Tuesday, September 10, 2024

Hadiah DHPP ke M'sia, bahkan akan jangkau dunia?

 

1. DHPP pastikan PAS terus relevan, inklusif. 

PADA 8 September 2024, Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) telah menganjurkan konvensyen tahunannya yang ke-9 di Hotel Darul Makmur, Pahang. Usia DHPP yang kini telah mencapai 20 tahun menjadi bukti kekuatan dan dedikasi kita dalam menjalin hubungan erat antara PAS dan masyarakat bukan Islam.

Konvensyen kali ini yang mungkin merupakan konvensyen yang terakhir sebelum DHPP dijadikan sayap rasmi PAS telah dihadiri oleh kepimpinan utama PAS serta tetamu kehormat yang terdiri daripada pelbagai latar belakang politik dan diplomatik.

Melangkah ke hadapan, DHPP menyedari bahawa cabaran politik akan terus berkembang, tetapi ini memberi peluang yang lebih besar untuk DHPP menonjol dalam arena politik tanah air. Sekiranya pindaan Perlembagaan PAS diluluskan dan DHPP menjadi sayap rasmi PAS, kita bukan lagi sekadar penyokong, tetapi sayap baru yang tertera dalam Perlembagaan PAS, memainkan peranan penting dalam memastikan PAS terus relevan dan inklusif.

Dengan perubahan status ini, DHPP akan diberi peranan yang lebih besar untuk mewakili suara masyarakat bukan Islam dalam parti, menegaskan bahawa PAS adalah parti untuk semua rakyat Malaysia, tanpa mengira latar belakang agama atau kaum. Harapan kepimpinan PAS terhadap DHPP sangat besar, dan DHPP harus tampil lebih aktif, lebih bersedia, dan lebih fokus dalam memperjuangkan agenda rakyat.

Seiring dengan perancangan menuju Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16), DHPP telah merangka beberapa langkah strategik yang perlu dilaksanakan dengan tuntas:

  1. Memperluas Program Penerangan dan Pemahaman – Meningkatkan kefahaman masyarakat bukan Islam mengenai dasar-dasar PAS yang menekankan keadilan untuk semua. Program penerangan yang lebih mendalam dan sistematik akan digerakkan di seluruh negara, terutama di kawasan-kawasan majoriti bukan Islam.
  2. Kerjasama Rentas Kaum dan Agama – DHPP akan terus memperkukuh kerjasama dengan badan-badan bukan Islam lain dan sayap-sayap parti di seluruh negara. Ini termasuk memperbanyakkan sesi dialog antara agama dan budaya bagi mengurangkan salah faham serta membina kepercayaan antara kaum.
  3. Menguasai Media Sosial dan Platform Digital – Dalam era digital yang berkembang pesat, DHPP akan mempertingkatkan kehadiran di platform media sosial untuk menyampaikan mesej PAS dengan lebih efektif. Maklumat yang tepat dan jelas perlu disampaikan untuk menangkis dakyah serta fitnah yang mungkin mengelirukan masyarakat.
  4. Mobilisasi Jentera Pilihan Raya – Menjelang PRU16, DHPP akan bekerjasama erat dengan PAS dalam menggerakkan jentera pilihan raya di kawasan-kawasan sasaran. Pengundi bukan Islam akan menjadi fokus penting, terutamanya di negeri-negeri seperti Pahang, yang mana PAS yakin mampu meraih kemenangan besar.
  5. Penglibatan Aktif dalam Komuniti – DHPP akan terus aktif dalam menyelesaikan masalah-masalah masyarakat setempat melalui penglibatan langsung dalam aktiviti-aktiviti komuniti. Ini akan memperkukuh imej PAS sebagai parti yang prihatin dan dekat dengan rakyat.

Sekiranya ini adalah konvensyen terakhir DHPP sebelum diiktiraf sebagai sayap rasmi PAS, kita patut berbangga dengan pencapaian selama 20 tahun ini. DHPP telah membuktikan bahawa kita mampu menjadi jambatan yang menyatukan PAS dengan masyarakat bukan Islam, dan kini kita bersedia untuk mengambil peranan yang lebih besar dalam landskap politik negara.

Kepada seluruh ahli DHPP, inilah masa untuk kita bangkit dengan lebih yakin dan berani. Cabaran akan terus datang, tetapi dengan perpaduan dan usaha keras, DHPP akan menjadi sayap yang kukuh dan berperanan, seiring dengan matlamat PAS untuk membawa perubahan yang lebih baik kepada Malaysia. – HARAKAHDAILY 9/9/2024

BALACHANDRAN GOPAL KRISHNAN
Ketua Penerangan DHPP Pusat


2. DHPP terus teguh bersama PAS di usia 20 tahun 

JERANTUT: Konvensyen Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Kali Ke-9 amat istimewa kepada anggota sayap itu kerana ia dirayakan pada usia DHPP memasuki tahun yang ke-20 penubuhannya.

Ketua DHPP Pusat, Balasubramaniam Nachiappan berkata, selama 20 tahun ini, mereka telah melalui pelbagai cabaran, dugaan dan rintangan yang sebenarnya mematangkan DHPP untuk terus berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan organisasi politik lain.  

(Lanjut, sila lihat seterusnya 'DHPP terus teguh bersama PAS di usia 20 tahun' -HARAKAHDAILY 8/9/2024)


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, ada sesuatu yang menarik menjelang Muktamar PAS Pusat 2024 ini. Dikatakan ada hadiah DHPP ke M'sia, bahkan akan jangkau dunia?   

"Sekiranya ini adalah konvensyen terakhir DHPP sebelum diiktiraf sebagai sayap rasmi PAS, kita patut berbangga dengan pencapaian selama 20 tahun ini. DHPP telah membuktikan bahawa kita mampu menjadi jambatan yang menyatukan PAS dengan masyarakat bukan Islam, dan kini kita bersedia untuk mengambil peranan yang lebih besar dalam landskap politik negara." Kata BALACHANDRAN GOPAL KRISHNAN Ketua Penerangan DHPP Pusat.

Kepada seluruh ahli DHPP beliau berseru, inilah masa untuk kita bangkit dengan lebih yakin dan berani. Cabaran akan terus datang, tetapi dengan perpaduan dan usaha keras, DHPP akan menjadi sayap yang kukuh dan berperanan, seiring dengan matlamat PAS untuk membawa perubahan yang lebih baik kepada Malaysia.

Bahkan perjuangan PAS untuk membebas manusia dari cengkaman sesama manusia di muka bumi akan terus berjalan seiring, tiada beza warna kulit, di serata ceruk dunia..

Bermula perjuangan 7 abad ke 3

Tujuh abad kebangkitan Islam pimpinan Muhammad SAW sejak awal Hijrah, merentasi tujuh abad zaman Islam di uji, dicuba dan direnyokkkan. Hinnga kini Islam sedang bangkit kembali, bermula dengan pembebasan Palestin, Masjidil Aqsa dan kejatuhan AS/Israel yang bebal.. Hingga Islam bersama kawan-kawan bukan dan belum Islam berjaya kembali, menolak 'demokrasi penindasan dan keganasan ciptaan manusia.. 

Hingga tinggal Allahu 'Akbar, lain semua kecil. Insya Allah Ta'ala!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails