Monday, August 05, 2024

Al-hamdulillah, Aaron-Wooi Yik sumbang gangsa. & PAS..

 

1. Aaron-Wooi Yik sumbang gangsa, pingat pertama negara.

KUALA LUMPUR: Aaron Chia-Soh Wooi Yik berjaya memungut pingat pertama untuk negara pada Sukan Olimpik 2024 apabila merangkul pingat gangsa di Porte de La Chapelle Arena, malam ini (waktu Malaysia).

Pasangan beregu lelaki nombor satu negara itu menewaskan pasangan Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen 16-21, 22-20, 21-19 sekali gus mempertahankan pingat gangsa yang dimenangi pada Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Pasangan negara ketinggalan 8-11 pada set pertama namun terus mengejar untuk merapatkan mata sehingga 16-18 tetapi ditamatkan lawan dengan keputusan 21-16 dalam masa 21 minit.

Pada set kedua, Aaron-Wooi Yik seperti tidak mempunyai peluang untuk menang yang ketinggalan 16-20 tetapi terus bersemangat untuk mengutip mata dan berjaya menoktahkan perlawanan dengan 22-20.

Pada set penentuan, pasangan negara berjaya mengekalkan rentak permainan sekalipun pasangan nombor dunia dari Denmark itu mengejar sehingga kedudukan 19-19 yang berakhir dengan 21-19. – HARAKAHDAILY 4/8/2024


2. Hentikan Himpunan Palestin di Bukit Jalil, hari ini -PAS S'ngor.

Dr Mohd Zamri Mohd Zainuldin

KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Ulamak PAS Selangor, Dr Mohd Zamri Mohd Zainuldin mempersoalkan tindakan kerajaan yang ingin mengadakan Himpunan Pembebasan Palestin di Axiata Arena, Bukit Jalil, di sini, hari ini.

Beliau berkata, kerajaan memperjuangkan isu Palestin tetapi dalam masa yang sama meneruskan hasrat untuk menjual saham Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) kepada Global Infrastructure Partners (GIP) yang dikuasai oleh syarikat Israel BlackRock Inc (BlackRock).

“Umum mengetahui siapa BlackRock dan apa peranan mereka dalam konflik di Semenanjung Gaza. Penyokong Palestin kini sedang bersedih berikutan pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas, Syeikh Ismail Haniyeh di Tehran, baru-baru ini.

“Hal ini turut didakwa Iran dilakukan oleh rejim Zionis Israel telah menggemparkan satu dunia,” katanya menerusi video di Facebook, pada Sabtu.

Terbaharu, kerajaan juga dilaporkan mengikut latihan ketenteraan maritim antarabangsa Rim of the Pacific (Rimpac) 2024 yang turut disertai tentera Israel.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Burong, berkata Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) telah mengeluarkan waran tangkap ke atas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan mengiktiraf serangan Israel di Gaza adalah genosid.

“Sekiranya kerajaan benar-benar tegas membela nasib Gaza dalam isu moral ini, bukankah sepatutnya kerajaan perlu memutuskan semua hubungan secara langsung dengan pihak Zionis laknatullah ini.

“Bukan sekadar wayang dan pertunjukan kepada rakyat dan dunia untuk menyatakan sokongan, tetapi masih tiada tindakan untuk memutuskan hubungan secara keseluruhan dengan Zionis Israel.

“Wahai pemimpin negara, masih sempat untuk arahkan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) hentikan cadangan jualan saham MAHB ini dan memanggil semula Kapal Diraja (KD) Lekiu yang dalam perjalanan ke Hawaii bagi sertai Rimpac 2024,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan, Rimpac 2024 merupakan eksesais maritim terbesar dunia yang diadakan dua tahun sekali di Hawaii dan Amerika Syarikat.

Tentera Laut Israel mula menyertai latihan Rimpac pada 2018 tetapi masih belum menghantar kapalnya untuk menyertai latihan itu. – HARAKAHDAILY 4/8/2024


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah,  PRK Nenggiri: PN yakin raih majoriti lebih besar. 

Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor

PERIKATAN NASIONAL (PN) yakin mampu mempertahankan DUN Nenggiri dengan jumlah majoiriti lebih tinggi berbanding Pilihan Raya Negeri (PRN) lepas.

Ketua Pengarah Pilihan Raya PN, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, berdasarkan perkembangan yang berlaku sekarang, PN mampu mempertahankan DUN Nenggiri dengan majoriti lebih besar. Majoriti tidak akan kurang 2,000 undi akan diperolehi calon PN nanti berikutan gelombang rakyat terhadap PN masih kuat.

Pada PRN lepas, PN menang di DUN Nenggiri dengan majoriti 810 undi melalui Mohd Azizi Abu Naim.

Jom undi PAS & the gang!

Sekian.

Iklan: Lihat juga 'Orang Cina, kembalilah kepada Islam..' 

Di negara ini, tidak mustahil pemimpin-pemimpin DAP Malaysia boleh menjadi pemimpin rakyat Malaysia, kalau pemimpin Melayu kini masih kekal tebal dengan najis assobiah perkauman sempitnya itu.

...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails