Friday, August 30, 2024

Kedah buat kapal terbang? & Ini, khidmat PAS.

 

Presiden Boeing Asia Tenggara, Penny Burtt, (empat kiri) selepas Majlis Pelancaran Boeing Composites Malaysia di Taman Sains dan Teknologi Kedah (KSTP) di sini hari ini. FOTO Ihsan Boeing

1. Boeing pilih Kedah lancar kilang pertama di Asia Tenggara 

KUBANG PASU: Kerajaan negeri menyambut baik usaha Boeing Company yang komited melancarkan semula kilang pembuatan komponen kapal terbangnya sebagai Boeing Composites Malaysia (BCM) di Taman Sains dan Teknologi Kedah (KSTP), Bukit Kayu Hitam.Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Dr Haim Hilman Abdullah berkata, […]                       -Harakahdaily August 29, 2024

2. Boeing lancar semula di Kedah, dikenali Boeing Composites Malaysia 

Gambar hiasan

Bukit Kayu Hitam: Boeing Company (Boeing) komited menjalinkan kerjasama dengan Malaysia untuk pelan jangka masa panjang bagi pembangunan industri aeroangkasa di negara ini.

Presiden Boeing Asia Tenggara, Penny Burtt, berkata komitmen itu dizahirkan apabila pihaknya melancarkan semula kilang pembuatan komponen kapal terbangnya sebagai Boeing Composites Malaysia (BCM) di Taman Sains dan Teknologi Kedah (KSTP) di Bukit Kayu Hitam di sini hari ini.

Katanya, ia sekali gus mengiktiraf keupayaan industri aeroangkasa Malaysia termasuk melalui pelbagai inisiatif yang diumumkan dalam majlis pelancarannya di kilang berkenaan.

"Boeing benar-benar gembira berada di Malaysia, kami sangat komited kepada Malaysia dan akan terus membina usaha yang sudah bertapak di sini untuk menerokai kerja-kerja baharu ke kilang ini.

"Ia adalah langkah yang tepat pada masanya untuk Boeing, kami melihat potensi jangka panjang untuk industri aeroangkasa di Malaysia, menyumbang kepada pembangunan keseluruhan ekosistem di sini," katanya ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Boeing Composites Malaysia di Taman Sains dan Teknologi Kedah (KSTP) di Bukit Kayu Hitam di sini hari ini.

(Selanjutnya sila lihat sambungannya 'Boeing lancar semula di Kedah, dikenali Boeing Composites MalaysiaMy Metro Ogos 29, 2024 @ 8:47pm)


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, mari kita lihat peluang pelaburan di Kedah di bawah payung PAS masakini. 

Menurut Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA), Mohamad Haris Kader Sultan, Kedah telah berjaya meraih RM15.26b pelaburan dalam tujuh bulan 2024 ini. 

Menerusi pelaburan itu Kedah mampu menawarkan 1,700 peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang khususnya kepada anak-anak tempatan. Jumlah pelaburan itu mengatasi realisasi pelaburan sebanyak RM5.43 bilion yang dicatatkan untuk tempoh sama tahun lalu. 

Malah prestasi baik itu membuktikan keberkesanan Pelan Pembangunan Strategik Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER). Dalam masa yang sama NCIA yakin prestasi keseluruhan Kedah tahun ini akan berjaya melepasi pencapaian tahun 2023.

Pelaburan yang direalisasikan NCER merupakan kerjasama antara NCIA dengan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Kerajaan Negeri Kedah. Sejak 2019, NCIA berjaya merealisasikan pelaburan kumulatif sebanyak RM34.8 bilion dan lebih 16,000 peluang pekerjaan diwujudkan dalam sektor pembuatan bernilai tinggi di negeri ini. 

Bahkan, daripada jumlah itu, sebanyak RM1.56 bilion telah disumbangkan oleh industri peranti perubatan dan lebih 1,600 peluang pekerjaan mahir dan separa mahir berjaya diwujudkan.

Sebenarnya, industri peranti perubatan merupakan elemen penting dalam sektor pembuatan bernilai tinggi yang telah berkembang maju di Kedah terutama di Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP) dan kawasan perindustrian di sekitar Sungai Petani.

Mohamad Haris Kader Sultan, juga yakin Kedah mampu menjadi hab pembuatan peranti perubatan pilihan sama ada di peringkat tempatan mahupun global menerusi Pelan Pembangunan Strategik NCER, pada masa akan datang.

Terdahulu, prestasi pelaburan NCER bagi negeri itu diumumkan pada Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu yang dipengerusikan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor. NCIA juga pada tahun ini telah memperkenalkan inisiatif FaCi@NCER yang bertujuan mempercepatkan proses merealisasikan pelaburan di NCER.

Ini, antara sekelumit khidmat PAS kepada rakyat di negara ini.

Harap maklum. Mesti terus bersama PAS & kumpulannya.


Iklan: Lihat juga 'Orang Cina, kembalilah kepada Islam..

Di negara ini, tidak mustahil pemimpin-pemimpin DAP Malaysia boleh menjadi pemimpin rakyat Malaysia, kalau pemimpin Melayu kini masih kekal tebal dengan najis assobiah perkauman sempitnya itu. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails