Tuesday, July 16, 2024

'Selamatkan M'sia': Jom tukar!

 

1. ‘Gelombang Selamatkan Malaysia’ esok

GOMBAK: Orang ramai dijemput untuk menghadiri Siri Jelajah Selamatkan Malaysia dengan tajuk ‘Gelombang Selamatkan Malaysia’ pada esok (13 Julai, Sabtu), pada jam 9 malam di KUIZM, Taman Melewar, di sini.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh PAS Pusat, program anjuran Jabatan Penerangan PAS Pusat dan Harakah itu akan menampilkan barisan penceramah terkemuka dan sentiasa terkehadapan dalam membicarakan isu-isu dan hal ehwal kebajikan rakyat. 

Mereka yang dijadualkan hadir termasuklah Naib Presiden PAS, Datuk Seri Idris Ahmad; Ketua Pemuda PAS, Afnan Hamimi Taib Azamudden; Naib Presiden Bersatu, Datuk Dr Radzi Jidin dan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

“Sudah diberi peluang, mereka bebankan rakyat dengan formula yang membawa pulangan menjerat. Sudah diberi masa, mereka persiakan kuasa dengan inisiatif yang dangkal dan tidak adil. 

“Sudah diberi teguran, mereka ‘bahalolkan’ dan ‘bodohkan’ rakyat dengan sesukanya. Orang begini tidak lagi boleh diberi muka. Malaysia perlu diselamatkan segera!” katanya menerusi kenyataan itu.

Turut dijadualkan hadir pada majlis berkenaan adalah mantan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar; mantan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz; mantan Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil dan Sekretariat Pembela Tanah Air (PETA), Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard.

“Demi masa hadapan Malaysia dan generasi anak-anak cucu kita, satu kuasa kolektif rakyat Malaysia yang membentuk gelombang diperlukan saat ini. Kita hantarkan signal penolakan kepada kerajaan semasa yang begitu bongkak dan angkuh dengan kuasa yang ada.

“Kita gegarkan program ini dengan suara keramat rakyat Malaysia!” katanya.

Semua rakyat Malaysia yang ingin mengetahui isu sebenar yang sedang berlaku di dalam negara dijemput untuk hadir beramai-ramai ke lokasi dan waktu yang ditetapkan.

Siri Jelajah itu juga boleh disaksikan secara dalam talian menerusi laman media sosial Harakahdaily– HARAKAHDAILY 12/7/2024

2. Hijrah model penyatuan masyarakat majmuk  

KINI, hijrah disambut ulang tahunnya yang ke-1446, suatu tempoh yang mencecah abad ke-15. Peristiwa hijrah memberikan pengajaran terbesar kepada seluruh manusia sepanjang zaman. Allah SWT memerintahkan pelaksanaan hijrah, setelah pihak jahiliah Makkah menolak tawaran menegakkan negara Islam daripada Rasulullah SAW iaitu sebuah negara yang menjanjikan konsep adil kepada semua manusia.

Para pemimpin Makkah menolak tawaran itu, walaupun mereka percaya kepada kemuliaan peribadi Rasulullah SAW dan kebijaksanaannya. Akan tetapi, mereka tidak percaya kepada ilmu Allah dan petunjuk-Nya. Allah SWT menceritakan peristiwa itu melalui firman-Nya:

وَقَالُوٓاْ إِن نَّتَّبِعِ ٱلۡهُدَىٰ مَعَكَ نُتَخَطَّفۡ مِنۡ أَرۡضِنَآۚ أَوَ لَمۡ نُمَكِّن لَّهُمۡ حَرَمًا ءَامِنٗا يُجۡبَىٰٓ إِلَيۡهِ ثَمَرَٰتُ كُلِّ شَيۡءٖ رِّزۡقٗا مِّن لَّدُنَّا وَلَٰكِنَّ أَكۡثَرَهُمۡ لَا يَعۡلَمُونَ ٥٧
“Dan mereka berkata, ‘Jika kami mengikuti petunjuk bersama kamu, nescaya kami akan diusir dari negeri kami (Makkah).’ (Allah bertanya): Adakah Kami tidak meneguhkan kedudukan mereka di dalam daerah Tanah Haram (tanah suci Makkah) yang aman, yang didatangkan ke tempat itu buah-buahan daripada segala macam (tumbuh-tumbuhan) untuk menjadi rezeki (bagi kamu) daripada sisi Kami? Akan tetapi, kebanyakan mereka tidak mengetahui.” [Surah al-Qasas: 57]

Mereka mempunyai sangkaan buruk dan jahat terhadap Islam yang dituduh akan menjadi ancaman kepada mereka. Malah, mengatakan bahawa Islam akan ditolak oleh seluruh dunia dan diserang oleh semua pihak yang akan menghancurkan perjuangannya, sehingga menjadi fobia terhadap Islam.

Rasulullah SAW pula secara tegas menolak cadangan pelantikan Baginda menjadi pemimpin Makkah dengan penabalan jawatan raja atau menjadi pemimpin yang ditawarkan kuasa mutlak dan diberikan harta yang melimpah ruah dengan mengekalkan kuasa takhta walaupun zalim, tanpa mendaulatkan Islam yang menjanjikan keadilan kepada semua.

Rasulullah SAW terus mengajak seramai mungkin masyarakat untuk menganut Islam tanpa paksaan dan mengadakan kerjasama dengan bukan Islam yang tidak ekstrem, dengan membawa tema adil kepada semua. Perkara ini berpandukan firman Allah SWT:

إِنَّ ٱللَّهَ يَأۡمُرُكُمۡ أَن تُؤَدُّواْ ٱلۡأَمَٰنَٰتِ إِلَىٰٓ أَهۡلِهَا وَإِذَا حَكَمۡتُم بَيۡنَ ٱلنَّاسِ أَن تَحۡكُمُواْ بِٱلۡعَدۡلِۚ إِنَّ ٱللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِۦٓۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ سَمِيعَۢا بَصِيرٗا ٥٨
“Sesungguhnya, Allah menyuruh kamu melaksanakan segala amanah (tanggungjawab) kepada sesiapa yang layak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum antara manusia hendaklah kamu menetapkannya dengan adil. Sesungguhnya, Allah memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya, Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” [Surah al-Nisa’: 58]

Baginda SAW menyampaikan perintah Allah kepada sesiapa yang mahu menerimanya dan mencari sesiapa yang sedia menyerahkan tanah air, serta berjuang demi menegakkan negara yang meletakkan Islam berkuasa dan berdaulat di dalam sesebuah negara.

Akhirnya, penduduk Madinah yang terdiri daripada kalangan masyarakat majmuk kaum Arab menerima Islam bersama golongan bukan Islam yang cinta akan perdamaian, terdiri daripada kalangan kaum Yahudi dan Kristian Najran, di samping sebahagian daripada Arab Musyrikin yang sedia menerima Islam memimpin negara. Hal ini demikian kerana, mereka bosan dengan kekejaman yang berlaku dalam masyarakat di seluruh pelosok yang tidak mampu ditangani oleh negara kuasa besar dan pelbagai agama yang sedia ada pada zaman itu. (Sila rujuk ucapan Presiden PAS ABDUL HADI AWANG Bertarikh: 9 Muharram 1446 /15 Julai 2024 – HARAKAHDAILY 15/7/2024)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ya, untuk selamatkan Malaysia masa kini, tidak ada jalan lain kecuali tukar saja karajaan DAP/Anwar yang sedang bertenggek di negara ini. Rudumkan mereka segera, bukan saja di Malaysia bahkan termasuk kuncu-kuncunya di seluruh dunia.

Rudum dan ghuyupkan!

Iklan: Lihat juga 'Orang Cina, kembalilah kepada Islam..

Di negara ini, tidak mustahil pemimpin-pemimpin DAP Malaysia boleh menjadi pemimpin rakyat Malaysia, kalau pemimpin Melayu kini masih kekal tebal dengan najis assobiah perkauman sempitnya itu.

....

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails