Thursday, July 18, 2024

Terusan Segenting Kra Thai: Kaji & bina -Mumtaz

 

Dato' Mumtaz Md Nawi

1. Pelabuhan Tumpat rintis limpahan ekonomi di Pantai Timur

KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan disaran membuat kajian untuk membina semula Pelabuhan Tumpat dengan mengambil kira perkembangan terkini terusan Segenting Kra di Thailand.

Dato’ Mumtaz Md Nawi (PN-Tumpat) berkata, kajian bagi membuka semula ‘Tumpat Port’ sebagai satu pelabuhan kontena diyakini boleh memberi limpahan ekonomi di Pantai Timur.

“Kalau di Forest City ada pelabuhan, di Tumpat dicadang diberi perhatian semula cadangan membina Pelabuhan Tumpat,” katanya dalam perbahasan Rang Undang-undang Zon Bebas (Pindaan) 2024 bagi membolehkan Pulau Satu Forest City ditukar status sebagai kawasan bebas cukai.

Tambah beliau saranan pembinaan Tumpat Port dibuka semula supaya kemajuan di Johor atau selatan Semenanjung boleh dikembang ke Pantai Timur.

Contohnya kata beliau sebuah kampung di China bertukar menjadi metropolis setelah dipacu dengan aktiviti ekonomi berimpak tinggi.

Kata beliau kedudukan geografi Pantai Timur memerlukan fasiliti sepatutnya bagi membolehkan membangun dengan lebih pesat.

“Usaha untuk memajukan zon bebas memerlukan suntikan kerajaan Persekutuan iaitu Lebuh Raya Pantai Timur 3 (LPT3) dan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) perlu sampai ke Pengkalan Kubur, Tumpat.

“Kerajaan boleh membantu untuk memastikan zon bebas cukai di tempat-tempat lain juga disediakan kemudahan bagi menggalakkan pelaburan dan pembangunan hotel,” ujarnya.

Oleh itu katanya pembangunan di Pantai Timur perlu diberi perhatian kerajaan seperti projek zon bebas cukai di Forest City. – HARAKAHDAILY 17/7/2024

2. Rakyat terjejas projek Forest City perlu dibayar pampasan 

Wan Hassan Mohd Ramli

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu menyatakan jumlah pampasan kepada rakyat yang terjejas akibat pembangunan Pulau Satu Forest City sebagai kawasan bebas cukai.

Wan Hassan Mohd Ramli (PN-Dungun) berkata, nasib penduduk yang terjejas akibat projek tersebut perlu diambil kira serius oleh kerajaan.

Katanya, hasrat kerajaan hendak menjadikan Pulau Satu Forest City sebagai kawasan eksklusif zon pembangunan perlu diteliti bagi mengelakkan penduduk tempatan terjejas. 

(Sila rujuk 'Rakyat terjejas projek Forest City perlu dibayar pampasan' HARAKAHDAILY 17/7/2024)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, banyak ide-ide bernas dibongkar. Tetapi bila ia dikemukakan oleh bukan puak pemerintah Persekutuan, ianya ditolak dengan berbagai alasan.

Antara alasannya ialah 'Pluralisme'. Sebenarnya Pluralisme agama merupakan suatu konsep yang luas tentang penerimaan agama-agama yang pelbagai. Antara asas fahaman ini ialah:

1. Tiada satu pun agama yang tunggal dan eksklusif untuk menjadi sumber kebenaran, atau setidak-tidaknya terdapat kebenaran dan nilai yang benar dalam agama lain.

2. Penerimaan terhadap kebenaran itu wujud dalam berbagai-bagai agama, bukan dalam satu agama sahaja. Di samping penekanan terhadap aspek-aspek yang diterima oleh agama-agama tersebut.

3. Menggalakkan kerjasama dan dialog antara agama-agama yang berbeza bagi meningkatkan persefahaman melalui persamaan dasar dan konsep.

4. Pluralisme digunakan sebagai suatu istilah untuk merujuk kepada keadaan hidup bersama secara harmoni antara penganut agama yang berbeza.

Pandangan terhadap agama mengikut fahaman pluralisme adalah sangat bercanggah dengan Islam, dan ia sangat sesuai atau selari dengan fahaman liberalisme dan sekularisme.

Islam membawa konsep tidak ada paksaan dalam beragama dan toleransi antara agama, tetapi tidak pernah sekali-kali menganggap semua agama adalah sama. Islam berbeza dengan agama lain dari segi aqidah atau iman, begitu juga dari sudut dasar dan hukum syariat yang menentukan sesuatu perkara itu sama ada benar atau batil, adil atau zalim. Islam ialah ajaran yang berwawasan dunia sehingga akhirat.

Penyelesaian Islam terhadap soal kepelbagaian agama adalah dengan mengakui perbezaan dan identiti agama masing-masing, sebagaimana firman Allah SWT:

لَكُمۡ دِينُكُمۡ وَلِيَ دِينِ ٦
“Untuk kamu agama kamu, dan untuk aku agamaku.” [Surah al-Kafirun: 6]

Pada masa yang sama, Islam tetap ditegaskan sebagai agama yang betul dan benar. Adapun agama-agama yang lain itu salah dan tidak benar kerana ia bukanlah agama sebenar yang dibawa oleh para rasul dan anbiya’ AS. Perkara ini dijelaskan oleh firman Allah SWT:  

(Ikuti selanjutnya 'ABDUL HADI AWANG  Presiden PAS Bertarikh: 10 Muharram 1446 / 16 Julai 2024 – HARAKAHDAILY 16/7/2024')

Begitulah, kita berharap semoga Allah SWT memberi taufik dan hidayah, membuka mata hati mereka apabila melihat kebenaran.

Insya Allah!  


Iklan: Lihat juga 'Orang Cina, kembalilah kepada Islam..

Di negara ini, tidak mustahil pemimpin-pemimpin DAP Malaysia boleh menjadi pemimpin rakyat Malaysia, kalau pemimpin Melayu kini masih kekal tebal dengan najis assobiah perkauman sempitnya itu.

....

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails