Saturday, July 13, 2024

Terbongkar lagi ganas di Israel & M'sia..

 

Orang ramai berkumpul di luar pusat beli-belah berikutan serangan maut di Karmiel, utara Israel, pada hari ini, 3 Julai 2024 (FOTO: Avi Ohayon/Reuters])

1. Serangan maut di pusat beli-belah hari ini.

KARMIELIsrael: Sekurang-kurangnya seorang terbunuh dan seorang lagi cedera dalam serangan tikaman di sebuah pusat beli-belah di utara Israel, dengan pihak polis berkata suspek telah ditembak mati.

Serangan berlaku di tingkat dua Hutzot Karmiel Mall di bandar Karmiel di utara Israel pada hari ini, Rabu (3 Julai).

Perkhidmatan ambulans nasional Israel berkata, paramedik sedang merawat dua lelaki berusia 20-an, seorang dalam keadaan sangat serius dan seorang lagi sedar sepenuhnya.

Jurucakap Pusat Perubatan Galilee Israel, Gal Zeid kemudian berkata, doktor mengesahkan seorang lelaki mati selepas gagal menyelamatnya yang sebelum cedera parah. Mangsa kedua serangan tersebut pula dimasukkan ke unit rawatan rapi hospital.

Rakaman video dari tempat kejadian yang dikongsi di media sosial, disahkan oleh agensi pemeriksa fakta Sanad Al Jazeera, menunjukkan orang ramai di pusat beli-belah itu cuba memberikan rawatan perubatan kepada salah seorang mangsa yang cedera, yang memakai pakaian seragam hijau.

Polis berkata suspek, yang tidak dinamakan, dan mereka sedang menyiasat kejadian itu sebagai kemungkinan yang dilabelkan sebagai  ‘serangan pengganas’. 

“Suspek yang didakwa dikenal pasti sebagai warga Arab-Israel dari bandar Nahf,” ujar kenyataan polis Israel.

Pintu masuk pusat beli-belah itu ditutup oleh polis ketika mereka menjalankan operasi mencari dan menyiasat secara meluas di kawasan itu, lapor radio Israel.

Media Israel memetik ketua polis Karmiel, Yitzhak Abuhatzira sebagai berkata bahawa ahli keluarga suspek telah ditangkap, termasuk ibu, abang dan kakaknya.

Ketegangan antara Israel dan Palestin di Tebing Barat yang diduduki telah memuncak ketika perang Israel ke atas Semenanjung Gaza tatkala  tentera Zionis Israel melakukanserbuan hampir setiap hari di wilayah itu. 

Lebih 500 rakyat Palestin telah terbunuh dan 5,300 yang lain cedera dalam serbuan itu.

Melaporkan dari Ramallah, di Tebing Barat yang diduduki, wartawan Al Jazeera, Nour Odeh berkata: “Adalah mustahil untuk memisahkan apa yang berlaku di dalam (negara haram) Israel berkenaan dengan serangan tikaman daripada dinamik pendudukan di Tebing Barat atau perang (genosid Israel ke atas penduduk Palestin) di Semenanjung Gaza.”

“Ketegangan telah meningkat dan mereka telah mencapai titik didih,” kata Odeh, yang juga merujuk kepada serbuan tentera yang kerap ke atas kumpulan Palestin, amukan oleh peneroka Yahudi di kampung Palestin, dan serangan jalanan terhadap warga Palestin yang membawa maut.

Sementara badan pemerhati anti-penempatan, Peace Now berkata pada Rabu bahawa pihak berkuasa Israel baru-baru ini telah meluluskan rampasan 12.7 kilometer persegi (4.9 batu persegi) tanah di Tebing Barat yang diduduki – peruntukan terbesar dalam lebih tiga dekad.

“Sejak awal tahun, Israel telah mengisytiharkan 23.7 kilometer persegi (9.15 batu persegi) di wilayah Palestin sebagai tanah negara (haram)nya.

“Semua ini mendorong rakyat Palestin dalam berada dalam keadaan putus asa dan kemarahan terhadap dasar kejam rejim Zionis  Israel yang menghalau mereka keluar dari tanah milik mereka dan menjadikan kehidupan mereka tidak tertanggung lagi, tidak kira di mana mereka berada,” tambah Odeh.

Pada hari Rabu juga, Kementerian Kesihatan Gaza berkata bahawa sekurang-kurangnya 37,953 orang awam telah terbunuh dan 87,266 yang lain cedera dalam perang genosid Israel ke atas Gaza sejak 7 Oktober 2023. – Agensi/HARAKAHDAILY 3/7/2024

2. Ganas di M'sia: Isu GIP-Blackrock, belian saham di pasaran terbuka.. 

Ahmad Samsuri dalam Majlis Penyerahan Bayaran Bantuan Khas ' One-Off tahun 2023 kepada imam ketiga Masjid Mukim Negeri Terengganu, di Perkarangan U2, Wisma Darul Iman, di Kuala Terengganu, Terengganu pada hari ini, 3 Julai 2024.

KUALA TERENGGANU: Isu penjualan pegangan saham dalam Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) kepada Global Infrastructure Partners (GIP) yang dikaitkan dengan konglemerat pro-Palestin, BlackRock Inc. (BlackRock) tidak boleh disamakan dengan pembelian saham di pasaran terbuka.

Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, sesiapa sahaja boleh membeli pegangan saham secara terbuka.

“Namun, isu saham MAHB ini adalah ia dijual secara terus kepada BlackRock melalui GIP,” katanya yang juga merupakan Naib Presiden PAS.

Polemik bertambah parah apabila sesetengah pihak terutamanya sebilangan Ahli Parlimen dalam kerajaan pada sidang Dewan Rakyat baru-baru ini menegaskan, GIP belum lagi dimiliki BlackRock; namun merujuk kepada laporan berita pada Januari tahun ini, BlackRock dilaporkan sudahpun bersetuju untuk membeli seratus peratus kepentingan GIP dengan harga AS$12.5 billion (RM58.8 bilion).

Menurut Ahmad Samsuri lagi, dalam pasaran terbuka sesiapa sahaja boleh membeli dalam peratus yang tertentu tetapi apabila penjualan itu melibatkan tawaran yang khusus yang bukan di pasaran terbuka, ini adalah satu ‘cerita yang lain’.

“Jadi, saya rasa apa yang dibahaskan oleh pembahas di parlimen dan di luar berkisar kepada soalan kenapa perlu kita membenarkan sesuatu entiti antarabangsa yang menyumbang dengan pelbagai isu sekarang ini mendapat keistimewaan bagi memiliki 30 peratus saham.

“Kalau mereka membeli di perusahan terbuka itu adalah perkara biasa yang tidak ada satu peruntukan untuk kita menghalang mereka untuk membeli saham yang diniagakan di bursa saham,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan perasmian Majlis Penyerahan Bayaran Bantuan Khas ‘One-Off’ tahun 2023 kepada imam ketiga Masjid Mukim Negeri Terengganu, di Perkarangan U2, Wisma Darul Iman, di sini, hari ini.

Terdahulu, di bawah pelan yang diumumkan kerajaan sebelum ini, GIP yang dikaitkan dengan BlackRock dilaporkan akan memegang  sebanyak 30 peratus kepentingan dalam konsortium untuk menguruskan MAHB, bersama dana pelaburan kerajaan Khazanah Nasional dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP); menyaksikan kedua-dua entiti di bawah bidang kuasa kementerian kewangan yang diketuai oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim. – HARAKAHDAILY 3/7/2024

Ganas di M'sia: Mogok lapar bantah BlackRock sudah melebihi 55 jam 

Keadaan terkini Mythreyar Mutturamalinggam di kawasan laluan pejalan kaki bersebelahan Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur pada petang tadi, 12 Januari 2024. (FOTO: HARAKAHDAILY/Zaid Adhar)

KUALA LUMPUR: Mythreyar Mutturamalinggam, 46 yang berasal dari Tanjung Malim telah melakukan mogok lapar melebihi 55 jam bagi menzahirkan bantahan kepada kerajaan menjual saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) kepada syarikat yang dikaitkan dengan konglomerat pro-Israel, BlackRock, iaitu GIP (Global Infrastructure Partners).Menurut aktivis pro-Palestin ini, aoa yang dilakukannya itu […] (Lanjutnya lihat Harakah hari ini. Sekian.)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, akan terbongkar lagi keganasan di Israel dan di M'sia.

Jom kita sama-sama selamatkan negara ini dan dunia, ke arah negara tempat kembali kampung Akhirat, yang kekal abadi selama-lamanya. Insya Allah!

Lihat juga..

Sistem kewangan negara suntik kekuatan ekonomi Israel? 

Ahmed Razman Abdul Latiff

KUALA LUMPUR: “Tiba masanya untuk rakyat negara ini belajar untuk tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada sistem kewangan sedia ada sebagai protes terhadap kezaliman rejim Zionis Israel.”Pengarah Program MBA Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, majoriti rakyat negara ini telah memboikot syarikat-syarikat yang bersifat […] Lihat juga Harakah hari ini. Sekian.


Iklan: Lihat juga 'Orang Cina, kembalilah kepada Islam..

Di negara ini, tidak mustahil pemimpin-pemimpin DAP Malaysia boleh menjadi pemimpin rakyat Malaysia, kalau pemimpin Melayu kini masih kekal tebal dengan najis assobiah perkauman sempitnya itu.

....

No comments:

Post a Comment