Wednesday, August 21, 2024

Otak dijajah: Bahaya! -Presiden PAS. & negara ganjil

 

Tuan Guru Abdul Hadi

1. Penjajahan fikiran yang paling berbahaya

KUALA LUMPUR: “Kita sudah berjaya daripada terus diduduki oleh para penjajah dan penjajahan fikiran itu yang paling berbahaya.”

Itulah kata-kata hikmah daripada Presiden PAS, Tan Sri  Tuan Guru Abdul Hadi  Awang dalam satu hantaran yang dimuat naik di laman Facebook rasminya sebagai pembukaan menyambut Hari Kebangsaan 2024 yang bakal diraikan kurang lebih dua minggu lagi.

Menurutnya, kemerdekaan yang bakal diraikan dalam bulan Ogos tahun ini oleh rakyat Malaysia terbahagi kepada dua iaitu kemerdekaan tanah air dan juga kemerdekaan fikiran serta kefahaman.

“Kita sudah berjaya membebaskan tanah air kita daripada terus diduduki oleh para penjajah.

“Biarpun begitu, penjajah telah berjaya menjajah pemikiran dan kefahaman kita,” katanya.

Beliau juga menegaskan bahawa kefahaman bahawa dalam Islam tiada perkara politik itu adalah jajahan pemikiran yang paling berbahaya.

“Fahaman bahawa politik itu kotor, tidak perlu kepada politik, politik penuh penipuan sehinggakan hendak diserahkan urusan politik kepada orang lain adalah bentuk jajahan pemikiran

“Ini adalah ajaran politik suku dan agama suku yang menyebabkan masyarakat telah menganggap politik itu tidak penting,” katanya. – HARAKAHDAILY 20/8/2024

2. Tahniah skuad wushu sanda Kedah raih emas 

Skuad wushu sanda Kedah meraih pencapaian gemilang pada di Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024.

SIK: Pasukan skuad wushu sanda Kedah mencipta sejarah selepas mereka meraih emas dan gangsa di Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024.

Sehubungan itu, PAS Kawasan Sik mengucapkan tahniah atas kejayaan mereka dan perkara yang membanggakan adalah apabila kesemua atlet berbangsa Melayu yang sinonimnya sukan wushu ini dikuasai oleh kaum Cina.

“Pencapaian ini adalah suatu yang jarang dilihat dalam sukan wushu yang sinonim dengan kaum Cina,” katanya.

Dalam pada itu, atlet Kedah di bawah bimbingan Muhamad Shafiri Mahmud yang bermula dengan sukan muay telah beralih ke wushu sanda hanya beberapa tahun kebelakangan ini.

Direkodkan juga, Kedah telah melebihi pencapaian tiga pingat gangsa pada SUKMA sebelumnya di Kuala Lumpur.

Kini Kedah meraih pingat emas sumbangan daripada Wan Nor Amni Madihah Wan Mohd Faisal dalam kategori wanita 56 kilogram (kg), manakala Muhammad Amzar Amsyar Aznan meraih gangsa dalam kategori lelaki 70kg. – HARAKAHDAILY 20/8/2024


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Khabarnya, mantan PM M'sia, Tun M terkini di media sosialnya menyebutkan kisah terdapatnya sebuah negara yang ganjil.

‘Syabas Negara terbalik: Negara ini ganjil’ 

“Negara ini ganjil kerana amalannya terbalik. Dianya terbalik kerana yang baik dikatakan buruk dan yang benar menjadi bohong, yang bohong menjadi benar.

“Yang kanan dikatakan kiri. Yang kiri jadi kanan. 

“Undang-undang juga demikian. Pelaksanaan undang-undang istimewa kerana yang salah dibebaskan dan yang bersih didakwa, disiasat untuk dihukum,” ujar beliau.

Dalam pada itu, beliau berkata, maka bergelutlah rakyat melaku kesalahan untuk menyelamat diri mereka.

“Mereka mencuri, menerima sogokan dan menipu. Jumlah mereka begitu ramai dan tidak ada penjara untuk kurung mereka.

“Tetapi tidak mengapa. Kerana yang salah tidak perlu dipenjara. Yang bersih sahaja yang akan dimasuk ke dalam penjara. Mereka tidak ramai.

“Maka bergelutlah Jabatan siasatan menyiasat orang yang tidak salah. Masa dan dana dihabiskan,” kata Tun M, cukup sinis.

Menurut beliau, istimewa sungguhlah Negara bertuah tersebut dan pemimpinnya pun terpuji dan dipuji setiap hari dalam akhbar dan semua media termasuk media sosial.

“Syabas Negara terbalik,” sindir beliau. 

Sekian. Sikit gurau-gurau!


Iklan: Lihat juga 'Orang Cina, kembalilah kepada Islam..

Di negara ini, tidak mustahil pemimpin-pemimpin DAP Malaysia boleh menjadi pemimpin rakyat Malaysia, kalau pemimpin Melayu kini masih kekal tebal dengan najis assobiah perkauman sempitnya itu.

...



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails