Saturday, August 03, 2024

Mengejutkan! Umat Islam negara ini pula diserang..

 


1. Melampau! Promosi Bible terbuka terhadap penganut Islam.

AYER KEROH: Kerajaan Negeri Melaka digesa untuk meningkatkan lagi ketegasan terhadap aktiviti penyebaran agama bukan-Islam secara terbuka yang semakin berleluasa akhir-akhir ini.

Pesuruhjaya PAS Melaka, Tuan Guru Zulkifli Ismail berkata, ia susulan sebuah video tular baru-baru ini yang memaparkan satu aktiviti dilihat mempromosikan aktiviti berkaitan agama Kristian.

Jelas beliau, aktiviti dalam video itu dipercayai berlaku di hadapan Surau Warisan, berhadapan Bangunan Stadthuys, Banda Hilir untuk promosi kursus yang dianjurkan pada Sabtu lalu.

(Lihat selanjurnya – HARAKAHDAILY 2/8/2024)


2. ‘Musuh sebenar Zionis Yahudi, bukannya sesama Islam’ Bahkan amat mengejutkan, umat Islam negara ini pula diserang.. 

Dr Azman Ibrahim

KUALA LUMPUR: “Melihat foto jenazah As-Syahid diiringi jutaan rakyat Iran sepatutnya membuka minda untuk sedar bahawa musuh kita yang sebenar ialah Zionis Yahudi dan bukannya sesama Islam,” kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Azman Ibrahim.

Azman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, berkata Zionis Yahudi dan dunia barat melihat bahawa manipulasi perbezaan antara Sunni dan Syiah adalah titik panas yang boleh dilagakan.

“Perkara ini yang membuatkan segelintir umat Islam hanyut menjadi bahan mainan mereka untuk menjarakkan lagi jurang perselisihan dan melupakan siapa lawan kita yang sebenar.

“Menuduh Iran bersekongkol dalam pembunuhan As-Syahid adalah satu dakwaan yang perlu dibuktikan, ketika majoriti dunia Arab Islam memencilkan Hamas, Iran adalah negara yang telah mendukung perjuangan rakyat Palestin sejak sekian lama.

“Bukan hanya dengan kata-kata dan slogan malah sokongan moral, kewangan dan persenjataan. Walau Iran dan Iraq zaman Saddam Hussein pernah berperang, tapi dalam isu Palestin, ketegasan antara dua negara berjiran ini adalah sama,” katanya menerusi kenyataan di Facebook, hari ini.

Kelmarin, Ketua Biro Politik Hamas, Syeikh Ismail Haniyeh, terbunuh dalam serangan peluru berpandu zionis Israel di Tehran yang dikebumikan di Doha, Qatar hari ini.

Jenazahnya itu diterbangkan dari Tehran ke Doha selepas Iran selesai mengadakan upacara penghormatan terakhir.

Azman berkata, Syiah Iran tidak akan menjadi Sunni dan begitu juga Sunni yang tidak akan menjadi Syiah.

“Kalau nak berlawan maka kita akan perlu berlawan tanpa ada kesudahannya. Ingatlah musuh sebenar kita tak pernah leka. Kuasa barat dan Zionis Yahudi tidak kisah sama ada Sunni atau Syiah, yang penting siapa boleh jadi boneka mereka.

“Amerika Syarikat bermusuh dengan Iran negara Syiah tapi di Iraq mereka angkat pemimpin Syiah memimpin kerajaan boneka selepas menjatuhkan Saddam yang merupakan seorang Sunni,” katanya. – HARAKAHDAILY 2/8/2024


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah. Bagaimana menghayati pesanan Ismail Haniyeh? Mutakhir ini, terdapat pesanan melalui alunan nasyid dilantun berulang kali di platform media sosial terutama TikTok, di mana ianya menggambarkan semangat juang tokoh itu semakin popular.

Antaranya As-yahid Ismail Haniyeh mengatakan, kita tidak akan serah bumi Gaza ini kepada Israel. Nasyid ini semakin kedengaran dalam TikTok dan sebagainya. As-syahid juga menyeru agar umat Islam mendoakan penduduk Gaza diberikan kekuatan dan kemenangan yang berkekalan.

Ketua Biro Politik HAMAS itu terbunuh dalam serangan khianat Zionis-Israel ke atas kediamannya di Tehran, Iran pada Rabu, 31 Julai untuk menghadiri majlis angkat sumpah Presiden Iran, Masoud Pezeshkian.  Jenazah Ismail akan dikebumikan di Doha, ibu negara Qatar pada hari ini, 2 Ogos, selepas solat Jumaat, di sana. – rujuk juga HARAKAHDAILY 2/8/2024

Iklan: Lihat juga 'Orang Cina, kembalilah kepada Islam..

Di negara ini, tidak mustahil pemimpin-pemimpin DAP Malaysia boleh menjadi pemimpin rakyat Malaysia, kalau pemimpin Melayu kini masih kekal tebal dengan najis assobiah perkauman sempitnya itu.

...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails