KUALA LUMPUR: “PAS menyeru seluruh umat Islam agar mengadakan solat ghaib dan diikuti solat hajat serta qunut nazilah pada 3 Ogos ini sempena Hari Solidariti Rakyat Palestin yang terus diserang dan yang masih ditahan di penjara-penjara Israel.”
Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata demikian susulan tragedi pembunuhan Ketua Biro Politik, Ismail Haniyeh di Tehran, Iran pada awal hari ini, Rabu (31 Julai).
Menurutnya, tindakan Israel yang disifatkan sebagai ‘pengecut’ itu dikaitkan dengan pembunuhan kematian pemimpin kanan Hamas, dan seorang pengawal peribadinya.
“PAS beranggapan insiden ganas ini berkait rapat dengan ketegangan yang berlaku di Timur Tengah, terutamanya genosid berterusan di Gaza yang dilakukan oleh rejim Zionis Israel dan peranan Haniyeh sebagai pemimpin utama yang mengetuai penentangan terhadapnya.” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Selain itu, Ahli Parlimen Kota Bharu itu juga berkata, pembunuhan ini berkait dengan peningkatan konfrontasi yang berlaku antara Israel dan Hizbullah di Lebanon dan tekanan meluas yang dihadapi oleh rejim berkenaan dan pemimpinnya daripada komuniti dunia.
“Ini termasuklah daripada PBB dan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) susulan tindak-tanduk rejim berkenaan yang melampaui batas undang-undang Antarabangsa dan kemanusiaan, terutamanya di Gaza,” katanya.
Sehubungan itu, dengan perkembangan terbaharu ini, ujar beliau, besar kemungkinan konflik yang berlaku akan merebak lebih meluas ke seluruh rantau terbabit dan semua usaha ke arah penyuraiannya akan menempuh jalan sukar.
“Rejim Zionis Israel mesti dihukum bertanggungjawab di atas seluruh siri-siri kekejaman yang menghancurkan keamanan dunia ini.” ujarnya.
Dalam pada itu, menurut Takiyuddin PAS mengucapkan takziah kepada keluarga kedua-dua yang mati syahid tersebut, sekali gus merakamkan sokongan serta solidariti penuh dengan rakyat Palestin dan umat Islam di wilayah terbabit dalam perjuangan sah mereka menentang pencerobohan dan penjajahan Israel dan sekutunya sejak sekian lama. – HARAKAHDAILY 31/7/2024
2. PAS kutuk pembunuhan Ismail Haniyeh hari ini.
Iklan: Lihat juga 'Orang Cina, kembalilah kepada Islam..'
Di negara ini, tidak mustahil pemimpin-pemimpin DAP Malaysia boleh menjadi pemimpin rakyat Malaysia, kalau pemimpin Melayu kini masih kekal tebal dengan najis assobiah perkauman sempitnya itu.
...
No comments:
Post a Comment