Saturday, August 31, 2024

M'sia belum merdeka, kerana ini.. & Terkait Palestin.

 

Dato' Panglima Perang Ustaz Mohd Nassuruddin Daud

1. Merdeka sebenar ikut sebagaimana Rasulullah ajar.

KOTA BHARU: Kemerdekaan yang sebenar adalah apabila umatnya mencapai ketamadunan yang berlandaskan ajaran Islam, manakala jiwa merdeka adalah jiwa yang teguh dengan nilai-nilai Islam yang menjadikan al-Quran dan as-Sunnah sebagai panduan.

Menteri Besar Kelantan, Dato’ Panglima Perang Ustaz Mohd Nassuruddin Daud berkata demikian dalam konteks  ‘Penghayatan Membangun Bersama Islam’.

Menurutnya, jiwa merdeka adalah kunci untuk membina sebuah negara dan negeri yang berlandaskan prinsip-prinsip Islam, yang menjamin keadilan, kesejahteraan, dan keharmonian untuk semua.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan sambutan Hari Kebangsaan Ke-67 peringkat negeri Kelantan yang diadakan di Stadium Sultan Muhammad IV, malam tadi.

Menurutnya, pada tanggal 31 Ogos 1957, Malaysia telah dianugerahkan kemerdekaan daripada cengkaman penjajah.

“Peristiwa bersejarah ini bukan sekadar menandakan berakhirnya penjajahan fizikal, tetapi juga simbol kebangkitan sebuah negara yang berdaulat, bebas menentukan hala tuju dan masa depannya sendiri.

“Namun, erti kemerdekaan yang sebenar bukan hanya pada bebasnya negara dari penjajahan, tetapi juga kebebasan jiwa dari segala bentuk penjajahan pemikiran, budaya, dan akidah.

“Semua ini adalah cara kita mensyukuri nikmat kemerdekaan, iaitu dengan memastikan akidah, pemikiran, budaya dan cara hidup, hendaklah mengikut syariat Allah SWT,” katanya lagi.

Oleh sebab itu, tambahnya jika dihayati secara mendalam, erti kemerdekaan yang sebenar adalah sebagaimana yang diajar Rasulullah SAW, dengan mengabdi, menyerah, tunduk dan patuh kepada perintah Allah SWT.

Sehubungan itu, beliau berharap sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-67, semua pihak dapat memperbaharui azam dan tekad untuk terus berusaha memajukan negeri.

“Bagaimanapun ianya mesti dibangun dan dimajukan dengan berpandukan ajaran Islam serta memaknakan kemerdekaan yang dikecapi ini juga dari sudut akhlak, pendidikan, budaya, perundangan, perlembagaan dan seluruh sistem hidup,” katanya lagi.

(Bersambung. Sila lihat di Komen Weblog Ibnu Hasyim:(i). Petikan sambungan...

2. Refleksi kemerdekaan Malaysia dan isu Palestin 

KANGAR: Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli dalam ucapannya sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-67 menyeru rakyat Malaysia untuk merenung nasib saudara seagama di Palestin ketika meraikan kemerdekaan negara.

Beliau menegaskan bahawa isu Palestin bukan sekadar isu agama, tetapi juga isu kemanusiaan yang perlu difahami dan dihayati oleh semua.

“Perjuangan mereka untuk mendapatkan kebebasan daripada penindasan mengingatkan kita tentang betapa berharganya kemerdekaan yang kita miliki,” ujarnya.

Mohd Shukri turut menyeru agar rakyat Malaysia terus menyokong dan bersolidariti dengan perjuangan rakyat Palestin dalam mencari keamanan dan keadilan.

Beliau menekankan bahawa perjuangan untuk kemerdekaan bukan hanya mengenai kebebasan fizikal, tetapi juga kebebasan minda dan jiwa.

“Islam mengajarkan kita untuk memperjuangkan keadilan dan membantu mereka yang tertindas,” katanya lagi.

Beliau merujuk kepada firman Allah SWT dalam Surah Ali ‘Imran, ayat 104, yang menyeru umat Islam untuk mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.

Rakyat juga diingatkan agar sentiasa menghargai kemerdekaan yang dimiliki dan melihatnya sebagai perjalanan berterusan.

“Marilah kita terus bersatu padu, bekerjasama dan saling membantu antara satu sama lain, demi masa depan Malaysia yang lebih cemerlang,” tambahnya.

Beliau menutup ucapannya dengan mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan yang ke-67 tahun dan mendoakan agar Malaysia, termasuklah Negeri Perlis, terus maju, aman dan sejahtera.

(Bersambung. Sila lihat di Komen Weblog Ibnu Hasyim:(ii). Petikan sambungan...

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah..

(i) 'Merdeka sebenar ikut sebagaimana Rasulullah ajar.' (Sambugan dari atas sekali kenyataan No1).

Pada majlis itu juga beliau turut membacakan syair Arab yang bermaksud, Negaraku! Kasihku Padamu Tiada Ganti.

Adakah kamu mahukan bukti dengan kata-kataku,
Kasihku padamu akan sentiasa mengalir di dalam darahku,
Tidak sesekali aku terpesong dan menyimpang darinya,
Ingatanku padamu akan sentiasa meniti dibibirku,
Wasiatku ini buat generasi ke generasi,
Cinta pada negara bukan pura-pura,
Cinta pada negara adalah suatu yang berat,
Inilah bukti kasih buat negaraku.
– HARAKAHDAILY 31/8/2024

(ii) Refleksi kemerdekaan Malaysia dan isu Palestin (Sambugan dari atas kenyataan No 2).

Sebagai penutup, beliau menyampaikan serangkap pantun:

Kota Gapura Utara diberi nama,
Negeri Perlis damai dan menawan,
Perpaduan tanggungjawab kita bersama,
Hargai kemerdekaan perjuangan pahlawan. – HARAKAHDAILY 31/8/2024

Itu saja. Wallahu 'aklam.


Iklan: Lihat juga 'Orang Cina, kembalilah kepada Islam..

Di negara ini, tidak mustahil pemimpin-pemimpin DAP Malaysia boleh menjadi pemimpin rakyat Malaysia, kalau pemimpin Melayu kini masih kekal tebal dengan najis assobiah perkauman sempitnya itu. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails