhimpun di satu lokasi berhampiran Pusat Khidmat Ahli Parlimen Tambun dan mula bergerak menuju ke pusat khidmat itu sekitar jam 3.45 petang. Sebaik berkumpul di hadapan pusat khidmat tersebut wakil-wakil peserta yang hadir mula menyampaikan ucapan di atas sebuah kenderaan pacuan empat roda yang lengkap dengan pembesar suara.

Pemidato-pemidato adalah daripada beberapa NGO yang mewakili pelbagai bidang kehidupan rakyat antaranya veteran angkatan tentera, guru, mahasiswa, para peniaga selain tokoh-tokoh politik.

Sekitar jam 4.43 petang memorandum mula dihantar kepada pihak Pusat Khidmat Parlimen Tambun dan menjelang 4.53 penyerahan selesai dilakukan. – HARAKAHDAILY 27/7/2024

Begitu kira-kira, semuanya selesai dengan baik. Takde apa-apa. 

Begitu baik & teratur, PAS berserta kumpulannnya.


Iklan: Lihat juga 'Orang Cina, kembalilah kepada Islam..

Di negara ini, tidak mustahil pemimpin-pemimpin DAP Malaysia boleh menjadi pemimpin rakyat Malaysia, kalau pemimpin Melayu kini masih kekal tebal dengan najis assobiah perkauman sempitnya itu.

...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails