1. Tafsiran pluralisme dan persamaan amalan agama.
TERDAPAT salah faham dan kekeliruan dalam kalangan umat Islam berkenaan tajuk di atas.
Pluralisme agama merupakan satu teori atau konsep yang luas tentang penerimaan agama-agama yang pelbagai. Antara fahaman ini ialah:
- Tiada satu pun agama yang tunggal dan eksklusif untuk menjadi sumber kebenaran, atau setidak-tidaknya terdapat kebenaran dan nilai yang benar dalam agama lain.
- Penerimaan kebenaran wujud dalam dua atau lebih agama dengan penekanan aspek-aspek yang diterima oleh agama-agama tersebut.
- Menggalakkan kerjasama dan dialog antara agama-agama yang berbeza bagi meningkatkan persefahaman sehingga dianggap semua agama adalah benar dan betul.
- Digunakan sebagai istilah untuk merujuk kepada keadaan hidup bersama secara harmoni antara penganut agama yang berbeza.
Islam
Islam menerima konsep tasamuh terhadap agama lain dengan tindakan tidak ada paksaan terhadap sesiapa untuk menganut Islam dan tidak melarang sesiapa untuk beramal dengan ajaran agama masing-masing, tetapi tidak menganggap semua agama adalah sama betul. Dengan erti kata lain, Islam tetap diyakini satu-satunya agama yang benar. Hanya penyelesaian Islam yang diterima dan bukan penyelesaian yang lain.
(Selanjutnya, sila lihat 'Tafsiran pluralisme dan persamaan amalan agama' -ABDUL HADI AWANG Presiden PAS Bertarikh: 22 Safar 1446 / 27 Ogos 2024 – HARAKAHDAILY 27/8/2024)
2. Cabaran Utama Umat Islam di M'sia.
Cabaran-cabaran ke atas agama Islam, ajaran dan Syariatnya semakin hari semakin hebat. Tetapi pada masa sama Islam juga berkembang di serata pelusuk dunia dengan begitu pesat. Atas janji Allah dalam Al-Quran bahawa Islam itu agama yang sempurna,
“Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Kucukupkan kepadamu nikmatKu, dan telah Ku-redhai Islam itu sebagai agama bagimu”( Al-Maidah : 3).
Begitu juga dengan maksud ayat suci yang lain, iaitu, “Sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai) di sisi Allah ialah Islam” (Ali-Imran: 19).
Sebagai umat Islam kita juga percaya akan kekuasaan Allah dalam pemeliharaan Islam sebagai agama yang diredhai itu.
Namun, sifat Islam yang sempurna dan jaminan Allah tentang kelangsungan Islam di alam ini sehinggalah datangnya Hari Kiamat tidak bermakna kita umat Islam tidak perlu berusaha untuk menjelaskan tentang Islam dan merealisasikan kesempurnaannya.
Keadaan ini juga tidak membenarkan kita umat Islam bertindak pasif dalam menegakkan hukum Syariah serta syiar Islam. Di sinilah munculnya kewajipan untuk setiap kita melakukan dakwah, mengajak ke arah kebaikan dan cara hidup Islam serta menegakkan hukum Allah yang jelas dan nyata.
Dalam ruangan ini saya cuba membawa kepada pembaca beberapa perkara yang saya fikirkan serius untuk kita sedari tentang cabaran terhadap Islam di negara ini. Perbincangan ini saya tumpukan kepada cabaran ke atas akidah umat Islam, cabaran ke atas institusi pentadbiran Islam, seperti institusi fatwa, termasuk Mufti dan juga agensi pelaksana hukum Syariah, iaitu mahkamah Syariah dan juga badan penguatkuasa.
Berkaitan dengan itu, saya juga cuba membawa perhatian pembaca kepada cabaran ke atas kedudukan undang-undang Islam.
(Selanjutnya sila lihat 'Cabaran Utama Umat Islam di Malaysia'. Pejabat Mufti W/Persekutuan)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: 'Ini, salah faham & keliru di kalangan umat Islam.' Ya, memang salahfaham dan keliru perlu dijelaskan dan dijernihkan. Islam menyuruh begitu, dari perkara sebesar-besarnya hingga sekecil-kecilnya.
Contohnya soaljawab di bawah ini..
Hukum lumba siput
Soalan:
Saya ingin bertanya satu soalan berkenaan lumba siput yang mula diminati oleh setengah orang sehari dua ini?
Jawapan:
Bermula hukum asal bagi berlumba itu adalah harus ia sama ada yang berlumba itu manusia atau haiwan.
Akan tetapi jika ada perkara yang dilarang agama seperti perjudian ketika berlumba itu, maka hukumnya berubah daripada harus menjadi haram.
Berkata Imam Ibnu Al-Quddamah:
وَالْمُسَابَقَةُ عَلَى ضَرْبَيْنِ ؛ مُسَابَقَةٌ بِغَيْرِ عِوَضٍ ، وَمُسَابَقَةٌ بِعِوَضٍ . فَأَمَّا الْمُسَابَقَةُ بِغَيْرِ عِوَضٍ ، فَتَجُوزُ مُطْلَقًا مِنْ غَيْرِ تَقْيِيدٍ بِشَيْءٍ مُعَييَّنٍ
Ertinya: “Dan perlumbaan itu ada dua bahagi. Pertama ialah perlumbaan tanpa bertaruh dan keduanya perlumbaan dengan bertaruh. Maka adapun perlumbaan tanpa bertaruh maka harus hukumnya dengan mutlak tanpa ada sebarang kaitan dengan suatu yang tertentu.” (Kitab Al-Mughni)
Dan lagi disyaratkan bagi harus perlumbaan tanpa bertaruh itu ialah tidak ada pada perlumbaan itu menyiksa haiwan yang terbabit.
Kesimpulannya, perlumbaan siput tersebut jika tidak ada disertakan dengan pertaruhan maka hukumnya tidaklah haram. Wallahua’lam. Tulisan ini diambil daripada Facebook Ustaz Azhar Idrus. (Rujuk juga HARAKAHDAILY 28/8/2024.)
Sekian.
Iklan:
Lihat juga 'Orang Cina, kembalilah kepada Islam..'
Di negara ini, tidak mustahil pemimpin-pemimpin DAP Malaysia boleh menjadi pemimpin rakyat Malaysia, kalau pemimpin Melayu kini masih kekal tebal dengan najis assobiah perkauman sempitnya itu.
No comments:
Post a Comment