Saturday, September 21, 2024

1/2 rakyat S'pura pindah Johor. UP: DAP/PAP.


1. Demi kos hidup murah 1/2 rakyat S'pura pindah Johor.

Hidup di bandar macam Singapura memang gah, tetapi seiring dengan kemewahan itu datang kos sara hidup yang tinggi, bukan sahaja untuk warga asing, malah untuk rakyat sendiri – jadi Johor kini jadi lokasi alternatif.

Ini realiti yang dihadapi oleh kebanyakan penduduk Singapura, di mana sebahagian besar kini melihat Johor Bahru sebagai lokasi alternatif dengan kos yang jauh lebih rendah. 

Menurut satu laporan daripada The Independent SG, dalam satu tinjauan yang melibatkan 1,548 rakyat Singapura, 55% daripada responden menyatakan bahawa mereka bersedia untuk berpindah ke Johor Bahru bagi mengurangkan beban kewangan, manakala baki 45% pula pilih untuk kekal di Singapura. 

Namun, apa yang menarik perhatian ialah fakta bahawa ramai yang sudah pun membuat keputusan berpindah ke Johor Bahru dan berulang-alik ke Singapura untuk bekerja.

Untuk rekod, Johor Bahru yang hanya dipisahkan oleh Tambak Johor, menjadi lokasi alternatif yang sangat memberi manfaat dari segi kewangan.

Berdasarkan data yang dikongsi oleh Numbeo, kos sara hidup di JB, tanpa mengambil kira sewa, adalah 66.1% lebih rendah berbanding Singapura.

Sekiranya kos sewa diambil kira, perbezaannya menjadi lebih ketara, di mana JB menawarkan kos sara hidup 74.6% lebih rendah. Malah, harga sewa di JB adalah 87.3% lebih murah daripada Singapura.

Untuk memberikan gambaran yang lebih jelas, harga makanan di restoran di JB adalah 59.1% lebih murah, manakala harga barangan runcit pula 52.3% lebih rendah.

Bayangkan betapa besar penjimatan yang boleh dinikmati, terutamanya bagi mereka yang masih berulang-alik bekerja di Singapura dengan gaji dalam mata wang dolar Singapura tetapi menikmati kos hidup yang jauh lebih rendah di JB. (IH) 

- FOTO HIASAN/(The Independent Singapore News)


2. Pilihan Raya Presiden: Trump salahkan Yahudi jika kalah.

Calon parti Hijau dalam saingan Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat 2024, Jill Stein meraih sokongan majoriti komuniti Islam-Amerika. (FOTO: Daily Sabah)

NEW YORK: “Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat pada tahun ini adalah ‘yang paling penting’ dalam sejarah Israel.”

Mantan Presiden AS, Donald Trump berkata pada Khamis waktu tempatam bahawa ‘orang Yahudi adalah sebahagian yang  akan dipersalahkan jika beliau kalah pada dalam pilihan raya pada 5 November ini.

(Sila lihat selanjutnya 'Pilihan Raya Presiden: Trump salahkan Yahudi jika kalah.' -Agensi/– HARAKAHDAILY 20/9/2024)


Lihat juga 'Gerak gempur boikot sistem kewangan Zionis' September 20, 2024  

Gerakan memboikot sistem kewangan Israel perlu diperkuatkan lagi khususnya dalam kalangan negara-negara Islam. (FOTO HIASAN/@fazreenfathil)

ISU boikot sentiasa menjadi antara topik yang terhangat apabila dikaitkan dengan konflik-konflik antarabangsa yang mana satu daripadanya yang paling menyerlah ialah serangan negara haram Israel terhadap rakyat Palestin.

Menurut Kamus Dewan Bahasa, istilah ‘boikot’ bermaksud ‘enggan berurusan dengan seseorang, organisasi dan sebagainya sebagai langkah tidak bersetuju terhadap apa jua perkara […]


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, juga untuk perhatian parti-parti politik DAP M'sia, PAP S'pura dan kuncu-kuncunya.

(i) MoU peruntukan pembangkang: ‘Sekadar untuk tutup mulut’.

Memorandum Persefahaman (MoU) yang dikemukakan oleh Kerajaan Madani tidak lain tidak bukan hanya:

a. Untuk memperkukuhkan kedudukan mereka sebagai kerajaan. Menutup mulut pembangkang daripada bersuara terhadap kegagalan mereka mentadbir negara. Membiarkan parti komponen mereka menyentuh hal ehwal agama Islam, bangsa Melayu dan Institusi Diraja.

b. Merupakan satu pencerobohan kerajaan selaku badan Eksekutif terhadap ahli-ahli Parlimen pembangkang dan mengikat peranan mereka dalam Parlimen. Juga merupakan suatu bentuk pelanggaran prinsip pengasingan kuasa oleh Kerajaan Persekutuan kerana cuba untuk melemahkan pembangkang dalam Parlimen.

c. Mengandungi frasa atau syarat yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan boleh menjejaskan keistimewaan kaum Melayu dan bumiputera di negara ini. Kerana Perlembagaan Persekutuan telah mengangkat hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera sepertimana yang diperuntukkan dalam Perkara 8 (5), Perkara 153, Perkara 89 dan Perkara 90. 

d. Hak kesamarataan tanpa mengira kaum dan bangsa yang disebut dalam MoU itu bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan pengikitrafan terhadap MoU tersebut merupakan pengiktirafan terhadap Deklarasi Setapak yang diperjuangkan oleh DAP.

e. Tambah kenyataan itu lagi, frasa atau syarat MoU yang menyekat ahli Parlimen Pembangkang dari membuat sebarang kenyataan atau ucapan berkaitan 3R (religionrace, Royal) adalah tidak jelas. Ini kerana soalnya, jika terdapat pihak-pihak lain yang menyentuh soal agama, bangsa dan Raja, adakah pihak pembangkang tidak dibenarkan bersuara untuk membantah tindakan mereka yang menyentuh hal ehwal agama Islam, menyentuh dan menghina perkara berkaitan hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera dan menyentuh Institusi Diraja?

f. Ini sudah jelas bahawa mereka tidak mahu pembangkang bersuara berkaitan dengan perkara 3R supaya mereka sewenang-wenangnya boleh mengeluarkan kenyataan yang menyentuh agama, bangsa dan Raja sepertimana yang dibuat oleh Teresa Kok dalam isu halal. Dan DAP Pahang yang menghina orang Islam hilang rezeki jika PAS Pahang menutup premis judi.


(ii) GISB (Global Ikhwan Service and Business Holdings) adalah ajaran sesat. 

Mohd Asri Zainul Abidin

Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis mengisytiharkan kepercayaan dan ajaran dalam Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISB) sebagai sesat dan mengandungi unsur ajaran sesat khususnya batiniah. 

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, fatwa berkenaan dikeluarkan setelah menerima bukti yang meyakinkan untuk jawatankuasa berkenaan memutuskan bahawa organisasi berkenaan adalah sesat.

Pengisytiharan oleh Jawatankuasa Fatwa itu sekaligus menjadikan Perlis negeri pertama yang isytihar organisasi GISB sebagai satu kumpulan ajaran sesat. Terdahulu, pada 10 September lalu, seramai 402 kanak-kanak berusia setahun hingga 17 tahun dipercayai menjadi mangsa eksploitasi dalam serbuan di 18 rumah amal di Selangor serta Negeri Sembilan, yang dikaitkan dengan GISB. 

Bahkan model ekonomi yang diamalkan oleh GISB bukan model ekonomi Islam sebenar dan bercanggah dengan prinsip ekonomi Islam. Kerana ia mempunyai unsur penindasan dan perhambaan, serta eksploitasi ke atas ahli, kanak-kanak, wanita dan keluarga demi kepentingan pihak yang dikultuskan.

Itulah istimewanya Islam membawa ke arah pembebasan demi hak asasi manusia, pembebasan penindasan dari sistem ekonomi zalim kepada keadilan yang sebenarnya, tak kira di mana, M'sia, S'pura bahkan seluruh dunia sekali pun.

Jom pilih Islam dan PAS di Malaysia, insya Allah.

..

No comments:

Post a Comment