Tuesday, September 03, 2024

67 tahun, tapi Bahasa Melayu X merdeka. Mengapa?

 

Fail:Merdeka 1957 tunku abdul rahman.jpg - Wikipedia Bahasa ...

1. Masih merdekakah bahasa Melayu? 

Wan Ahmad Fahysal

KUALA LUMPUR: “Merdekakah bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan?

Itu persoalan pokok yang diutarakan Ketua Armada Bersatu Malaysia, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal tatkala mengaitkan status Bahasa Melayu dengan Hari Kemerdekaan yang disambut pada Sabtu (31 Ogos) lalu.

Menurutnya, kini kemerdekaan negara sudah pun mencecah tahun ke-67, lebih separuh abad. 

“Sepatutnya dengan usia yang mendewasakan kita sebagai sebuah warga, kedudukan dan peranan Bahasa Melayu haruslah diangkat dan dimartabatkan dengan lebih tinggi.

“Malangnya masih ada sebahagian besar masyarakat kita khususnya dari kalangan pertubuhan yang mengemudi sekolah-sekolah vernakular ini yang merasakan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah-sekolah seliaan mereka tidak sesuai mengikuti silibus dan neraca pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Pendidikan,” katanya dalam satu kenyataan media.

Tambah Fahysal, melihat sifat kebudak-budakkan ini, beliau teringat bagaimana mendiang mantan Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew menguruskan kedegilan kumpulan ini di Singapura. 

“Hanya ada satu cara – kuasa. 

“Soalnya kenapa kita masih gagal buat sedemikian malah menjadi semakin parah kini? 

“Puncanya tiada lain kerana kuasa yang ada itu adalah kuasa yang lemah, yang mana Sang Pemimpin perlu mengemis untuk kekal berkuasa” tegasnya.

Bahasa Melayu, ujar  Fahysal, hanya mampu kekal selamat dan utuh berdaulat bila Bangsa Melayu itu berkuasa dan tidak diperlekehkan dalam mempertahan dan melaksanakan dasar Budaya dan Bahasanya. 

“Malangnya Bangsa Melayu kini sedang berpecah kerana pemimpinnya yang tidak kenal yang mana satu musuh, yang mana satu kawan; yang mana satu kaca dan yang mana satu intan,” katanya. – HARAKAHDAILY 2/9/2024


2. Hari Kemerdekaan: Pas gesa kembali ke zaman kolektif tunggal  

SHAH ALAM - Rakyat Malaysia digesa untuk kembali kepada keazaman kolektif tunggal yang pernah membebaskan negara daripada penjajahan lebih 60 tahun lalu.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, gesaan tersebut dilakukan agar ia sekali lagi menjadi senjata paling ampuh dalam memastikan kemerdekaan negara dapat diwariskan kepada generasi akan datang.

“Pas mengucapkan Selamat Hari Kemerdekaan ke-67 kepada semua rakyat Malaysia dengan harapan sambutan tahun ini mengimbau ingatan kepada keazaman kolektif.

“Di samping, harapan bersama generasi terdahulu yang menjadi pencetus kepada perjuangan kemerdekaan negara daripada penjajahan asing,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat. 

Tambah Takiyuddin, wujud kemungkinan tindak-tanduk yang dipamerkan kini akan merungkai teras-teras yang mengikat rakyat Malaysia dalam sebuah negara merdeka dan berdaulat sekali gus meranapkan legasi memori yang memainkan peranan besar dalam membentuk identiti nasional.

Jelasnya, hal itu akan terjadi jika generasi baharu tidak memiliki kesedaran dan keinsafan yang mendalam terhadap idea besar yang melahirkan negara ini.

Beliau berkata, kecenderungan ke arah itu terlalu menonjol dan boleh dilihat atau dibaca dengan jelas dalam naratif di ruang awam terutamanya dalam forum-forum maya.

“Tanpa usaha keras dan bersungguh-sungguh untuk membanterasnya, perpaduan yang menjadi benteng penting kemerdekaan sesebuah negara akan tumbang menyembah bumi.

“Semua harapan serta cita-cita murni bangsa yang bebas dan bermaruah juga akan kecundang,” ujar beliau.

Menurut Takiyuddin, sebagai komuniti politik yang dibayangkan, kelangsungan hayatnya bergantung kepada anggota tersebut mengongsi dan mendukung imej bangsa berkenaan. (Sinar 30 Ogos 2024 -IH)


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Akhirnya, inilah hadiah fitnah yang PAS dapat. 

Hari Kemerdekaan: Pas gesa kembali ke zaman kolektif tunggal ...

Sekian.


Iklan: Lihat juga 'Orang Cina, kembalilah kepada Islam..


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails