Thursday, September 19, 2024

Ini Pelan Damai PAS/PN? Teresa Kok, rakyat..

 

Ahmad Fadhli Shaari

1. ‘Sumbangan untuk Teresa Kok’ – Ahmad Fadhli

KUALA LUMPUR: “Sumbangan untuk Teresa Kok.”  Ringkas tetapi penuh bermakna kenyataan Ketua Penerangan PAS Malaysia, Ahmad Fadhli Shaari  khusus buat Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok  susulan kontroversi isu kenyataannya sebelum ini mengenai pensijilan halal.

Menurut beliau, Teresa memerlukan seorang pembantu atau penterjemah bahasa sampingan yang boleh bekerja agar tidak mengeluarkan kenyataan yang tidak menaikkan kemarahan orang ramai. 

Teresa Kok

“Jadi begini, saya berhasrat menyumbangkan sedikit peruntukan yang sepatutnya saya terima daripada Kerajaan Madani untuk mengupah seorang pembantu untuk Teresa Kok.

“Itu jika kerajaan Madani berikan peruntukan kepada saya. 

“RM300 sebulan untuk seorang pembantu separuh masa dan lepasan SPM khusus untuk membuat kerja-kerja penterjemahaan ke Bahasa Melayu,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, susulan isu kenyataan tersebut, Teresa memberi kenyataan mendakwa bahawa  beliau telah disalahterjemah oleh ChatGPT di mana perkataan ‘to embarrass’ telah diterjemah kepada ‘memalukan’.

Oleh yang demikian, kenyataannya  itu dakwa Teresa,  telah menyebabkan ramai pihak marah, berpunca daripada pembantunya yang kurang mahir dalam Bahasa Melayu dan membuat terjemahan menggunakan ChatGPT kerana kesuntukan masa. – HARAKAHDAILY 19/9/2024

2. PAS Terus bantu Rakyat. 

40 PPS dibuka di Kedah, Pulau Pinang, Perlis 

Khairul Faizi Ahmad Kamil

KUALA LUMPUR: Sebanyak 40 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka di utara Semenanjung yang melibatkan negeri Kedah, Pulau Pinang dan Perlis. 

Ketua Pengarah Khidmat Malaysia, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, PPS telah dibuka sehingga jam 10.35 malam semalam. 

“Faktor yang mempengaruhi banjir di negeri utara semenanjung adalah berpunca dari pertembungan air hujan lebat dan air pasang besar yang berlaku ketika ini,” katanya dalam kenyataan media akaun media sosial Facebook Khidmat Malaysia.

(Selanjutnya sila lihat '40 PPS dibuka di Kedah, Pulau Pinang, Perlis' -HARAKAHDAILY 19/9/2024)


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, kali ini PAS/PN/dan kumpulannya seolah-olah memberi hadiah 'pelan damai' atau terjun dalam tindakan politik dan pilihanraya di Malaysia. Atau seterusnya berperanan hingga ke Palestin, jika perlu.

(i) KADA perkasakan penanaman padi di Kelantan.  

Kerajaan negeri diberi taklimat pembangunan rumah pam Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) bagi memperkasakan lagi sektor penanaman padi di Kelantan. 

Usaha itu dilakukan bagi merungkai masalah membabitkan sektor penanaman padi terutamanya ketika musim kemarau.

(ii) Bencana air pasang besar: ADUN Sungai Burong S'ngor turun padang. 

Kawasan yang terjejas akibat bencana air pasang besar di Kampung Baru Lembah Pantai, Sungai Kajang, Selangor. Pasukan Khidmat Ahli Dewan Negeri (ADN) Sungai Burong telah turun pandang bagi meninjau kawasan yang terjejas akibat bencana air pasang besar di Kampung Baru Lembah Pantai, Sungai Kajang. 

(iii) Krisis kemanusian perlu penyelesaian. 

Penjawat awam yang direman kerana disyaki terbabit dalam perbuatan rasuah.

MUKTAMAR PAS Pusat kali ke-70 di Kompleks Al-Makmur, Temerloh, Pahang pada 14 dan 15 September lalu mengajukan pelbagai persoalan yang menghantui masyarakat, negara, malah dunia yang memerlukan penyelesaian segera.Serumit mana sekali pun masalah dihadapi, jalan penyelesaian seharusnya dicari segera, sebelum keadaan bertambah parah. Sebagaimana tema muktamar berkenaan, PAS memberi […]

(iv) PRK Mahkota: MUDA bantu PERIKATAN NASIONAL 

Azmin pada program ceramah kempen PRK DUN Mahkota di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Taman Ilham, Kluang, Johor. (FOTO: HARAKAHDAILY/Abdul Aziz Yunos)

Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) telah memberi persetujuan untuk membantu kempen PERIKATAN NASIONAL (PN) di Pilihan Raya Kecil (PRK) Mahkota, Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan majoriti pengundinya adalah golongan usia muda.

(v) Ini 'Pelan Damai' gencatan senjata dan pembentukan negara Palestin. 

Sepanyol menjadi tuan rumah mesyuarat pembentukan negara Palestin.

HAMAS sedia melaksanakan gencatan senjata di Gaza dengan Israel tanpa sebarang syarat baharu dan bersedia menerima cadangan yang dikemukakan oleh Amerika Syarikat (AS) pada Julai lalu.

AS memaklumkan cadangan gencatan senjata lebih terperinci akan dibuat dalam tempoh terdekat. Kesepakatan sebelum ini gagal dicapai kerana rejim Tel Aviv enggan berundur dari kawasan Koridor Philadelphi di sempadan Gaza dan Mesir.

Kalau di M'sia, siapa HAMAS siapa Israel/AS?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails