Thursday, August 29, 2024

Lagi PAS bantu rakyat. DAP bia-dap & masuk Islam.

 

1. Lagi PAS bantu rakyat. 

(i) Peneroka Perasu paling awal terima geran di Gua Musang, al-hamdulillah.

GUA MUSANG: Peneroka di Felda Perasu di DUN Nenggiri agak bernasib baik kerana mereka paling awal menerima geran hak milik tanah daripada kerajaan negeri.Seramai 244 peneroka yang tinggal di Perasu 1 hingga Perasu 12 sekarang memiliki kebun sawit seluas 8 ekar, kebun getah (2 ekar) dan lot rumah suku […]

(ii) MTAQ unggul 32 tahun lahir 1,200 huffaz al-Quran

MACHANG:  Sejak ditubuhkan pada tahun 1992, Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat (MTAQ) Pulai Chondong telah berjaya melahirkan hampir 1,200 huffaz yang telah menamatkan hafazan Al-Quran sebanyak 30 juzuk.Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, sebahagian daripada mereka juga telah berjaya memperolehi syahadah bersanad 10, 20 dan […]

(iii) Pasangan OKU tekad pelihara tiga anak saudara, elak berpisah. 

KANGAR: Tekad untuk tidak memisahkan tiga beradik, pasangan orang kurang upaya (OKU), Muhammad Alif Malek, 30, dan Mira Nirwani Mohamad, 31, mengambil tanggungjawab besar dengan memelihara tiga anak saudara selepas kehilangan ibu dalam kemalangan maut pada 2 Mei 2022.Pasangan itu, sebelum ini telah memelihara anak kedua, Nur Qistina Batrisya, […]

(iv) Elaun Skuad Sabil: Belajarlah dari Jabatan Amal Malaysia.

Ustaz Ahmad Nawfal Mahfodz

JOHOR BAHRU: Pengumuman Presiden Umno, Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini bahawa badan beruniform parti itu, Skuad Sabil akan dibayar elaun oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) adalah sesuatu yang bertentangan dengan tatakelola.Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor, Ustaz Ahmad Nawfal Mahfodz berkata, ia dilihat sebagai satu kegagalan […]

(v) Mana projek perumahan generasi kedua Felda, Kesedar 

GUA MUSANG: Impian penduduk berhijrah ke Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) di bawah Felda dan Kesedar dengan harapan dapat membina masa depan keluarga yang lebih terjamin.Biarpun mereka diberi lot kebun seluas 10 ekar dan lot rumah, namun sebahagian besar peneroka belum lagi mendapat geran milik secara sah.Ini bermakna tanah tersebut […]

(vi) Terengganu patuhi Syariah, Hannah tak wajar pertikai (DAP bia-dap)

LENGGONG: Kerajaan Terengganu melarang atlet wanita Islam menyertai acara sukan tertentu, tidak wajar dipertikaikan, kata Pengerusi Lajnah Dakwah Ulamak PAS Perak, Ustaz Muhammad Rif’aat Razman.Menurut beliau, larangan tersebut berikutan ketetapan pemakaian bagi acara seperti renang, terjun papan anjal dan gimnastik adalah bertentangan dengan syariat Islam.“Tetapi larangan itu hanya tertakluk […]


2. Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pusat 

DAP JANGAN BIADAP

DAP sememangnya adalah parti yang kurang ajar, biadap dan tidak menghormati sensitiviti orang Melayu dalam negara ini.

Saya tahu, orang Melayu di negara ini hanya tinggal kuasa pendidikan dan kuasa politik. Sektor lain hakikatnya telah habis dikuasai oleh orang bukan Melayu. Ekonomi apatah lagi.

Kita bukan nak minta mereka 'sujud' kepada orang Melayu. Kita hanya mahu mereka memberikan penghormatan kepada orang Melayu sepertimana orang Melayu berikan penghormatan ketika menerima mereka menjadi sebahagian daripada rakyat Malaysia sejak negara kita merdeka.

Faktanya, dengan keadilan Islam kita boleh hidup aman damai dengan pelbagai kaum dan ras serta agama. Namun, DAP sengaja mencetuskan api sentimen politik perkauman apabila mewacanakan dan cuba melobi pilihanraya PBT dalam negara kita.

Kita semua maklum, sekiranya pilihanraya PBT dilakukan DAP pastinya akan mendominasi kawasan bandar dan orang Melayu semestinya akan hilang kuasa politik mereka.

Sedikit demi sedikit, orang Melayu yang sebelum ini dengan penuh hormatnya menerima kaum lain sebagai rakyat Malaysia yang sah hilang kuasa politik di tanah air sendiri.

DAP tidak boleh terus menerus membawa naratif beracun mencetuskan huru hara dan kacau bilau dalam negara ini. Sekiranya mereka mahu terus menjadi parti politik dalam negara Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama ini mereka wajib tahu, faham, dan sensitif dengan garis sempadan yang ada.

Jangan langgar garis sempadan ini. Jangan langgar 'lampu merah'. Kelak, buruk padahnya.

Saya mewakili PAS berpesan dengan penuh hormat kepada kepimpinan DAP agar menarik balik usul yang menggoncang serta menghuru harakan negara kita ini.

Apa yang menjadi keutamaan kepada parti DAP selaku parti yang menjadi sebahagian daripada kerajaan adalah menyelesaikan masalah ekonomi yang melanda negara dan rakyat dalam negara kita ini.

Kita juga sedang gusar dengan peningkatan kes COVID-19 dalam negara kita. Banyak lagi manifesto PH dan BN yang tidak tertunai. Terdapat puluhan kes pecah amanah dan integriti melibatkan ahli politik sehingga menyebabkan rakyat hilang percaya kepada kerajaan dan perlu diselesaikan segera.

Inilah keutamaan DAP dan kerajaan pada hari ini. Bukan pilihanraya PBT. Setahun berada di kerusi empuk Putrajaya tidak menghalalkan DAP untuk mencarik dan merosakkan keharmonian yang ada dalam negara kita.

Cukuplah kita sengsara dengan masalah polarisasi kaum yang ada, satukanlah rakyat negara ini, jangan dipecah belahkan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama ini.

Semoga DAP insaf.

Sekian

MOHAMAD SUHAIMI ABD AZIZ, Ketua Penerangan PAS Wilayah Persekutuan, 25 Disember 2023



Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, ini hadiah kegembiraan kepada umat Islam dan sudah tentu kepada parti PAS di Malaysia juga. Begitu juga kepada kumpulan jamaah atau gerakan Islam se dunia.
Harizan (tengah) yang terselamat dalam tragedi lubang benam di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur pada 23 Ogos 2024 kini sudah memeluk agama Islam.

Lelaki nyaris jadi mangsa lubang benam Masjid India, masuk Islam

Di KL, lelaki warga India beragama Hindu yang hampir menjadi mangsa lubang benam (sinkhole) dalam insiden di Jalan Masjid India  pada Jumaat (23 Ogos), kini sudah memeluk agama Islam.

Haridath atau Kandass, 48, mengambil keputusan untuk memeluk agama Islam dengan segera selepas dia meyakini bahawa ada Tuhan yang melindungi dan ingin menyelamatkan dirinya daripada bencana tersebut.

Satu hantaran perkongsian melalui Facebook, Dunia Info Kini berkongsi penulisan asal yang menceritakan tentang seorang lelaki yang terselamat insiden tanah jerlus itu memeluk agama Islam ditemani dua orang rakannya.

Dalam hantaran Facebook berkenaan, Haridath dimaklumkan telah memilih nama Islam, Harizan melafazkan syahadah di Pejabat Agama Islam Wilayah dan terus ke Pejabat Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) di Masjid Negara untuk urusan pengislamannya dalam Bahasa Inggeris.

“Inilah hakikat yang berlaku pada hari Jumaat (23 Ogos) lepas. 

“Masya-Allah, kami semua berasa terharu dengan hidayah yang Allah S.W.T campakkan kepada pemuda itu serta merta,” ulas Dunia Info Terkini  dalam perkongsian hantaran yang dimuat naik dalam FB berkenaan. 
Tambah kenyataan FB tersebut, Harizan yang hidup sendirian terharu dengan pilihannya untuk memeluk agama Islam dan pihak ABIM juga sangat gembira atas syahadah dan hidayah yang Allah berikan kepada lelaki tersebut.

“Menurut seorang ustaz, peristiwa ini membenarkan firman Allah dalam surah Al Mulk, ayat 16 yang bermaksud, ‘Sudah berasa amankah kamu, bahawa Dia yang di langit tidak akan membuat kamu ditelan bumi ketika tiba-tiba ia tergoncang’,” tulis kenyataan FB itu lagi.

Menurut perkongsian FB Dunia Info Terkini, sebaik sahaja  terselamat, Haridath terus membuat keputusan untuk memeluk agama Islam secepat mungkin.

“Dia benar-benar yakin dengan adanya Allah S.W.T dan Allah S.W.T telah menyelamatkan dia dari ditelan bumi. 

“Maka, dia terus yakin yang Allah sayangkan dia dan dia mesti masuk Islam dan menjadi seorang Muslimin,” kongsi FB tersebut.

Terdahulu, insiden atau tragedi lubang benam di Jalan Masjid India pada Jumaat lepas itu telah menggemparkan negara apabila apabila seorang pelancong wanita dari India, Vijayaletchumy, 48, telah terjatuh ke dalam lubang sedalam lapan meter; dan sehingga kini  mangsa masih belum ditemui.

Jika diimbas video yang tular melalui rakaman litar tertutup (CCTV), ketika insiden itu berlaku, Harizan sedang duduk dan kakinya sedang berlunjur menyebabkan dia juga turut terjatuh ke dalam mendapan tanah yang kemudian membentuk lubang benam tersebut.

Namun,  dia sempat berpaut sebelum menyelamatkan diri daripada turut terjatuh ke dalam lubang benam tersebut, tidak seperti nasib malang yang menimpa Vijayaletchumy. 

(Sila rujuk 'Lelaki nyaris jadi mangsa lubang benam Masjid India, masuk Islam' – HARAKAHDAILY 29/8/2024) Wallahu 'aklam.

Iklan: Lihat juga 'Orang Cina, kembalilah kepada Islam..

Di negara ini, tidak mustahil pemimpin-pemimpin DAP Malaysia boleh menjadi pemimpin rakyat Malaysia, kalau pemimpin Melayu kini masih kekal tebal dengan najis assobiah perkauman sempitnya itu. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails