Wednesday, July 10, 2024

Tutup judi bukan macam K'jaan DAP/Anwar.

 

Sebahagian rakyat menyokong pengharaman judi. - Foto hiasan BH

1. PAS Kedah pertahan dasar tutup premis judi.

ALOR SETAR: PAS Kedah mempertahan tindakan kerajaan negeri menutup sepenuhnya semua premis dan kedai perjudian mulai 1 Januari 2023 lalu.

Pesuruhjayanya, Datuk Ahmad Yahaya, berkata langkah penutupan itu dibuat mengikut bidang kuasa kerajaan negeri melalui pihak berkuasa tempatan (PBT) di setiap daerah.

Berikutan itu, jelasnya, PAS kesal dengan tindakan syarikat perjudian melakukan semakan kehakiman bagi menghalang penutupan kerana hanya memikirkan keuntungan dan mengetepikan kesan ketagihan judi.

"PAS Kedah mengambil maklum mengenai keputusan Mahkamah Tinggi Alor Setar yang membenarkan semakan kehakiman terhadap tindakan Kerajaan Negeri Kedah menghentikan premis dan kedai perjudian di Kedah bermula 1 Januari 2023 yang lalu.

"Alasan yang dikemuka syarikat judi itu bahawa tindakan menghapuskan aktiviti perjudian itu tidak mempertimbang kepelbagaian kaum di negeri ini sebenarnya jelas tersasar.

"Agama dan budaya mana yang membenarkan penganutnya berjudi? Sudah tentu tidak ada. Bahkan ia tidak membawa sebarang kebaikan melainkan semata-mata keuntungan yang dibolot oleh operator premis judi berkenaan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, dasar 'Kedah Bebas Judi' yang dilaksanakan kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor ialah tindakan yang tepat.

Katanya, PAS Kedah turut menyokong langkah kerajaan negeri untuk menggunakan jalan perundangan bagi mempertahan penutupan kedai judi.

"Perkara ini sememangnya berada di bawah kuasa Kerajaan Negeri Kedah melalui PBT. Garis pemisah perundangan kerajaan negeri dan Kementerian Kewangan dalam hal ini juga jelas.

"Perkara yang menjadi kebaikan kepada rakyat keseluruhannya wajar sentiasa menjadi keutamaan bagi sesebuah kerajaan negeri yang bertanggungjawab," katanya.

Terdahulu, media melaporkan Mahkamah Tinggi Alor Setar pada 20 Jun lalu, membenarkan permohonan semakan kehakiman dibuat bagi menghalang tindakan kerajaan negeri mengharamkan aktiviti perjudian berlesen.

Berikutan itu, kerajaan negeri difahamkan memfailkan permohonan untuk menangguhkan pelaksanaan keputusan itu, sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan.

Muhammad Sanusi pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 14 November 2021, mengumumkan Kedah tidak lagi memberi kelulusan lesen premis perjudian, selain mengehadkan jualan arak di seluruh negeri itu.

Semua operasi premis perjudian dan loteri di Kedah ditamatkan sepenuhnya mulai 1 Januari 2023, apabila kerajaan negeri tidak lagi memperbaharui lesen perjudian selepas tarikh itu. (BH)


2. Cukai Judi & Arak: Fatwa Mufti Wilayah Persekutuan

AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 257 (26 APRIL 2016 M / 18 REJAB 1437 H)

SOALAN:

Assalamualaikum wbt,

Moga Allah berkati kehidupan Tuan mufti dunia akhirat.Saya ada soalan. Mohon pandangan Tuan mufti.

Adakah dibenarkan dalam Islam meluluskan lesen kedai judi dan kilang arak kerana menghormati hak perniagaan orang bukan Islam?
Cukai yang diambil oleh kerajaan ke atas kedai arak dan judi ini adakah boleh dimasukkan ke pebendaharaan negara Islam.

Mohon pandangan yang secerahnya Dr Tuan mufti.  Terima kasih.

JAWAPAN

Waalaikumuusaalam wbt,

Pertama sekali kita perlu memahami hak-hak orang bukan Islam di dalam negara Islam. Jika suatu perkara itu sememangnya dibenarkan dalam agama bukan Islam, maka dibolehkan kerajaan Islam untuk membenarkan amalan tersebut dalam ruang lingkup orang bukan Islam itu sendiri. 

Perhatikan juga ada perkara yang tidak dibenarkan oleh agama itu sendiri seperti contoh zina, mencuri dan membunuh. Meskipun begitu jangan dibenarkan amalan itu berleluasa sehingga melebihi keperluan orang bukan Islam dan akhirnya mempengaruhi orang Islam. Berikut ada beberapa dawabit/prinsip yang perlu diperhatikan:

• Dibenarkan kepada orang bukan Islam sahaja
• Dibenarkan kepada orang bukan Islam dalam bentuk terhad
• Tidak dibenarkan kepada orang Islam untuk melibatkan diri dalam perniagaan tersebut.
• Kerajaan Islam bertanggungjawab untuk membuat menguatkuasakan undang-undang menghalang amalan ini dilakukan oleh orang Islam.

Isu kedua, cukai atas arak dan judi dibenarkan tetapi ulama khilaf dalam perlaksanaannya. Ada ulama berpendapat hendaklah cukai daripada arak dan judi itu diasingkan daripada cukai sumber yang halal dan cukai barangan haram digunakan untuk maslahah orang bukan Islam. 

Pendapat kedua, tidak perlu diasingkan dan wang cukai itu digunakan untuk maslahah umum.

Wallahua’lam.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: K'jaan Kedah tutup judi bukan macam K'jaan DAP/Anwar, yang memerintah Malaysia kini.

Kalau tidak mahu maksiat judi dan maksiat lain-lain wujud di negara ini, sila tukar dan tolak kerajaan yang ada sekarang dalam tiap pilihan raya umum akan datang. 

Jari-jari kita juga di akhirat akan ditanya peranannya!


Iklan: Lihat juga 'Orang Cina, kembalilah kepada Islam..

Di negara ini, tidak mustahil pemimpin-pemimpin DAP Malaysia boleh menjadi pemimpin rakyat Malaysia, kalau pemimpin Melayu kini masih kekal tebal dengan najis assobiah perkauman sempitnya itu.

....


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails