Sunday, August 04, 2024

Pemimpin PN ke Doha, Qatar.. & pembohong besar!

 

1. Pemimpin PN kunjungi pejabat Kesatuan Ulama Sedunia

KUALA LUMPUR: Pemimpin Perikatan Nasional (PN) mengambil kesempatan untuk turut mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Kesatuan Ulama Sedunia di Doha, Qatar.

Mereka dalam rangka lawatan kerja mewakili PN ke upacara solat jenazah dan pengebumian pemimpin kanan Hamas, As-Syahid Ismail Haniyeh yang terbunuh dalam serangan bom di Iran beberapa hari lepas.

Rombongan yang diketuai oleh Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi itu turut disertai oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari, Ketua ARMADA Parti Pribumi BERSATU, Wan Ahmad Faisal Wah Ahmad Kamal dan Ahli Parlimen Sik, Ustaz Ahmad Tarmizi Sulaiman.

Mereka disambut oleh Presiden Kesatuan Ulama Sedunia, Prof Dr Ali Muhyiddin Ali Al-Qaradaghi.

Menurut Ahmad Fadhli, dalam kunjungan itu, kedua-dua pihak mengambil kesempatan bertukar-tukar pandangan berhubung situasi terkini umat Islam sedunia khususnya melibatkan perjuangan umat Islam di Palestin pasca kematian As-Syahid Ismail Haniyeh.

“Muhammad Khalil juga turut menyampaikan salam daripada Presiden PAS khususnya kepada seluruh kepimpinan Kesatuan Ulama Sedunia yang kini dipimpin oleh Dr Ali Al-Qaradhagi,” katanya menerusi kenyataan kepada Harakahdaily, hari ini.

Untuk rekod, Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pernah menjawat jawatan sebagai Naib Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia pada tahun 2014 sehingga 2018 ketika kesatuan tersebut dipimpin oleh Allahyarham Prof Dr Yusuf Al-Qaradawi selaku Presiden.

“Dr Ali Al-Qaradaghi juga turut mengambil kesempatan di dalam kunjungan ini untuk menyatakan harapan agar umat Islam di seluruh dunia khususnya di Malaysia dapat bersatu hati di dalam isu Palestin memandangkan tekanan antarabangsa terutama melalui lobi zionis semakin membimbangkan sejak akhir-akhir ini,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Pasr Mas. – HARAKAHDAILY 3/8/2024

(Rujuk juga ABDUL HADI AWANG Presiden PAS 25 Muharram 1446 / 31 Julai 2024 – HARAKAHDAILY 31/7/2024


2. Tuan Ibrahim Tuan Man jelaskan pembohongan besar terhadap tanah Kelantan. 

GUA MUSANG: Dakwaan yang mengatakan kononnya kerajaan Kelantan memajak tanah hutan termasuk kawasan pembalakan kepada syarikat milik peniaga Cina adalah tidak berasas.

Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, dakwaan itu berupa tuduhan berat kerana dibuat tanpa sebarang data yang kukuh, sebaliknya hanya bersifat khabar angin.

“Saya nak jelaskan bahawa kenyataan Kelantan beri pajakan kepada pihak asing tak betul.

“Tuduhan itu dibuat lebih kepada khabar angin tak boleh jadi asas, sebab dakwaan tersebut serius,” katanya pada sidang media Perikatan Nasional selepas penamaan calon PRK DUN Nenggiri, di sini hari ini.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan beberapa lot tanah di Kelantan diserah kepada seorang ahli perniagaan Cina termasuk membabitkan aktiviti pembalakan.

Tuan Ibrahim juga berkata, apa yang berlaku segala aktiviti termasuk pembalakan di negeri ini mematuhi peraturan, malah kerajaan negeri turut menerima sijil pematuhan had penebangan.

Tambahnya, jika dilihat laporan pembalakan di semua negeri, Kelantan antara yang mematuhi had penebangan yang dibenarkan.

Malah, katanya ekoran pematuhan itu (penebangan) kerajaan Kelantan memperolehi anugerah sijil pematuhan had penebangan. – HARAKAHDAILY 3/8/2024


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, walaupun angin fitnah pembohongan besar terhadap tanah Kelantan, bertiup kencang namun 35 ahli Umno sertai PAS di Kuala Sanglang. Ini gambar mereka. 

Bahkan diberitakan juga gelaran diktator yang diberikan oleh bekas Pengerusi BERSIH, Ambiga Sreenavasan kepada kerajaan Madani nampaknya amat sukar untuk ditepis dan dinafikan. Hal ini diakui sendiri oleh Ketua Penerangan PAS Selangor, Zurk Ahmad.  
Zurk Ahmad. 

Ia turut dipersetujui oleh bekas Menteri Undang-Undang, Zaid Ibrahim. Lebih mencetuskan kemarahan kerana janji ke-17 dalam Tawaran Harapan PRU15 jelas menyatakan tentang menjamin kebebasan media dan hak bersuara. 

Memetik laporan setengah tahun (Julai-Disember 2023) TikTok, Malaysia merupakan negara paling banyak permintaan dari kerajaan untuk menurunkan atau menghadkan bahan atau akaun pengguna. Sebanyak 1,862 bahan atau akaun yang diminta untuk disekat oleh kerajaan dan hasilnya, Malaysia jatuh 34 anak tangga dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024.

Ditanya juga kenapa hantaran yang meminta penjelasan tentang pemberian kontrak Kerajaan Selangor kepada syarikat suami menteri daripada DAP, Hannah Yeoh dipadam. Kenapa video Datuk Dr. Radzi Jidin berkenaan kejatuhan nilai ringgit dipadam? Kenapa hampir 20 video di TikTok YAB Dr. Samsuri dipadam? 

Di mana tindakan tegas kerajaan ketika Lim Guan Eng membuat ucapan provokasi 3R yang jelas sengaja menyebarkan Islamofobia? Dan macam-macam lagi, banyak sangat, lain kali pula.

Sekian.

Iklan: Lihat juga 'Orang Cina, kembalilah kepada Islam..

Di negara ini, tidak mustahil pemimpin-pemimpin DAP Malaysia boleh menjadi pemimpin rakyat Malaysia, kalau pemimpin Melayu kini masih kekal tebal dengan najis assobiah perkauman sempitnya itu.

...

No comments:

Post a Comment