Datuk Seri Takiyuddin Hassan
1. Rakyat elak sekongkol Umno-DAP kuasai Nenggiri
Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pengundi perlu menolak BN sebagai tanda tidak bersekongkol dengan bekas ADUN Nenggiri, Mohd Azizi Abu Naim yang dianggap mahu menyerah kerusi tersebut kepada Umno-DAP.
“Rakyat hendaklah memastikan DUN Nenggiri dan parlimen Gua Musang tidak diberi secara mudah kepada Pakatan Harapan dan Umno.
“Sebelum ini Perikatan Nasional ada 74 kerusi parlimen, namun sekarang tinggal 68 selepas ada ahli parlimen PN daripada Bersatu yang menyokong kerajaan Madani,” katanya pada ceramah Gelombang Selamatkan Malaysia Pertahan Nenggiri di Limau Kasturi, malam tadi.
Bagaimanapun, beliau membayangkan jumlah kerusi parlimen BN akan berkurang kerana terdapat ura-ura MCA dan MIC akan keluar daripada gabungan BN.
Menurutnya, MCA mempunyai dua kerusi parlimen dan MIC satu kerusi bagi menyumbang jumlah kerusi BN kepada 30 kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-15.
Ini kerana, kata beliau pemimpin MCA dan MIC tidak senang kerana Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pernah menyatakan kedua-dua parti terbabit turut menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri selepas PRU15 sedangkan ia tidak begitu.
Oleh itu, beliau mahu rakyat di DUN Nenggiri pertahankan kerusi tersebut tanpa mengira siapa calon yang akan mewakili PN pada PRK 17 Ogos ini.
Naib Presiden Bersatu, Datuk Dr Mohd Radzi Jidin pula berkata, hanya melalui PRK sahaja mampu memberi kesedaran terhadap kerajaan Madani mengenai peningkatan kenaikan kos sara hidup sekarang.
“Kami sebagai ahli parlimen sudah berkali kali membangkit isu peningkatan ketara kos sara hidup kesan kenaikan harga diesel dan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) di Dewan Rakyat namun menteri buat seperti lembu kenyang.
“Jadi hanya melalui pilihan raya sahaja yang mampu beri kesedaran kepada kerajaan terhadap bebanan yang dihadapi rakyat sekarang,” katanya. – HARAKAHDAILY 21/7/2024
2. KUPEKMAS gesa kerajaan naikkan pencen pesara
KUALA TERENGGANU: Pertubuhan Pesara Kerajaan Malaysia (KUPEKMAS) menggesa kerajaan untuk menimbang semula nasib golongan pesara dalam pelarasan gaji penjawat awam yang akan datang.
Presiden KUPEKMAS, Datuk Omar Osman berkata, kebanyakan pesara kini terkesan oleh kenaikan kos sara hidup dan pemansuhan kenaikan pencen tahunan sebanyak dua peratus.
Beliau berkata, tanpa kenaikan dua peratus tersebut, pesara kini tidak lagi menerima peningkatan pencen yang diperlukan.
“Kami mengharapkan kerajaan hari ini supaya ambik perhatian terhadap pesara, sebab apabila berlaku pembatalan dua peratus itu, kita sudah tidak ada lagi kenaikan tahunan macam biasa,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis di Sambutan Hari KUPEKMAS Peringkat Kebangsaan 2024 di Dewan Kenanga, Terengganu Equestrian Resort (TER), di sini, hari ini. (Foto atas)
(Sila rujuk sambugannya 'KUPEKMAS gesa kerajaan naikkan pencen pesara' –HARAKAHDAILY 21/7/2024)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, mujur ada PAS, jom sertai gelombang selamatkan negara. Insya Allah selamat dunia akhirat, dari Malaysia hingga ke seluruh dunia, termasuk Palestin, Gaza dan Allah SWT jahannamkan negara bangsat Zionis/AS!
Inilah sebenarnya doa setiap umat Islam dan pejuang-pejuang ketamadunan kemanusiaan.
Sekian.
Iklan: Lihat juga 'Orang Cina, kembalilah kepada Islam..'
Di negara ini, tidak mustahil pemimpin-pemimpin DAP Malaysia boleh menjadi pemimpin rakyat Malaysia, kalau pemimpin Melayu kini masih kekal tebal dengan najis assobiah perkauman sempitnya itu.
...
No comments:
Post a Comment