Sunday, July 21, 2024

PH Zalim? Ada kuasa tetapi.. & HAMAS

 

1. Pemimpin zalim: Ada kuasa tetapi tidak laksana perintah Allah

PEMIMPIN atau kerajaan yang zalim ialah yang tidak melaksanakan ajaran agama dengan kuasa yang ada dan tidak berusaha untuk melaksanakan perintah Allah SWT.

Zalim juga membawa maksud tidak melaksanakan tugasnya kepada rakyat. Pemimpin merupakan ketua atau pelindung kepada rakyat. Kerajaan ibarat mak dan ayah, yang perlu menjaga anaknya, menjaga kebajikan anaknya, melayan dengan baik dan memberi hak yang sepatutnya.

Mana-mana kerajaan yang tidak menunaikan tanggungjawab kebiasaannya memerintah tidak lama. Akan sampai satu masa, Allah akan menarik balik kuasa dan memberikan kepada orang lain. Begitulah pusingan kehidupan dunia.

Dalam sejarah Islam, apabila pemimpin melakukan perkara yang tidak baik, dia akan jatuh. Sebagai contoh, Kerajaan Umaiyyah dijatuhkan oleh Gerakan Abbas yang dipimpin oleh Abu Al-Abbas As-Saffah. Kerajaan yang baru ditubuhkan iaitu Kerajaan Abbasiyyah.

Keturunan Umaiyyah lari ke Sepanyol. Abdul Rahman Ad-Dakhil menubuhkan kerajaan yang baru di Sepanyol yang mampu bertahan selama ratusan tahun

‎إِنَّ فِی هغࣰا لِّقَوۡمٍ عَـٰبِدِینَ

Maksudnya: Sesungguhnya Al-Quran ini mengandungi keterangan-keterangan yang cukup bagi orang-orang yang (cita-citanya) mengerjakan ibadah (kepada Allah dengan berilmu). (Al-Anbiya: 106)

Kandungan al-Quran telah mencukupi untuk kita manusia sekiranya ingin mendekatkan diri kepada Allah, mendapatkan keredaan-Nya dan selamat di dunia lebih-lebih lagi di akhirat. Firman Allah:

مَّا فَرَّطْنَا فِى ٱلْكِتَٰبِ مِن شَىْءٍۢ
Maksudnya “Kami tidak tinggal suatu perkara pun kecuali Kami sebut dalam al-Quran.” (Al-An’am: 38)

Ada belaka yang diperlukan oleh manusia dari segi agama, akidah, ibadah, cara hidup, pekerjaan dunia misalnya, macam mana nak susun pemerintahan, ekonomi, masyarakat dan macam mana nak hidup supaya berlaku keadilan dan kesejahteraan.

Cuma kelemahan kita adalah tidak mengamalkannya walaupun kandungannya begitu hebat. Itulah sebabnya kita sampai sekarang tidak mampu bangkit semula setelah kejatuhan Kerajaan Turki Uthmaniyah pada tahun 1924.

Belum ada lagi negara Islam yang benar-benar hebat yang meletakkan al-Quran dan Hadis sebagai asas pemerintahan dan peraturan-peraturan dan undang-undangnya mengikut Islam. – HARAKAHDAILY 20/7/2024

2. HAMAS x zalim, bahkan nafi henti rundingan gencatan senjata 

Khemah pelarian Al-Mawasi menjadi sasaran serangan terbaru Israel.

PADA Ahad (14 Julai lalu), Hamas menafikan dakwaan bahawa pihaknya menghentikan rundingan gencatan senjata dengan Israel berikutan serangan berdarah besar-besaran rejim itu ke atas Khan Younis di selatan Semenanjung Gaza.

Beberapa laporan berita mengatakan bahawa Hamas meminta Mesir dan Qatar sebagai perantara untuk menghentikan rundingan gencatan senjata dan perjanjian pertukaran tawanan selepas insiden berdarah di kem pelarian Al-Mawasi.

Anggota Biro Politik Hamas, Izzat al-Rishq dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa semua laporan berita mengenai keputusan Hamas untuk menghentikan rundingan sebagai tindak balas kepada pembunuhan beramai-ramai di kem al-Mawasi adalah tidak berasas.

(Lanjutnya sila lihat 'Hamas nafi henti rundingan gencatan senjata' – HARAKAHDAILY 19/7/2024)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pemimpin yang zalim ialah pemimpin yang ada kuasa tetapi tidak mahu atau ingkar melaksana perintah Allah SWT, walau negara itu kononnya mengakui agama Islam sebagai agama bagi Persekutuan negaranya.

Bahkan mereka juga sanggup menjadi barua kepada musuh Islam iaitu AS/Israel yang memfitnah HAMAS kononnya menghenti rundingan gencatan senjata, membuat kenyataan bercanggah, sehingga HAMAS terpaksa menafikannya. 

Mereka mengaku mewakili negara Islam tapi mengkhianatinya bila berdepan dengan AS/Israel.

Sekian.

Iklan: Lihat juga 'Orang Cina, kembalilah kepada Islam..

Di negara ini, tidak mustahil pemimpin-pemimpin DAP Malaysia boleh menjadi pemimpin rakyat Malaysia, kalau pemimpin Melayu kini masih kekal tebal dengan najis assobiah perkauman sempitnya itu.

...

No comments:

Post a Comment