Saturday, August 17, 2024

Perkosa, bunuh, mogok hari ini.. & DAP buat hal.


Persatuan Perubatan India (IMA), pertubuhan doktor terbesar di negara itu bakal mengadakan mogok perkhidmatan bukan kecemasan di seluruh negara pada esok, Sabtu, 17 Ogos 2024. (FOTO: Daily Sun)

1. Doktor diperkosa, bunuh: Persatuan perubatan anjur mogok esok

Persatuan Perubatan India (IMA), pertubuhan doktor terbesar di negara itu bakal mengadakan mogok perkhidmatan bukan kecemasan di seluruh negara pada esok, Sabtu, 17 Ogos 2024. (FOTO: Daily Sun)

MUMBAIIndia: Kemarahan terhadap tragedi pemerkosaan dan pembunuhan kejam seorang doktor di timur India tidak menunjukkan tanda-tanda reda pada hari ini Jumaat (16 Ogos), ketika pertubuhan pasukan perubatan menggesa penutupan perkhidmatan hospital terbesar di situ. dan parti politik bersiap sedia untuk mengadakan protes.

Pada minggu lalu, seorang doktor pelatih berusia 31 tahun telah diperkosa dan dibunuh ketika berada di dalam sebuah kolej perubatan di bandar timur Kolkata, tempat di mana dia bekerja, yang kemudian mencetuskan bantahan di seluruh negara di kalangan doktor, lapor Al Arabiya News.

Insiden itu hampir sama dengan insiden pemerkosaan beramai-ramai dan pembunuhan seorang pelajar berusia 23 tahun ketika menaiki bas yang sedang bergerak di New Delhi pada 2012.

Sehubungan itu, kumpulan perubatan terbesar India, Persatuan Perubatan India (IMA) berkata, pihaknya akan melaksanakan penutupan seluruh negara bagi kebanyakan jabatan, kecuali perkhidmatan penting, selama 24 jam mulai pagi esok, Sabtu (17 Ogos), mogok terbesar dalam sekurang-kurangnya satu dekad.

“Doktor, terutama golonganwanita terdedah kepada keganasan kerana sifat profesion mereka.

“Ia adalah tanggungjawab pihak berkuasa bagi menyediakan keselamatan doktor di dalam hospital dan kampus,” kata IMA dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada laman X, lewat malam Khamis.

Sementara itu, golongan pelakon Bollywood, selebriti dan ahli politik di India juga telah menyuarakan rasa terkejut dengan jenayah itu, dan menggesa hukuman yang lebih tegas bagi pelaku jenayah terhadap wanita.

Doktor berkata, insiden perkosa dan bunuh  itu menunjukkan keadaan pasukan perubatan yang dibiarkan tanpa perlindungan dan kemudahan yang sewajarnya. -Agensi/– HARAKAHDAILY 16/8/2024


2. Lagi (bekas) DAP buat hal, julang musuh negara. 

Zurk Ahmad

KUALA LUMPUR: PAS Negeri Selangor merakamkan rasa dukacita, kecewa dan penentangan yang keras terhadap perkembangan semasa dalam isu pembatalan Perintah Larangan terhadap penerbitan komik kontroversi, Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama, tulisan bekas ahli DAP, Hew Kuan Yau atau Superman Hew.

Ketua Penerangannya, Zurk Ahmad berkata, sebagai negara yang berdaulat, merdeka dan mempunyai identiti serta prinsipnya, Kerajaan Pakatan Harapan (PH) – Barisan Nasional (BN) seharusnya mengambil tindakan yang proaktif, kritis, dan tidak berkompromi dengan isu tersebut. 

(Lanjut sila rujuk 'Lagi (bekas) DAP buat hal, julang musuh negara'. – HARAKAHDAILY 14/8/2024)


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ya, kita perlu memandang serius mengenai Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang menarik balik pengharaman komik, Inisiatif Jalur & Jalan Meraih Manfaat Bersama. Kerana motif dan tujuan penerbitan komik tersebut masih menjadi tanda persoalan. 

Komik karikatur yang mengandungi doktrinisasi ideologi-ideologi yang mengancam kepada keharmonian negara Malaysia. Komik yang  mengangkat ideologi komunisme, liberalisme dan sosialisme, mampu mencemarkan generasi muda dengan maklumat-maklumat terpesong.

Contohya, komik tersebut ada menyatakan bahawa Malaysia adalah sebuah negara pluralisme dalam satu kenyataan, hari ini. Itulah faktor pemecah keharmonian kaum di samping menyalakan api Islamofobia, di negara ini dan seluruh dunia sebenarnya.

Juga di dalam komik tersebut dibawa watak orang Islam Uighur di Xinjiang China, yang digambarkan sebagai pengganas. (Mengenai hal ini sila lihat pengalaman Ibnu Hasyim semasa berada di Xinjiang.  ('Orang Cina, kembalilah kepada Islam..') 

Akhirnya, kita kembali kepada masalah KDN. Terdahulu, media tempatan melaporkan KDN telah membatalkan Perintah Larangan terhadap penerbitan berjudul ‘Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama’, yang sebelum ini diwartakan pada 2019. 

Perkara itu terkandung dalam Warta Kerajaan Persekutuan bertarikh 12 Ogos 2024, yang ditandatangani Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bertarikh 6 Ogos 2024.

Berdasarkan warta tersebut, pembatalan Perintah Larangan, membabitkan penerbitan komik itu dalam tiga bahasa, iaitu versi bahasa Melayu, bahasa Inggeris yang bertajuk ‘Belt and Road Initiative for Win-Winism’ dan bahasa Cina.

Iaitu, pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh Subseksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301), Menteri membatalkan Perintah Mesin Cetak dan Penerbitan (Kawalan Hasil Penerbitan Tidak Diingini) (No. 3) 2019 (P.U. (A) 288/2019) yang disiarkan dalam warta pada 23 Oktober 2019 dengan melarang pencetakan, pengimportan, penghasilan, penghasilan semula, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengelilingan, pengedaran atau pemilikan hasil penerbitan yang dinyatakan dalam jadual.

Begitulah kira-kira. 

Itulah, pentingnya PAS, tetap perjuangkan kebenaran dan keadilan menurut Islam. Berjuang di dalam negara, luar negara, di dunia, hingga luar dunia, iaitu di Negara Akhirat yang kekal Abadi.

Bukan dibawah tempurung DAP dan PM saja.

Sekian.

Iklan: Lihat juga 'Orang Cina, kembalilah kepada Islam..

Di negara ini, tidak mustahil pemimpin-pemimpin DAP Malaysia boleh menjadi pemimpin rakyat Malaysia, kalau pemimpin Melayu kini masih kekal tebal dengan najis assobiah perkauman sempitnya itu.

...

No comments:

Post a Comment