Tuesday, August 27, 2024

Ayam T'ganu teknologi tinggi, kokok dah lama.. & Ekonomi negeri.

 



1. Terengganu bakal terima pelaburan ladang ayam berteknologi tinggi


KUALA TERENGGANU: Terengganu bakal menerima pelaburan besar dalam pembangunan ladang ayam berteknologi tinggi yang dijangka dapat menyelesaikan masalah kekurangan bekalan ayam di negeri dan negara ini.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi Digital, Pendapatan Baharu, Perdagangan, Perindustrian dan Teknologi Hijau negeri, Mohd Nur Khuzaini Ab Rahman, keputusan itu dicapai selepas pertemuan kali ketiga diadakan dengan dua syarikat Korea dalam usaha pelaksanaan projek terbabit.

Beliau berkata, tanah untuk projek itu telah dikenal pasti dan akan dilaksanakan di bawah program Ladang Rakyat Terengganu Sdn Bhd (LRT).

“Antara perkara yang dibentangkan adalah selain cara pemprosesan terkini dan pengadaptasian teknologi tinggi, ianya juga dibentangkan faedah yang akan diperolehi oleh Ladang Rakyat dan Kerajaan Negeri Terengganu.

“Perbincangan yang positif, Insya-Allah dengan kedatangan pelabur ini akan membantu untuk menyelesaikan masalah kekurangan ayam di negeri dan negara kita,” katanya dalam satu hantaran di Facebook miliknya, semalam.

Turut hadir, Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Ladang Rakyat Trengganu Sdn. Bhd, Dato’ Wan Sukairi Wan Abdullah dan Ketua Eksekutif Kumpulan Terengganu Inc, Burhanuddin Hilmi Mohamed@Harun.

Terdahulu, Pengerusi Pertubuhan Penternak Ayam Kebangsaan, Dr Nasiman Sapari memberitahu sasaran pengeluaran ayam sehingga 140 peratus seperti ditetapkan dalam Dasar Agromakanan Negara (DAN) 2030 sukar dicapai.

Pengeluaran ayam negara kini berdepan penurunan sehingga 39 peratus dalam tempoh 10 tahun dan tidak menunjukkan sebarang peningkatan apabila pengeluarannya berkurangan sekitar tiga juta ekor tahun lalu berbanding 2022. – HARAKAHDAILY 27/8/2024


2.‘Apa indikator ekonomi Terengganu tak berkembang’  

KUALA TERENGGANU: “Dapat banyak dana tapi ekonomi Terengganu tak berkembang.” 

Demikian catatan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi negeri, Dr. Azman Ibrahim menerusi laman Facebooknya.

Katanya, begitulah yang didengari jauh-jauh di hujung telinga suara daripada pembesar suara pada perhimpunan agung Umno.

“Acu hurai sikit, apa indikator ekonomi Terengganu tak berkembang,” katanya.

Beliau menjelaskan, PAS mengambil alih kerajaan negeri pada 2018 ketika prestasi Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) sektor pertanian berada pada paras -2.5 peratus.

Katanya, KDNK sektor pertanian meningkat kepada 7.4 peratus pada tahun 2023.

“Peningkatan angka daripada -2.5 kepada 7.4 peratus apa kita nak istilahkan?

(Selanjutnya sila lihat Apa indikator ekonomi Terengganu tak berkembang’ –HARAKAHDAILY 27/8/2024)


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ini sedikit pemberitahuan mengenai atlet terjun wanita negeri Terengganu. 

Persatuan Renang Amatur Terengganu (PRAT) tampil memohon maaf atas kesilapan menghantar atlet wanita beragama Islam ke kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak baru-baru ini tanpa pengetahuan Exco Kerajaan Negeri.

Presiden PRAT, Dato’ Toh Chin Yaw berkata, pihaknya bertanggungjawab penuh terhadap isu yang menimbulkan rasa kurang senang dalam masyarakat itu. 

Sebelum ini mereka telah banyak kali berjumpa dengan Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) dan berbincang tentang syarat-syarat yang ditetapkan kerajaan negeri. Tapi nampaknya masih berdegil juga.

Untuk SUKMA ini mereka hantar atlet melalui PRAT dengan peruntukan dan tanggungan persatuan serta ibu bapa atlet tersebut. 

Dalam pada itu, Hishamuddin berkata, pihaknya tidak menghalang sekiranya atlet dalam sukan terbabit disertai bukan Islam. 

Dan..

Mengenai ayam teknologi tinggi kokok dah lama, memang sudah lama Kerajaan Persekutuan berkokok untuk menyelesaikan masalah-masalah tersebut. Tapi kokoknya saja berderai-derai ekor bergelumang najis.

Sekian, harap maklum.


Iklan: Lihat juga 'Orang Cina, kembalilah kepada Islam..

Di negara ini, tidak mustahil pemimpin-pemimpin DAP Malaysia boleh menjadi pemimpin rakyat Malaysia, kalau pemimpin Melayu kini masih kekal tebal dengan najis assobiah perkauman sempitnya itu. 


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails