Thursday, August 08, 2024

DAP, ini dalil perlunya etika pakaian. & tentera Ahzab.


1. Dalil bagi DAP yang Xfaham Quran Hadith mengenai pakaian. Tapi bagi yang faham okey!

LUANA Alonso, perenang wanita Paraguay telah dihambat keluar dari Perkampungan Sukan Olimpik Paris kerana didakwa berpakaian seksi dan tidak sesuai di dalam perkampungan.

Dia yang dikatakan berjalan-jalan dengan berpakaian seksi dan nipis, didapati telah menganggu suasana tenteram di dalam kem. Dia juga mengambil kesempatan untuk berswafoto dengan beberapa atlit terkenal seperti Rafael Nadal dari Sepanyol.

Atlit-atlit lain dilaporkan merasa terganggu dengan kehadiran Luana yang berpakaian sedemikian terutama bagi atlit yang inginkan rehat sepenuhnya sebelum menyertai acara seterusnya.

Dia tidak mengenakan pakaian rasmi atlit olimpik ketika tinggal di dalam perkampungan sukan sebagaimana yang telah ditetapkan. Dia yang telah kalah pada peringkat awal pertandingan, dilihat sebagai menghabiskan masa sebelum pulang ke negaranya.

Bayangkan Luana yang dimaklumi sentiasa berpakaian tidak cukup kain, berbikini ketika perlumbaan renang, juga dilarang berpakaian yang mencolok mata ketika di luar gelanggang kerana menganggu orang lain. Maknanya bukan pada semua tempat sesuatu pakaian itu boleh dipakai sesuka hati. Apa lagi pakaian yang menaikkan nafsu, tidak juga atas nama kebebasan.

Tetapi ada golongan di Malaysia yang tetap mahu mempertahankan wanita berpakaian yang sangat tidak sesuai walaupun mahu menyelesaikan urusan rasmi di pejabat kerajaan. Dengan alasan hak diri itu adalah hak mereka sepenuhnya dan dengan mudahnya menolak kod etika berpakaian, tanpa memikirkan hak orang lain.

Bayangkan, di kejohanan Olimpik yang sememangnya tersedia atlit yang tidak menutup aurat, terdedah sini sana, masih diperlukan kod berpakaian secara sopan bagi menghormati orang lain oleh jawatankuasa mereka. Tidak memberikan kebebasan yang sebebasnya kepada semua perkara dan semua orang.

Apatah lagi bila ada isu yang melibatkan program hiburan, mereka terus mendakwa Kerajaan PAS Terengganu bertindak mencampuri urusan mereka untuk berhibur. Sedangkan dengan jelas peraturan hiburan di Terengganu menyebutkan larangannya. Nun, jauh di seberang Semenanjung sana, ada salakan dari DAP yang mendakwa PAS menipu kerana mencampuri urusan bukan Islam.

Exco Kerajaan Negeri Terengganu, Dato’ Wan Sukairi Wan Abdullah telah menjelaskan dengan begitu baik bahawa tiada sekatan untuk bukan Islam berhibur, tetapi semua yang terlibat, mesti mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri kerana semua pihak mempunyai hak untuk dihormati.

Mentang-mentanglah sekarang sedang berlangsung kempan PRK Nenggiri di Kelantan dan Umno menjadi calon melawan PAS, DAP melalui seorang ketuanya yang menjadi tertuduh kes rasuah, sesuka hati sahaja mengeluarkan cerita rekaan bagi memenangkan Umno.

Apa, kau ingat suara kau orang Kelantan nak dengar ke? – HARAKAHDAILY 7/8/2024


2. Bila tentera Ahzab datang semula, apa patut kita buat? 

AL-QURAN sebagai mukjizat ilmu yang kekal sepanjang zaman, mendedahkan peristiwa Ahzab yang berlaku pada zaman Rasulullah SAW sejak 15 abad yang lalu.

Hal ini menunjukkan bahawa al-Quran bukan sahaja cerita sejarah dan berita zaman dahulu, bahkan semua yang disebutkan dalam al-Quran ialah petunjuk dan cabaran sepertinya akan berulang sepanjang masa, bagi menguji umat Islam secara khusus dan menapis manusia bermasyarakat majmuk yang menjadi tujuan Islam disampaikan.

Firman Allah SWT khusus kepada orang-orang yang beriman:

الٓمٓ ١ أَحَسِبَ ٱلنَّاسُ أَن يُتۡرَكُوٓاْ أَن يَقُولُوٓاْ ءَامَنَّا وَهُمۡ لَا يُفۡتَنُونَ ٢ وَلَقَدۡ فَتَنَّا ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِهِمۡۖ فَلَيَعۡلَمَنَّ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ صَدَقُواْ وَلَيَعۡلَمَنَّ ٱلۡكَٰذِبِينَ ٣
“Alif lam mim. (1) Adakah manusia itu mengira bahawa mereka akan dibiarkan (sahaja) mengatakan, ‘Kami telah beriman,’ sedangkan mereka tidak diuji lagi? (2) Dan sesungguhnya, kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka. Maka, sesungguhnya, (dengan ujian sedemikian) Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya, Allah juga mengetahui orang-orang yang berdusta. (3)” [Surah al-‘Ankabut: 1–3]

Ujian ini akan berpanjangan dan berulang hingga Hari Kiamat, termasuk ujian menghadapi Ahzab, pasukan bersekutu yang diatur oleh orang-orang Yahudi pada zaman Rasulullah SAW. Mereka merancang bersama kaum Musyrikin Makkah, Bani Ghatafan, dan lain-lain bagi menghapuskan Islam.

(Lanjutnya sila rujuk 'Tentera Ahzab datang semula' ABDUL HADI AWANG Presiden PAS 2 Safar 1446 / 7 Ogos 2024 – HARAKAHDAILY 7/8/2024)


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Akhirnya diingatkan, bahawa PM Malaysia terlepas pandang 40% peruntukan pembangunan Sabah.  

Ronald Kiandee (kanan) dan Anwar Ibrahim

Di KL, kenyataan Perdana Menteri (PM), Dato’ Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini sebenarnya terlepas pandang bahawa jumlah peruntukan perbelanjaan pembangunan kepada Sabah tidak boleh disamakan dengan pemberian wajib biasa kepada negeri-negeri lain (selain Sarawak). 

Nilai RM16 bilion patut diberikan, dan begitu juga pemberian wajib 40 peratus di bawah Perkara 112C.  Kerajaan Persekutuan dan Sabah perlu sentiasa menjunjung serta mematuhi Perlembagaan Persekutuan bagi menjamin suatu Persekutuan yang terus adil.

Terdahulu, media tempatan melaporkan Perdana Menteri telah mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan sebanyak RM16 bilion kepada Sabah yang mana nilai tersebut adalah bagi jumlah keseluruhan peruntukan kepada Sabah dan bukan hanya untuk perbelanjaan pembangunan sahaja.

Perdana Menteri turut dilapor menyatakan bahawa peruntukan RM16 bilion tersebut termasuk peruntukan sekolah, pendidikan untuk anak-anak, serta penjagaan sempadan. Perkara 109 Perlembagaan menyatakan antara lainnya pemberian wajib kepada negeri-negeri adalah seperti berikut; 

(a)  Geran Pemberian Mengikut Bilangan Orang (Capitation Grant) di bawah Perkara 109(1)(a) Perlembagaan Persekutuan dan Akta Pemberian Bilangan Orang 2002; 

(b) Geran Pemberian Penyelenggaraan Jalan Raya Negeri (MARRIS) di bawah Perkara 109(1)(b) Perlembagaan Persekutuan.

(c) Geran Pemberian Berdasarkan Tahap Pembangunan Ekonomi, Infrastruktur dan Kesejahteraan Hidup di bawah Perkara 109(6) Perlembagaan Persekutuan

Selanjutnya pemberian peruntukan kewangan di bawah Perkara 109 Perlembagaan Persekutuan tersebut perlu juga mematuhi kehendak di bawah Bahagian I, II dan III Jadual Kesepuluh Perlembagaan Persekutuan.

Bagi Sabah, selain peruntukan wajib dalam Perkara 109 Perlembagaan Persekutuan, perlu diberikan peruntukan wajib 40 peratus seperti yang dinyatakan dalam Perkara 112C di Bahagian IV dan V Jadual Kesepuluh Perlembagaan Persekutuan yang mana peruntukan tersebut perlu dikaji semula setiap lima tahun di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan.

Namun, ia gagal dilaksanakan Kerajaan Persekutuan setakat ini.

Begitu kira-kira. 

Penyelesaiannya, Jom undi PAS & the gang, tolak undi DAP and the 'ngong'!


Iklan: Lihat juga 'Orang Cina, kembalilah kepada Islam..

Di negara ini, tidak mustahil pemimpin-pemimpin DAP Malaysia boleh menjadi pemimpin rakyat Malaysia, kalau pemimpin Melayu kini masih kekal tebal dengan najis assobiah perkauman sempitnya itu.

...

1 comment:

Anonymous said...

TERIMA KASIH TT @isyam tukartiub.blogspot.com

http://tukartiub.blogspot.com/2024/08/undi-umdap-dapat-mesin-atm.html?m=1

Dapat liputan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails