Gambar atas: Kebun sayur haram yang diusahakan pendatang asing di Alor Gajah, Melaka. - Foto ihsan PPSM.
Gambar bawah sikit: Lim Ser Kwee, Pengerisi Persekutuan Penanam Sayur-Sayuran Malaysia.
1. Warga asing kuasai industri sayur, pendatang lebih cerdik dari menteri tani..
Warga Bangladesh, Indonesia, Rohingya kuasai industri sayur.
JOHOR BAHRU: Rantaian perbekalan sayur-sayuran di Malaysia didakwa mula dikuasai pendatang asing yang turut dipercayai makin memperluaskan kebun diusahakan mereka secara haram dengan saiz keseluruhan kini dikatakan hampir 1,000 hektar.
Kegiatan berkenaan yang dikatakan mula aktif sejak lima tahun lalu didedahkan Persekutuan Penanam Sayur-Sayuran Malaysia yang membuat pemantauan dan risikan melalui ahlinya di seluruh negara.
Pengerusinya, Lim Ser Kwee, mendakwa pendatang asing warga Indonesia, Bangladesh dan etnik Rohingya kini membina rangkaian, dari peringkat kebun sayur, pengedaran hinggalah jualan di lot niaga beberapa pasar borong utama di Semenanjung.
Keadaan itu, katanya, menyebabkan pendapatan lebih 2,000 ahli persatuan berkenaan makin terjejas kerana kian banyak sayuran ditanam dan dibekalkan oleh pendatang asing di pasaran tempatan.
"Pendatang asing bukan sahaja mengusahakan kebun sayur, malah turut menguasai rantaian pembekalan, termasuk logistik atau pengangkutan, selain aktif bekalkan sayur ke pasar borong dan pasar basah seluruh negara
"Malah, ada dalam kalangan mereka turut mengambil alih lot niaga sayuran di pasar borang utama, selain makin ramai juga pendatang asing berniaga di luar bangunan pasar," katanya kepada BH.
Katanya, perkara itu adalah rahsia terbuka di Pasar Borong Kuala Lumpur; Pasar Borong Selayang dan Pasar Borong Johor Bahru.
Menerusi maklumat ahli persatuan, Ser Kwee berkata, hasil tinjauan menganggarkan kebun dan ladang sayur yang diusahakan secara haram di Semenanjung membabitkan lebih 1,000 warga asing.
"Ini berlaku di seluruh Semenanjung, tapi paling banyak di beberapa negeri seperti Selangor, Johor, Melaka, Pulau Pinang dan Pahang, terutama Cameron Highlands. Anggaran keluasan keseluruhan kebun haram di setiap negeri antara 50 hingga 100 hektar.
"Kebanyakan kawasan diusahakan pendatang asing ini terletak di pedalaman, terutama dalam ladang sawit dan hutan yang diceroboh. Kebun mereka sukar diakses orang awam, termasuk kakitangan Jabatan Pertanian.
Katanya, perkara itu adalah rahsia terbuka di Pasar Borong Kuala Lumpur; Pasar Borong Selayang dan Pasar Borong Johor Bahru.
Menerusi maklumat ahli persatuan, Ser Kwee berkata, hasil tinjauan menganggarkan kebun dan ladang sayur yang diusahakan secara haram di Semenanjung membabitkan lebih 1,000 warga asing.
"Ini berlaku di seluruh Semenanjung, tapi paling banyak di beberapa negeri seperti Selangor, Johor, Melaka, Pulau Pinang dan Pahang, terutama Cameron Highlands. Anggaran keluasan keseluruhan kebun haram di setiap negeri antara 50 hingga 100 hektar.
"Kebanyakan kawasan diusahakan pendatang asing ini terletak di pedalaman, terutama dalam ladang sawit dan hutan yang diceroboh. Kebun mereka sukar diakses orang awam, termasuk kakitangan Jabatan Pertanian.
2. Mana tindakan segera? Warga asing tentukan harga, kenapa sayur tempatan hilang? Pendatang asing mampu bentuk kartel, kuasai rantaian bekalan. - Foto hiasan
Tindakan segera cegah kartel warga asing tentukan harga sayur, dan hilangkan keberadaannya di pasaran.
Di KL, dilaporkan kebun sayur diusahakan pendatang asing yang didakwa semakin meluas, sama dengan penguasaan golongan itu dalam rantaian perbekalan hasil tani berkenaan, dikhuatiri membentuk kartel sayur di Malaysia.
Andai saiz kebun haram makin bertambah, sekuriti dan keterjaminan makanan negara boleh terancam berikutan kebergantungan sangat tinggi kepada pengusaha dan tenaga kerja asing dalam rantaian daripada peringkat kebun, logistik, pengedaran hingga pasar borong.
Antara penyelidikan oleh:
1. Pensyarah Kanan Pusat Kajian Sejarah, Politik dan Hal Ehwal Antarabangsa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Mohd Shazwan Mokhtar. Beliau berpendapat, kelompangan undang-undang sedia ada sebenarnya membuka ruang kepada isu itu.
2. Pensyarah Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Irwan Shah Zainal Abidin. Beliau berpendapat, kerajaan perlu bertindak segera bagi mengelakkan warga asing terus kuasai industri sayur negara.
3. Pensyarah ekonomi di Putra Business School, Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff. Beliau bersetuju kerajaan perlu bertindak segera memastikan pembabitan warga asing dan rantaian perbekalan sayur negara dilumpuhkan dan kebun haram dihapuskan.
4. Presiden Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Malaysia, Datuk Seri Rosli Sulaiman. Beliau berpendapat, ada warga asing yang pada mulanya bekerja dengan warga tempatan, makin aktif dalam perniagaan lain, antaranya pembinaan, elektrik dan kenderaan.
5. Penyelidikan dari Weblog Ibnu Hasyim sendiri memaparkan, bukan sahaja warga asing tentukan harga, bahkan sayuran tempatan pun hilang dari pasaran. Siapa penyeludup pencurinya, dan apa strateginya...
Terima kasih dan tahniah kepada pemberi makumat-maklumat tersebut.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Maka Al-hamdulillah, patutlah gelombang sokongan pengundi PRK N.20 DUN Sungai Bakap lebih menyerlah lagi berbanding PRN15 lalu.
Semoga kebangkitan rakyat bersama Islam akan terus menyerlah, menggempur penghalang-penghalang Islam, dari Malaysia 'mendunia' dan hingga ke 'luar dunia'.. Akhirat.
Bahkan membersihkan kejahilan (X cerdik) termasuk juga dalam tugas-tugas perjuangan Islam.
Insya Allah!
Bangsa umno tu. Yg bawak bangsa asing. Yg jual tanah tu bangsa umno. Bangsa pas tak buat kerja khianat. Yg rasuah bangsa umno dengan pkr. Syarikat modal kecik dapat projek setengah billion tu dari bangsa umno. Kalau tidak mana mungkin ada 47 kes tapi jadi menteri.
ReplyDelete