Wednesday, September 11, 2024

Api dalam sekam terus marak. Lu apa peduli?

 

Ammar Easeer dan Teresa Kok

1. Siasatan hampir lengkap: ‘Tindakan Teresa bak ‘api dalam sekam’

KUALA LUMPUR: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) Terengganu menempelak kenyataan Naib Presiden DAP, Teresa Kok Suh Sim kerana menyentuh sensitiviti rakyat Malaysia berkenaan isu pensijilan halal.

“Teresa Kok berkata cadangan mewajibkan restoran dan syarikat makanan memiliki sijil halal hanya akan menambah kesukaran operasi perniagaan dan beban kepada perniagaan kecil.

“Susulan daripada kenyataannya, beliau telah mencetuskan kontroversi dalam kalangan masyarakat Malaysia khususnya orang Melayu Islam yang amat menitikberatkan mengenai sumber halal dan haram dalam pemakanan seharian. 

“Umat Islam diwajibkan memilih makanan yang halal dalam kehidupan seharian mereka,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook, hari ini.

(Selanjutnya sila lihat 'Siasatan hampir lengkap: ‘Tindakan Teresa bak ‘api dalam sekam’  -HARAKAHDAILY 10/9/2024)

2. Pensijilan halal: Bukan Islam tak wajar masuk campur  

KUALA LUMPUR: Kenyataan Teresa Kok berkenaan cadangan mewajibkan pensijilan halal kepada restoran yang tidak menyajikan daging babi dan alkohol adalah amat tidak tepat dan tidak mengambil kira sensitiviti umat Islam.

Ketua Penerangan Srikandi Bersatu Malaysia, Nurul Noh Omar berkata, sebagai seorang bukan Islam, Naib Presiden DAP itu tidak sewajarnya masuk campur dalam isu yang berkait rapat dengan kepercayaan dan amalan agama Islam.

“Isu halal ini lebih daripada sekadar khinzir dan alkohol, ia melibatkan keseluruhan proses penyediaan makanan, termasuk bagaimana daging dan ayam disembelih. 

“Teresa tidak faham bahawa daging dan ayam juga boleh menjadi tidak halal jika tidak disembelih mengikut syarak. 

“Pensijilan halal bukan hanya memastikan bahawa tiada khinzir atau alkohol dalam makanan, tetapi ia juga memastikan bahawa proses penyediaan makanan menepati standard kebersihan dan keagamaan yang ketat,” katanya. 

Nurul Noh Omar

Menurutnya, ini termasuk sumber makanan, cara penyembelihan, dan cara penyimpanan yang betul, dan ia amat penting untuk menjaga kepentingan umat Islam yang diwajibkan oleh agama untuk memastikan makanan mereka halal dan suci.

Tambah beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, komen Teresa yang menyebut bahawa pensijilan halal menambah beban kepada pengusaha restoran Melayu juga tidak relevan. 

(Selanjutnya, sila ikuti 'Pensijilan halal: Bukan Islam tak wajar masuk campur' -HARAKAHDAILY 10/9/2024)


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, beberapa perkara perlu diambil perhatian sekurang-kurangnya.

(i) Isu pensijilan halal: Perlu tindakan tegas kerajaan. 

Kerajaan perlu bertindak tegas terhadap isu pensijilan halal yang sedang diperdebatkan sekarang ini.

Setiausaha Agung Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Prof Mohd Roslan Mohd Nor berkata, PUM berpendirian bahawa pensijilan Halal adalah satu keperluan untuk maslahah (kebaikan) rakyat Malaysia, dalam kalangan muslim dan juga orang bukan Islam.

Pensijilan Halal Malaysia ini telah pun diiktiraf di peringkat antarabangsa dan ia  mempunyai standard piawaian yang diiktiraf seluruh dunia. Bahkan Malaysia dilihat sebagai pelopor kepada perkembangan industri halal di peringkat global. 

Rakyat Malaysia perlu sedar bahawa beberapa perkataan tertentu seperti no pork, no wine, no alcohol dan sebagainya tidak bermaksud makanan yang disediakan tersebut adalah memenuhi status halal.

Buang jauh-jauh serabut pemikiran pemimpin DAP yang jahil agama majoriti penduduk negara ini.

(ii) Berita dari Kedah pula, isu tuntutan caj air mentah Kerajaan Negeri Kedah terhadap Pulau Pinang, bukanlah isu baru walaupun negeri ditadbir DAP itu wajar menunaikan RM50 juta setahun, namun kenyataan berlaku sebaliknya. 

Sikap Pulau Pinang itu menunjukkan kurangnya kesedaran akan tanggungjawab bersama […]

(iii) Pulau Pinang pula, ini apa dah jadi? Lencana bendera Israel dijual secara terbuka?

Tangkapan skrin daripada video yang dikongsikan @truckers_adinda di Tiktok. (FOTO: TikTok @truckers_adinda)

PULAU PINANG: Seorang individu telah berkongsi rasa terkejutnya selepas  mendakwa melihat lencana (patch) bendera Israel dijual kepada orang ramai di sebuah gerai secara terbuka di Pulau Pinang.

Perkongsian sebuah video TikTok milik @truckers_adinda tular selepas dia mempersoal bagaimana barangan menyerupai bendera Israel dan bersaiz seperti lencana boleh  di sebuah kedai […] 

Kemana arah negara ini hendak dihala? Okey, setakat ini dulu. 

Selesai.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails