AHLI PAS yang waras, jangan menganjing dengan bencana yang menimpa saudara kita di Ulu Slim. Biarlah kita lihat berapa banyak balak yang hanyutpun, jadikan bencana ini sebagai peringatan dari Allah, bukan untuk menghina. Ada saudara kita yang menjadi mangsa. Kita wajib menolong, bukan memperli.
Kalau ia terkena kepada negeri yang PAS perintah, maka akan gegak gempitalah walanon, seakan-akan seronok, seperti boleh jatuh negeri dan mereka akan segera menguasainya. Kita sudah ada rekod mengenai kejahatan mereka.
Jangan kita ikut perangai mereka yang tak ada pegangan agama, walaupun bencana menimpa, mereka bergembira, tetap menuduh dan memfitnah semahunya, tanpa rasa insaf. Bagi mereka sedih bencana hanya bila terkena kepada mereka dan keluarga sahaja.
Balaslah kejahatan mereka dengan kebaikan kita. Kita ada syariat Islam yang mengajar apa yang boleh dan tidak boleh dalam kehidupan kita. Ucapkanlah innalillahi wainna ilaihi rojiuun atas ujian yang menimpa.
Begitulah yang diajar oleh Islam melalui Rasulullah yang kemudiannya dituruti oleh sahabat seterusnya datang kepada kita semua melalui ulamak dengan ilmu yang mereka ada dan amalkan.
Ulamak adalah pewaris para nabi. Mereka mengetahui dengan mendalam hal berkenaan Islam ini dengan kesungguhan mereka belajar ilmu secara terpelihara iaitu bersanad dan bertalaqqi. Bukan jenis mereka yang duduk di hadapan komputer, bertanyakan Google, kemudian berfatwa.
(Ikuti seterusnya 'Bencana di negeri PH, bukan untuk dipersendakan' -HARAKAHDAILY 24/8/2024)
2. 'Kapal TLDM KD Pendekar terkandas, bocor langgar objek bawah air', adakah ini juga nasihat kepada PMX M'sia?
Kapal TLDM KD Pendekar terkandas di perairan Johor. - Foto X
KUALA LUMPUR: Kapal perang milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) iaitu KD Pendekar dilapor terkandas di pantai tenggara Johor hari ini selepas mengalami kebocoran.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.
"Ya, TLDM akan mengeluarkan kenyataan (mengenai KD Pendekar)," katanya ketika dihubungi New Straits Times.
Difahamkan, susulan kejadian itu semua anak kapal dipindahkan sebagai langkah keselamatan dan KD Pendekar kini ditambat di kapal dagang berhampiran.
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Johor turut mengerahkan aset untuk membantu operasi itu.
KD Pendekar sepanjang 43.62 meter dan lebar 7.1 meter dibina Karlskrona Varvet Shipyard di Sweden dan dilancarkan pada 11 November 1978, sebelum ditauliahkan pada 27 Julai 1979.
Pada awalnya ia diletakkan dalam Skuadron Kapal Pembinasa Laju (Misil) Kedua sebelum diserapkan ke dalam Skuadron Kapal Pembinasa Laju Pertama di bawah Flotila Ronda.
Kenyataan TLDM mengenai insiden kapal perang KD Pendekar terkandas di pantai tenggara Johor hari ini selepas mengalami kebocoran. - Foto X
Mengulas kejadian itu, TLDM berkata KD Pendekar mengalami kebocoran dan kebanjiran besar ketika berada kira-kira dua batu nautika Tenggara Tanjung Penyusup di Johor.
Kejadian itu berlaku kira-kira jam 12 tengah hari ketika kapal berkenaan sedang melaksanakan penugasan operasi. Kebocoran itu dipercayai berpunca dari kapal terlanggar objek bawah air. (IH)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan beramal solih, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. - Al-Qur'an Surah Al-'Asr (103).
Ayat ini, antara yang menjadi pemangkin blog ini untuk mempertahan Islam dan terus bangkit menyinar ke seluruh dunia. Kebangkitan Islam adalah kebangkitan kemanusiaan, bukan kedurjanaan assobiyah dan perkauman.
Bahkan kita tunggu janji Allah SWT, bahawa kemenangan itu semakin mendekat, insya Allah.. Allahu Akbar!
Suasana hari ketiga Operasi mencari dan menyelamat (SAR) susulan tanah jerlus membabitkan seorang wanita warga India di Jalan Masjid India. - Foto NSTP/ AZIAH AZMEE. Ini juga termasuk kerja-kerja Islam 'Suruh yang baik, cegah mungkar'.
Sekian.
Iklan: Lihat juga 'Orang Cina, kembalilah kepada Islam..'
Di negara ini, tidak mustahil pemimpin-pemimpin DAP Malaysia boleh menjadi pemimpin rakyat Malaysia, kalau pemimpin Melayu kini masih kekal tebal dengan najis assobiah perkauman sempitnya itu.
...
No comments:
Post a Comment