Monday, September 30, 2024

Bencana alam, contohi Jepun.. Banjir, X honeymoon -Sanusi.

 

1. Bencana alam: Bilakah Malaysia mahu contohi Jepun?

BANJIR pada istilah umum adalah limpahan air daripada sungai atau tempat takungan air mengenai kawasan yang biasanya kering.

Ia merupakan bencana alam yang berlaku disebabkan oleh perubahan cuaca yang berlaku di seluruh dunia. Setiap tahun, beberapa negeri seperti Kedah, Johor, Pahang, Terengganu, Sabah dan Sarawak sering kali ditimpa musibah banjir.


2. [KOLUMNIS] Contohi Jepun hadapi bencana alam. Kolumnis AWANI 21/09/2024 16:32 MYT 

NEGARA Jepun bukan sahaja dikenali sebagai Negara Matahari Terbit malah sememangnya telah terkenal dengan bandar Raya termaju dengan sistem teknologi dan kejuruteraan yang canggih dan kehadapan. 
Kemajuan tersebut turut dapat dilihat dalam persediaan menghadapi pelbagai jenis bencana alam yang sering dihadapi oleh penduduk di Jepun. Pelbagai bencana alam yang dihadapi penduduk Jepun sejak sekian lama juga menyebabkan penduduk dan kerajaan Jepun sentiasa dalam keadaan bersedia dan berhati-hati agar kemalangan jiwa dan jumlah yang terkorban dapat dikurangkan.
Ini juga bertujuan bagi proses menyelamat menjadi lebih teratur, selesa dan selamat untuk segenap lapisan masyarakat terutamanya golongan tua dan kanak-kanak. Kemajuan sistem persediaan menghadapi pelbagai bencana di Jepun tidak dapat disangkal lagi dan merupakan di antara yang terbaik di dunia. 
Persediaan menghadapi bencana meliputi segala aspek kehidupan penduduk di Jepun termasuklah bandar kecil seperti bandar Echizen yang terletak di wilayah Fukui, Jepun walaupun hanya mempunyai populasi dalam 20,000 orang. 
Persediaan kerajaan tempatan bandar Echizen menghadapi bencana seperti gempa bumi dan tsunami tidak bertumpu kepada tahun-tahun tertentu sahaja malah, persediaan merangkumi aspek latihan staf kerajaan tempatan dan penduduk yang berjadual, pemeriksaan bekalan makanan dan bahan simpanan kecemasan untuk digunakan semasa bencana dan pemeriksaan lokasi pusat pemindahan sementara secara berkala.  
Mesyuarat penyelarasan bersama Kementerian Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan, Agensi Meteorologi Jepun, Kerajaan Wilayah dan pelbagai agensi kerajaan lain juga diadakan dalam memastikan persediaan menghadapi bencana di tahap yang tertinggi. 
Kemajuan sistem persediaan menghadapi bencana ini mengambil kira pelbagai aspek dan sentiasa belajar dari kesilapan yang dihadapi di masa lalu.  Berdasarkan pemerhatian, sistem ini juga turut mengambil aspirasi “Kansei” yang sebenarnya berasal dari suatu sistem rekabentuk yang mengambil kira elemen psikologi kemanusiaan dalam pemikiran. 
(Selanjutnya sila lihat '[KOLUMNIS] Contohi Jepun hadapi bencana alam.' -Kolumnis AWANI  21/09/2024 16:32 MYT)
* Artikel oleh Dr Nik Elyna Myeda Nik Mat, Dr Yong Adilah Shamsul Harumain. Kedua-dua penulis merupakan pensyarah kanan di Fakulti Alam Bina, Universiti Malaya, yang baru-baru ini telah ke Jepun bagi menjalankan penyelidikan. ** Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis berdasarkan bidang yang dijalaninya dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, tidak salah dalam menangani masalah rakyat, kita belajar atau menyontohi negara Jepun. 
Bahkan kerana bencana alam juga, Menteri Besar Kedah terpaksa menafikan bahawa beliau ke Jepun bukan kerana bercuti atau berbulan madu baru-baru ini. 

'Bukan 'honeymoon', saya tidak ke Jepun jika tahu Kedah akan dilanda banjir' -Sanusi. 
Sanusi turut mengingatkan semua pihak agar tidak melemparkan dakwaan dan tuduhan tidak benar terutamanya ketika mengulas mengenai kejadian banjir di negeri itu. - Gambar fail


Di Alor Setar, MB Kedah menafikan beliau ke Jepun kerana bercuti atau berbulan madu baru-baru ini. Beliau menjelaskan tidak akan pergi ke Jepun sekiranya tahu lebih awal berkenaan bencana banjir yang melanda negeri itu sejak minggu lalu. 

Lawatan kerja ke Jepun yang antara lain membabitkan perbincangan dan proses pembelajaran pengurusan air bawah tanah itu, telah dirancang dan diluluskan lebih awal iaitu pada April lalu. ADUN Jeneri itu turut menempelak pihak yang menjadikan bencana banjir sebagai isu politik, khususnya menyalahkan beliau atas kejadian yang berlaku di Kedah.

Sekian, harap maklum. As-salamu 'alikum.

....

1 comment:

Anonymous said...

Rebranding GISB Blackrock Malaysia : Dana GISB seluruh doonia lebih 1 billion ....!! GISB lawan di mahkamah... Satu perkembangan Positif.. lawan dan lawan..

https://vt.tiktok.com/ZS2gy1F2R/

GISB wajib di rebranding semula, tukar logo, tukar nama Baru, tukar identiti buat sementara... perbetulkan semua dokumen supaya jadi legal. Modal dan dana GISB dari luar negara mencapai 1 billion dollar boleh memulihkan kerosakkan yang dilakukan telah berlaku yang terang lagi bersuluh lebih mementingkan kepentingan perniagaan Type C..!!

Untuk GISB rebranding dan dibaikpulih kerosakkan semula setelah dilakukan kerosakan oleh barua barua DAP@LeeKwanYew melakukan sesuka hati mengikut arahan tuan barua mereka dari kaum Type C..

Lepas dibaikpulih sepenuhnya pasti lepas ini IGP barua mereka ini pasti tidak boleh buat apa apa lagi... Semua legal dan ikut undang undang negara..

Guna cara Type C bila ada masalah mereka tukar identiti, tukar cara dan logo serata tukar identiti modus operandi...kalau Type C bole GISB Type M pun boleh... Dalam masa kemaskan organisasi, kemas kini dokumen dan patuhi undang undang supaya semua jadi legal... Lepas semua urusan selesai maka GISB pasti digeruni semula...

GISB perlu diperbetulkan dan amat mudah untuk diperbetulkan secara teknikal. GISB dengan senang boleh melingkupkan KK Mart, Speed Mart, 7elevent, Tesco EAON dan Giant.

Marketing strategi GISB sebenarnya amat mudah iaitu dimana ada KK Mart , 7E dan Speed Mart Family Mart dll di situ ada GISB.. pasti melingkup perniagaan Type C ini..!!

Kenali barua barua DAP@LeeKwanYew dalam PUKAS.. PUKAS bila nak sondol ajaran sesat Milah Abrahah , Hulk, DAESH SIS dll..!?

https://vt.tiktok.com/ZS2gfaugS/

https://vt.tiktok.com/ZS2q31USf/

.Perniagaan GISB digeruni oleh perniagaan Kaum Cina. GISB mampu monopoli perniagaan di Malaysia. GISB perlu contohi mana mana masalah teknikal perlu diperbetulkan.

#MelayuMestiBersatuHapuskanBaruaMereka

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails