Tuesday, August 06, 2024

Boikot majlis Palestin anjuran k'jaan! & Xbatal saham.

 

1. Ini bukan majlis Palestin anjuran k'jaan M'sia. Tapi Solidariti Al-Aqsa: Anak Malaysia sambut seruan 3 Ogos di KL M'sia.

Mohamad Rosharizan

KUALA LUMPUR: Anak Malaysia menyambut seruan 3 Ogos bagi mengingati Hari Solidariti Al-Aqsa seluruh dunia dengan mengadakan solat hajat dan bacaan qunut nazilah bagi memohon perlindungan dan pembebasan untuk saudara-saudara kita di Palestin.

Pengerusi Pertubuhan Ekspresi Anak Malaysia (Anak Malaysia), Mohammad Rosharizan Mohd Rozlan berkata, Anak Malaysia merakamkan ucapan takziah atas kesyahidan Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh.

Menurutnya, kehilangan beliau adalah satu tamparan hebat buat seluruh dunia Islam, namun perjuangannya akan terus dikenang dan diperjuangkan.

“Syeikh Ismail Haniyeh merupakan seorang pemimpin utama Hamas yang berdedikasi serta telah memimpin perjuangan rakyat Palestin untuk menuntut kemerdekaan dan kebebasan.

“Beliau juga dikenali sebagai simbol ketahanan dan keberanian dalam menghadapi penindasan dan kekejaman rejim Zionis,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, kejadian ini harus menyedarkan kita akan pentingnya solidariti dalam memperjuangkan hak-hak umat Islam terutama yang berkaitan Al-Aqsa dan Palestin.

Rosharizan juga percaya bahawa perjuangan membebaskan Masjid Al-Aqsa dan seluruh bumi Palestin daripada penjajahan perlu diteruskan tanpa henti, seperti yang diperjuangkan oleh para syuhada.

“Ini adalah salah satu daripada siri pembunuhan yang telah disaksikan oleh dunia dan menunjukkan betapa kejamnya Israel dan sekutunya,” katanya.

Sementara itu, Anak Malaysia percaya bahawa perjuangan membebaskan Masjid Al-Aqsa dan seluruh bumi Palestin daripada penjajahan perlu diteruskan tanpa henti, seperti yang diperjuangkan oleh para syuhada.

“Kami mengajak seluruh umat Islam dan ummah global untuk bangkit dan bersatu dalam melawan kezaliman Zionis serta proksi-proksinya.

“Kejadian ini harus menyedarkan kita akan pentingnya solidariti dalam memperjuangkan hak-hak umat Islam terutama yang berkaitan Al-Aqsa dan Palestin. 

“Kita perlu meneruskan usaha boikot, kecaman terhadap kezaliman Israel dan usaha penerangan isu berkenaan pembantaian ummah di Al-Aqsa,” katanya. – HARAKAHDAILY 1/8/2024


2. Boikot,‘Selagi kerajaan tak batalkan penjualan saham MAHB kepada GIP…’ 

Wan Ahmad Fayhsal ketika berada di Doha, Qatar pada minggu lepas.

KUALA LUMPUR: “Mana-mana pihak yang bersolidariti ke atas rakyat Palestin untuk turut memboikot sebarang majlis mengenai Palestin yang dianjurkan oleh pihak kerajaan.”

Itu penegasan Ketua Armada Bersatu Malaysia, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang menyatakan, ia adalah kerana kerajaan masih lagi tidak mahu membatalkan penjualan sebahagian saham Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) kepada syarikat Global Infrastructure Partners (GIP) milik konglemerat gergasi, BlackRock Inc. (BlackRock), yang sememangnya bersifat pro-Zionis.

“Selagi kerajaan tidak batalkan penjualan saham MAHB kepada GIP yang dikuasai BlackRock maka selagi itulah kita juga perlu boikot segala majlis yang mereka buat untuk Palestin.

“Ini kerana kita perlu hantar isyarat yang jelas kepada kerajaan iaitu hentikan segala normalisasi dengan mana-mana syarikat yang bersifat pro-Zionis,” katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya pada Ahad.

Menurutnya, saham MAHB tidak perlu dijual sedikitpun kepada GIP-BlackRock yang merupakan antara penyumbang terbesar dalam membantu rejim Zionis Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin.

“Malah perkara tersebut telah pun disahkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan kerajaan tidak perlu pun jual sebahagian saham MAHB kepada BlackRock,” tegasnya.

Terdahulu, di bawah pelan yang diumumkan kerajaan, GIP yang dimiliki BlackRock dilaporkan akan memegang  sebanyak 30 peratus kepentingan dalam konsortium untuk menguruskan MAHB, bersama dana pelaburan kerajaan Khazanah Nasional dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP); yang mana kedua-dua entiti di bawah bidang kuasa kementerian kewangan yang diketuai oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Tambah Fayhsal, setiap usaha penentangan terhadap mana-mana produk syarikat yang menyokong rejim Zionis Israel masih perlu diteruskan tanpa henti walaupun secara kecil-kecilan.

Adakan pertemuan dengan Hamas

“Perkara tersebut adalah penting bagi membantu perjuangan rakyat Palestin sepertimana yang dilakukan oleh Ketua Biro politik Hamas, Ismail Haniyeh.

“Saya dan rakan-rakan daripada Perikatan Nasional (PN) sempat bertemu dengan beberapa pimpinan daripada Hamas dan juga gerakan Islam lain yang datang dari seluruh dunia di Qatar.

“Banyak perkara yang telah kami bincangkan tetapi yang pastinya perjuangan perlu diteruskan dan setiap usaha kita walaupun sekecil-kecil memboikot mana-mana entiti yang menyumbang kepada kekuatan negara haram Israel dan sekutunya.

“Ini akan membantu perjuangan yang dilakukan oleh As-Syahid, Ismail Haniyeh,” ujarnya.

Terdahulu, media melaporkan pada Selasa (30 Julai), Haniyeh telah menghadiri perasmian presiden baharu Iran, Masoud Pezeshkian, serta bertemu dengan Pemimpin Tertinggi Iran.

Namun begitu, beliau bersama-sama seorang pengawal peribadinya terbunuh selepas kediamannya menjadi sasaran di Tehran, Iran.

Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) melalui Jabatan Perhubungan Awamnya yang mengesahkan dalam satu kenyataan berkata, serangan itu dilakukan awal Rabu (31 Julai), sambil menambah bahawa siasatan sedang dijalankan untuk mencari punca kejadian. – HARAKAHDAILY 5/8/2024


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Soalnya sekarang  ‘Kenapa kerajaan (pada hari ini), Anthony Loke nak bubarkan MAVCOM?’ 

Wan Ahmad Fayhsal ketika muncul dalam program Bicara Hd.

Itu persoalan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal sambil meminta pihak kerajaan untuk menangguh dahulu penjualan saham kepada GIP; dan menyerahkannya kepada jawatankuasa pilihan khas untuk diteliti segala terma dan syarat.

Menurutnya, beliau percaya orang dalam MAVCOM adalah orang-orang yang baik dan pakar yang akan memberikan keadilan kepada rakyat Malaysia. Jadi, bila disegerakan pembubaran ini dan digabungkan MAVCOM dengan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), maka,dalam Rang Undang-undang (RUU) Pindaan Akta 788, ada satu klausa yang dipinda berkenaan kuasa menteri. 

Sebelum pindaan, menteri hanya boleh memberikan pindaan bersifat umum untuk Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) buat kerja. Tapi bila dah dipinda, dah digugurkan perkataan bersifat umum tersebut, maka kesan daripada pengguguran ini, menteri ada kuasa mutlak, menteri ada kuasa besar, yang boleh ‘bypass’ (melangkaui) lembaga pengarah CAAM. 

Dalam program Bicara Hd bertajuk, ‘BlackRock: Malapetaka Durjana Buat Rakyat Malaysia?’ semalam yang boleh ditonton secara dalam talian menerusi laman media sosial Harakahdaily.

Jadi, menteri ada kuasa penuh menentukan kontrak-kontrak tender dan projek dalam MAHB, malah boleh membuat apa sahaja terhadap lapangan terbang di Malaysia yang rakyat cintai. 

Ini bukti pentadbiran kerajaan ini Xcerdik, Xprofesional, lemah dan rapuh. Cara selesainya...

Jom undi PAS & the gang!

Sekian.

Iklan: Lihat juga 'Orang Cina, kembalilah kepada Islam..' 

Di negara ini, tidak mustahil pemimpin-pemimpin DAP Malaysia boleh menjadi pemimpin rakyat Malaysia, kalau pemimpin Melayu kini masih kekal tebal dengan najis assobiah perkauman sempitnya itu.

...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails