Tuesday, August 20, 2024

Seks sejenis, 88 kes Mpox. & Politik M'kini.

 

Taburan kes di Indonesia yang disahkan sehingga Ahad, 17 Ogos 2024. (FOTO: sehatnegeriku.kemkes.go.id/)

1. 88 kes Mpox di Indonesia: Seks sejenis salah satu punca

JAKARTA: Kementerian Kesihatan Indonesia (Kemenkes) mengumumkan data kes terbaru yang disahkan untuk Mpox di Indonesia,yang mana sehingga Sabtu terdapat 88 kes positif Mpox.

Pemangku Ketua Pengarah Pencegahan dan Kawalan Penyakit Dr Yudhi Pramono berkata,  taburan kes termasuk 59 di Jakarta, 13 di Jawa Barat, sembilan di Banten, masing-masing tiga di Jawa Timur dan Yogyakarta dan satu di Kepulauan Riau.

“Daripada jumlah ini, 87 kes telah diisytiharkan sembuh. Jika kita lihat trend mingguan kes yang disahkan Mpox di Indonesia dari 2022 hingga 2024, tempoh dengan kes terbanyak berlaku pada Oktober 2023,” katanya.

Tambahnya, daripada 88 kes yang disahkan, 54 kes memenuhi kriteria penjujukan genom keseluruhan (WGS) yang akan dijalankan bagi menentukan varian virus.

“Daripada 54 kes ini, semuanya adalah varian Clade IIB. 

“Clade II menyebarkan majoriti wabak Mpox pada 2022 sehingga kini dengan kematian yang lebih rendah dan kebanyakannya ditularkan daripada hubungan seksual,” katanya  pada sidang media Perkembangan Kes Mpox di Indonesia, pada Ahad.

(Sila rujuk seterusnya '88 kes Mpox di Indonesia: Seks sejenis salah satu punca' --Agensi/– HARAKAHDAILY 20/8/2024)


2. Syukur, k'jaan pertahan dasar luar M'sia (tindas Palestin) -Ketua Armada Bersatu. 

Wan Ahmad Fayhsal, Ketua Armada Bersatu Malaysia.

KUALA LUMPUR: Dasar Malaysia melindungi  pihak tertindas terutamanya pada ketika ini, penduduk Palestin di Semenanjung Gaza akibat pembunuhan beramai-ramai oleh rejim Zionis Israel perlu dipertahankan dalam apa jua keadaan.

Ketua Armada Bersatu Malaysia, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal meluahkan rasa syukur terhadap pihak kerajaan dalam melakukan misi bantuan kemanusiaan terhadap rakyat negara tersebut.

Ketua Armada Bersatu Malaysia, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal meluahkan rasa syukur terhadap pihak kerajaan dalam melakukan misi bantuan kemanusiaan terhadap rakyat negara tersebut.

“Alhamdulillah misi bantuan kemanusiaan berupa bantuan rawatan kepada warga Palestin seramai 127 pesakit khususnya dari kalangan wanita dan kanak-kanak oleh kerajaan Persekutuan wajar dipuji dan disokong oleh semua rakyat tanpa mengira latar belakang agama, kaum dan politik,” katanya dalam kenyataan media akaun Facebooknya hari ini.

Menurut beliau, mana-mana pihak yang mengecam tindakan tersebut dengan pelbagai alasan adalah jelas tidak mempunyai jiwa manusiawi dalam memahami pendirian dan dasar luar negara ini sendiri.

Tambah beliau, negara ini sentiasa bersama-sama dengan mana-mana rakyat yang ditindas dan bukannya sebaliknya.

“Mereka yang mengecam dengan pelbagai alasan dangkal jelas tidak mempunyai jiwa manusiawi dalam memahami pendirian dan dasar luar Malaysia sebegini yang telah lama kita amalkan berpuluh tahun lamanya.

“Ini adalah satu bentuk ‘kuasa lunak’ (soft power) Malaysia iaitu sentiasa bersama kaum yang tertindas di pentas global sebagai penyelamat dan bukannya pembuli.  

“Lagipun, ini bukan pertama kali Malaysia menghulurkan bantuan sebegini kerana ketika pembantaian dan pembunuhan beramai-ramai di Bosnia oleh pelampau Serbia pada tahun 90an, kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir ketika itu juga telah lakukan tindakan yang sama dengan mengeluarkan sejumlah rakyat Bosnia untuk dirawat mereka di negara kita sebelum mereka dihantar pulang semula ke Bosnia setelah perang tamat,” ujarnya.

Media tempatan melaporkan pada Jumaat lalu, dua pesawat Airbus A-400M milik TUDM yang membawa 41 pesakit dan 86 waris mereka tiba di Pangkalan Tentera Udara Subang sebelum semua pesakit dibawa bagi mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan.

Sehubungan itu, Fahysal mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana berjaya melakukan perkara sebegini dalam membela nasib rakyat Palestin.

Kata beliau lagi, tidak dinafikan bahawa bukan mudah untuk kerajaan perkara tersebut.

“Langkah ke hadapan kerajaan wajar pertimbangkan bentuk bantuan yang lebih terangkum dan tersusun melibatkan banyak lagi negara yang bersekutu dengan agenda pembebasan Palestin tanpa mengira sama ada dari kalangan negara Islam ataupun bukan Islam kerana usaha ini adalah demi kemanusiaan sejagat untuk menyelamatkan nyawa mangsa genosid di Gaza, Palestin. 

“Semoga Allah SWT memberkati usaha kita ini dan mengizinkan lebih banyak bantuan kemanusiaan dibuat kepada rakyat Palestin yang terkesan,” katanya. – HARAKAHDAILY 19/8/2024


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, hari ni, terbukti lagi realiti ke kinian wanita Islam di Malaysia, bukan seperti yang difitnahkan  portal  Malaysiakini baru-baru ini.

Artikel berkenaan, menuduh dan menfitnah bahawa penggunaan agama telah digunakan untuk 'mengawal kaum wanita dalam sukan serta pelbagai aspek kehidupan'.

Jawabnya, ini berita terkini..

Nur Afrina Batrisyia banggakan Kampung Sijangkang 

Nur Afrina Batrisyia Mohamad Rizal

KUALA LUMPUR: Nur Afrina Batrisyia Mohamad Rizal melakar sensasi sekaligus membanggakan Kampung Sijangkang kerana memenangi acara 100 meter (m) wanita akhir petang semalam.

Ahli Parlimen Kuala Langat, Dato’ Dr Ahmad Yusnus Hairi mengucapkan tahniah kepada ‘ratu pecut’ Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 di Stadium Sarawak, Kuching menerusi laman Facebook rasminya.  

“Nur Afrina yang tinggal di Jalan Aman, Kampung Sijangkang bukan sahaja telah memenangi acara 100 meter wanita  akhir dengan catatan 11.64 saat tetapi anak muda berusia 19 tahun ini turut berjaya memecah rekod temasya dengan catatan berkenaan,” katanya.

Atlet anak jati Kampung Sijangkang itu membuat kejutan apabila memadamkan rekod SUKMA 11.81s milik Azrenn Nabila Alias yang dirakam pada edisi 2018 di Perak enam tahun lalu.

“Semoga kejayaan yang dikecapi ini dapat menjadikan beliau sebagai contoh dan inspirasi kepada anak-anak muda terutama buat mereka yang berada di Kuala Langat umumnya dan di Sijangkang khususnya.

“(Buat Nur Afrina) Teruskan usaha untuk mengecapi lebih banyak kejayaan demi kejayaan dan memberi kebanggan kepada seluruh pihak terutama ibu bapa,” katanya. – HARAKAHDAILY 20/8/2024

ERTINYA lagi atau mahfumnya, orang Islam atau keluarga Muslim yang beriman sangat yakin bahawa Agama Islam telah membawa atau menghadiah suatu ajaran serta sistem cara hidup yang meliputi semua aspek kehidupan manusia.. 

Dari sekecil-kecil perkara seperti makan, minum, ke tandas hinggalah kepada sebesar-besar perkara, seperti kenegaraan dan pemerintahan. Sebagai orang Muslim yang beriman tidak main pilih-pilih lagi, tetapi tetap patuh kepada Allah SWT, kerana Allah telah memberi pilihan yang terbaik.

Hal-hal seperti inilah yang kadang-kadang membuat orang yang tidak beriman X faham. Maaf.

Wallahu 'aklam.


Iklan: Lihat juga 'Orang Cina, kembalilah kepada Islam..

Di negara ini, tidak mustahil pemimpin-pemimpin DAP Malaysia boleh menjadi pemimpin rakyat Malaysia, kalau pemimpin Melayu kini masih kekal tebal dengan najis assobiah perkauman sempitnya itu.

...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails